Anda di halaman 1dari 7

CONTOHKARANGANSemangatKejiranan

Soalan:Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah
langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita.
Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran
tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan
membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat
membawa berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam
melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat
kejiranan
dalam
kalangan
penduduk
setempat.
Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran
dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan
berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan
seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah
Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara
bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan
sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.
Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan.
Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran
setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih
dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan
berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah
dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka
dan
berkenalan
dengan
lebih
erat
lagi.
Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk
melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya.
Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anakanak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi,
atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk
yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang
terungkap
dalam
peribahasa
Melayu
ke
bukit
sama
didaki,
ke
lurah
sama
dituruni.
Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan
atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi
yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini,
banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui
Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk
mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu
ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam
kehidupan.
Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah
untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran
kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh,
kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana
menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata
memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha
kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat
merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurangkurangnya
kita
dapat
meringankan
penderitaan
yang
dialami
oleh
jiran
kita
itu.
Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi
ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang

terkandung dalam pepatah Melayu bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Jika hal ini
dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang
mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat
kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha
untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan
sejahtera

KARANGANCONTOH
Baru-baru ini beberapa kawasan di negara kita telah dilanda banjir kilat. Hal ini telah menimbulkan pelbagai
masalah kepada penduduk di kawasan tersebut.
Berikan cadangan anda tentang usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk mengatasi banjir kilat.
Sejak belakangan ini, beberapa kawasan di negara kita sering dilanda banjirkilat. Kalau dahulu banjir
hanya berlaku di kawasan rendah yang berhampiran dengan sungai atau di kawasan persisiran pantai tetapi kini
banjir kilat mula menjengah bandar-bandar besar. Seperti yang dilaporkan oleh media tempatan, antara kawasan
yang sering dilanda banjir kilat ialah kawasan sekitar Lembah Klang, dan yang terbaru dibandar raya Shah Alam.
Satu hakikat yang perlu diterima adalah banjir kilat mengundang penderitaan dan kepayahan yang bukan sedikit
kepada penduduk yang terlibat. Justeru, usaha-usaha wajar dilakukan agar fenomena banjir kilat ini tidak
berterusan.
Proses urbanisasi berlaku dengan pantas. Hutan diteroka dan bukit digondolkan untuk dijadikan sebagai
tapak pembangunan. Kawasan perumahan dan kilang-kilang tumbuh bagaicendawan tumbuh selepas hujan. Walau
bagaimanapun, pihak pemaju seakan-akan alpa untuk menyediakan sistem perparitan yang sempurna. Oleh itu,
pihak berkuasa wajar menyediakan peraturan yang lebih ketat dan pemantauan yang lebih kerap apabila sesuatu
kawasan itu hendak dibangunkan. Pastikan pihak pemaju menyediakan sistem perparitan yang memenuhi piawaian
yang ditetapkan. Dengan adanya sistem perparitan yang baik, air dapat mengalir dengan lancar ke sungai-sungai
dan seterusnya ke laut. Pemaju yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan hendaklah diambil
tindakan undang-undang. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada mengatasi.
Selain itu, terdapat sesetengah kilang dan ladang ternakan sengaja dibina berhampiran dengan sungai.
Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka membuang sisa buangan termasuk sisa toksik ke sungai. Hasil
buangan tersebut bukan sahaja mencemarkan sungai malah mendapan sisa tersebut akan menyebabkan sungai
menjadi cetek. Akibatnya, air sungai akan melimpah setiap kali hujan lebat yang turun tanpa henti untuk tempoh
yang lama. Oleh yang demikian, pihak pengusaha kilang dan penternak yang terbabit perlu lebih
bertanggungjawab. Sikap mementingkan keuntungan dan kesenangan diri harus dikikis. Mereka sepatutnya
membuang sisa kilang dan sampah sarap di tempat pelupusan yang ditetapkan, bukannya disalirkan ke sungai.
Sekiranya sikap tidak bertanggungjawab ini masih berterusan, tindakan menamatkan operasi kilang atau ladang
ternakan tersebut hendaklah diambil.
Pembangunan di kawasan tanah tinggi kerap kali menjadi punca berlakunya pemendapan di dasar sungai
yang menyebabkan sungai menjadi cetek. Pihak JabatanPengairan dan Saliran seharusnya peka dengan kejadian
seperti ini. Sebaik sahaja gejala ini dikesan, tindakan mendalamkan semula sungai wajar dilakukan, janganlah
sudah terhantuk baru mengadah. Dalam masa yang sama, sampah sarap yang menghalang pengaliran air juga
hendaklah dibersihkan. Di samping itu, akta yang menghalang pembangunan di kawasan bukit yang berhampiran
dengan tempat kediaman hendaklah dikuatkuasakan. Jika tidak, penduduk-penduduk yang tinggal dikaki bukit
terutamanya yang berhampiran dengan sungai akan terdedah kepada banjir kilat. Sebaik sahaja banjir kilat
berlaku di Shah Alam, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi banjir kilat. Antara cadangan
yang dikemukakan adalah dengan membina benteng atau tebatan banjir. Pembinaan benteng dan tebatan
banjirakan menghalang air sungai daripada melimpahi kawasan sekitarnya. Penduduk-penduduk di kawasan
rendah juga akan dipindahkan manakala jalan raya yang kerap dilanda banjir kilat akan dinaiktarafkan. Kerajaan
Selangor melalui Menteri Besarnya DatoSeri Mohamad Khir b. Toyo pada masa itu telah memohon peruntukan
kepada kerajaan pusat untuk melaksanakan cadangan tersebut. Walaupun kos melaksanakan cadangan itu
menelan belanja jutaan ringgit namun atas nama kemanusiaan, setinggi mana pun kosnya cadangan tersebut perlu
dilaksanakan segera untuk mengelakkan berlakunya tragedi kemanusiaan yang lebih dahsyat.

