Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara Mengatasi Masalah Banjir Kilat

     Saban tahun berita tentang banjir kilat sering melanda beberapa kawasan
di negara kita.Kalau dahulu banjir hanya berlaku  di kawasan rendah yang
berhampiran dengan sungai atau di pesisiran pantai tetapi kini banjir kilat
mula menjengah bandar-bandar besar.Justeru,usaha-usaha wajar dilakukan
agar fenomena banjir kilat ini tidak berterusan
.
     Antara cara-cara mengatasi banjir kilat adalah janganlah kita membuang
sampah ke dalam longkang.Apabila longkang itu sudah penuh dengan
sampah-sarap,longkang itu akan tersumbat.Apabila hujan turun,longkang
akan mengalirkan air itu ke sungai.Apabila longkang telah tersumbat,air itu
akan melimpah keluar dan menyebabkan banjir.Oleh hal yang demikian,
janganlah kita membuang sampah ke dalam longkang.

     Selain itu,sistem perparitan yang tidak tetap juga adalah salah satu punca
berlakunya banjir kilat.Air longkang yang mengalir akibat tersumbat akan
mengalir ke parit.Apabila sistem perparitan tidak tetap,Apabila air masuk ke
dalam parit,air akan melimpah keluar akibat sistem perparitan yang tidak
tetap.Oleh itu,kerajaan perlu membaiki perkara-perkara seperti itu.

     Seterusnya,kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan


sungai.Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak
dalam sesuatu masa,kini pengaliran telah berkurangan.Ini disebabkan proses
pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.Kerajaan perlu
menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur
dan kekotoran yang menyekat arus air.

     Di samping itu,kegiatan pembalakan yang menyebabkan tanah terhakis


dan runtuh ke sungai.Keadaan yang sama juga akan terjadi apabila aktiviti
pembalakan yang giat dijalankan di lereng-lereng bukit.Untuk mengatasi
masalah ini,pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi
masalah banjir .Hutan dapat dijadikan kawasan tadahan hujan yang mampu
menyerap air hujan dari mengalir terus ke bumi.

     Tuntasnya,setiap individu perlu memainkan peranan bagi mengelakkan


kejadian banjir kilat berlaku.Di samping dapat mengelakkan kejadian banjir
kilat,alam sekitar akan menjadi lebih bersih.Apabila alam sekitar bersih
kesihatan akan terjamin.
Cara-cara Merapatkan Hubungan Kekeluargaan

     Nilai-nilai kekeluargaan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia semakin


terhakis ekoran gaya hidup moden seperti kerja-kerja yang banyak di pejabat
dan sebagainya.Kesibukan bekerja di pejabat juga akan merenggangkan tali
sillaturahim sesama keluarga.Usaha-usaha perlu dilakukan untuk melahirkan
keluarga yang bahagia dan harmoni.

     Antaranya ialah ibu bapa harus lebih meluangkan banyak masa dengan
anak-anak.Ibu bapa yang bekerja perlu memanfaatkan hari minggu mereka
untuk menghabiskan masa dengan anak-anak.Hal ini akan membuatkan
anak-anak berasa lebih bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama
anak-anak.Di samping anak-anak  berasa bahagia,fikiran ibu bapa yang
bercelaru akibat terlalu lama bekerja akan menjadi tenang apabila dapat
berbual dengan anak-anak mereka.

     Selain itu,setiap ahli keluarga mestilah saling memahami perasaan


sesama mereka.Ibu bapa perlu peka akan kelebihan dan kelemahan setiap
anggota keluarga.Dengan ini,tidak akan berlaku perselisihan faham antara
ahli keluarga.Setiap ahli keluarga perlu berbincang akan masalah yang
dihadapi oleh ahli keluarga dengan cara yang betul.Sentiasa berbincang
tentang prestasi anak-anak ketika di sekolah juga boleh membantu anak-anak
meningkatkan fahaman tentang sesuatu mata pelajaran.

     Seterusnya,suasana rumah yang kondusif akan menjamin kebahagiaan


sesebuah keluarga.Ibu bapa perlu sensitif akan keperluan asas di rumah
demi keselesaan setiap anggota keluarga.Anak-anak lazimnya akan mencari
hiburan di luar jika keadaan  di dalam rumah membosankan.Peralatan rumah
yang berwarna-warni ataupun warna yang ceria dapat menghilangkan rasa
bosan dalam diri kita.

     Di samping itu,sifat hormat menghormati dalam diri setiap anggota


keluarga perlu ada.Ahli keluarga yang paling tua seperti datuk dan nenek
perlu dihormati.Seperti adab-adab orang Melayu”yang tua dihormati,yang
muda disayangi”.Bukan sahaja ibu bapa,malah jiran tetangga akan berasa
senang untuk bergaul.

     Akhir sekali,kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung pada kerjasama


antara anggota keluarga.Pepatah”cubit paha kanan,paha kiri sakit juga”perlu
menjadi pegangan setiap keluarga.Pada hakikatnya setiap ahli keluarga
memainkan peranan dalam melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan
bahagia.

Anda mungkin juga menyukai