Sistem amaran banjir kilat juga perlu disediakan. Sebagaimana tsunami, banjirkilat juga boleh
mengancam nyawa manusia selain merosakkan harta benda serta memusnahkan dokumen penting yang lain.
Sistem amaran banjir ini boleh dipasang ditempat-tempat atau kawasan yang berpotensi untuk dilanda banjir
kilat. Alat penggera tersebut akan mengeluarkan isyarat apabila paras air menghampiri indeks yang ditetapkan.
Dengan adanya sistem amaran tersebut, penduduk boleh mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan nyawa
serta barang berharga. Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa menangani banjir kilat
bukanlah satu kerja yang mudah, tidak semudah yang dijangkakan. Namun, komitmen dan penggemblengan
tenaga semua pihak dalam melaksanakan usaha-usaha seperti yang dinyatakan di atas penting untuk menangani
masalah banjir kilat.

Kita berharap dengan adanya bantuan segera yang diberikan, keresahan


penduduk yang menjelma akibat berlakunya banjir kilat akan dapat dihapuskan.
Tegasnya,masalah banjir kilat ini perlu diatasi segera agar hasrat mewujudkan
negara maju menjelang 2020 dapat direalisasikan.

Wednesday, 28 September 2011

KARANGANCONTOHLAPORAN
Peranan Wanita Dalam Melahirkan Generasi Yang Berkualiti
Oleh: Hassan bin Mohamed

Kita sering mendengar slogan yang berbunyi Pemuda harapan bangsa, pemuditiang negara. Kita juga
sering mendengar kata-kata bahawa seseorang lelaki yangberjaya, sesungguhnya di belakangnya berdiri seorang
wanita yang memberikan sokongan dan inspirasi. Malah pepatah juga ada menyatakan Tangan yang menghayun
buaian itu, boleh menggoncang dunia. Demikianlah, kaum wanita itu dilihat sebagai golongan yang bukan sahaja
menggambarkan kelembutan tetapi juga memperlihatkan wibawa dan karisma yang tersendiri. Jelasnya, wanita
berperanan dalam memupuk dan melahirkan generasi yang berkualiti dan berketerampilan.
Terlebih dahulu saya ingin menghuraikan tajuk rencana ini bagi memudahkanperbicangan selanjutnya.
Rangkai kata peranan wanita dapat didefinisikan sebagaisuatu tugas atau amanah yang dipegang oleh kaum
perempuan sama ada kita melihatnya dari segi individu mahupun secara keseluruhannya. Perkataan melahirkan
pula bermaksud suatu usaha yang berterusan dalam memperoleh hasilan daripada sesuatu tindakan atau
pengaruh. Sementara, rangkai kata generasi yang berkualiti merujuk individu atau kumpulan yang
berketerampilan dan berkarisma dalam pelbagai aspek seperti aspek fizikal, rohani dan emosi, intelek dan jati
diri. Secara keseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa tajuk ini mengutarakan tugas, peranan atau
tanggungjawab kaum wanita dalam mewujudkan individu atau warganegara yang berwibawa dalam semua hal yang
menyentuh bidang kehidupan.
Dalam konteks wanita sebagai ibu, kita dapat melihat bahawa generasi yang terbentuk menerima
pengaruh yang berkesan daripada didikan dan sentuhan kasih sayang daripada ibunya. Kita dapat melihat di
negara kita ini bagaimana kaum ibu memperlihatkan kewibawaan dalam memupuk individu yang berkualiti. Dalam
bidang akademik misalnya, rata-rata pelajar yang ditemu ramah menyatakan peranan dan tunjuk ajar ibu
menjadi alat yang ampuh dan berkesan dalam mencapai kejayaan. NurAmalina Cik Bakri yang mendapat 17A1
dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Tahun 2004 membuktkian kenyataan ini. Malahan, kita dapat membuktikan

kemampuan wanita dalam memupuk generasi berkualiti ini melalui anugerah Ibu Mithali yang disediakan oleh
kerajaan. Kita dapat melihat tokoh-tokoh wanita ini dengan tabah dan sabar mendidik anak-anak sehingga semua
anak mereka mencapai kejayaan yang membanggakan. Masyarakat umum juga mengakui bahawa kesan ketiadaan
ibu berbanding dengan ketiadaan bapa, bagi kanak-kanak begitu ketara. Anak yang ketiadaan ibu sering terjerat
dengan pelbagai masalah kerana sentuhan kasih ibu tidak ada tandingannya. Oleh sebab itulah, kita sering
mendengar kata-kata kasih ibumembawa ke syurga dan syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Kita juga dapat melihat lahirnya generasi yang berwibawa dan cemerlang menerusi peranan wanita yang
berkerjaya. Dalam bidang pendidikan misalnya, terbukti kaum wanita telah memainkan peranan seiring dengan
kaum lelaki dalam membentuk warganegara dan generasi yang sihat dan berkebolehan dalam pelbagai aspek
sebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kaum wanita mampu mendidik anak-anak ini
sejak di peringkat Kelas Tadika hinggalah ke peringkat Pusat Pengajian Tinggi. Kaum wanita dikatakan begitu
berjaya mendidik anak-anak diperingkat sekolah rendah kerana sifat keibuan semula jadi.
Kaum wanita juga setanding kemampuannya dengan kaum lelaki dalam mendidik pelajar-pelajar di
peringkat sekolah menengah dan di Pusat Pengajian Tinggi. Kita juga dapat melihat peranan wanita dalam
memupuk generasi yang berkualiti dalam kerjaya yang lain seperti bidang kejururawatan. Usaha mereka dalam
memberikan rawatan dan ketabahan mereka dalam melayani pesakit dapat melahirkan generasi yang sihat dan
ceria. Dalam konteks wanita berkerjaya ini juga, kita boleh melihatnya menerusi kepemimpinan mereka yang
berkesan sebagai ketua atau pemimpin bagi sesebuah organisasi. Generasi yang menjadi pekerja di bawah
pengawasan dan jagaan mereka boleh menjadi insan yang berkualiti melalui tindakan dan amalan Kepemimpinan
Melalui Teladan. Kenyataan ini bersesuaian dengan dasar kerajaan yang memastikan untuk melantik 30%
daripada jawatan yang berperanan dalam menentukan dasar negara terdiri daripada kaum wanita.
Kita berbanggga mempunyai seorang Gabenor Bank Negara yang terdiri daripada serang wanita. Hasil
kepemimpinan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz misalnya, telah melahirkan pegawai-pegawai yang dedikasi hinggakan
negara kita pernah menerima anugerah pengurusan kewangan di peringkat antarabangsa. Dalam menyahut
seruan Malaysia Boleh misalnya, kita berbangga dengan kejayaan Datuk Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir
yang berjaya menjadi wanita pertama di Asia merentasi Kutub Selatan secara solo. Kejayaan, kegigihan dan
ketabahan beliau akan dapat memberikan suntikan semangat kepada generasi muda untuk mencuba sesuatu yang
mencabar fizikal dan minda.
Apabila kita melihat peranan wanita sebagai isteri, kita dapat membuktikan bahawa kejayaan seorang
suaminya bermula daripada peranan isterinya. Justeru, biasa disebutkan bahawa setiap kali seseorang suami itu
terserlah kejayaannya, sesungguhnya kejayaan itu bermula daripada peranan isteri yang berada dibelakangnya.
Sebagai contoh, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor Mahathir Mohamad berjaya memimpin negara
sehingga negara disegani di persada antarabangsa kerana di belakang beliau berdiri kukuh isteri beliau wanita
pertama Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd Ali. Dorongan, kasih sayang, kesedaran, ilmu dan layanan mesra
isteri memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada suami untuk menumpukan tugas dengan penuh dedikasi.
Golongan suami yang juga merupakan suatu kumpulan generasi dalam negara kita, sudah pasti dapat memainkan
peranandalam memberikan impak yang positif kepada kemajuan negara.
Di samping itu, kita juga dapat melihat peranan wanita dalam melahirkan generasi yang cemerlang
menerusi peranan mereka dalam kerja-kerja kebajikan. Kita dapat melihat imej kaum wanita yang terpuji dalam
melaksanakan kerja-kerja kebajikandan berbentuk sukarela. Menerusi penglibatan kaum wanita dalam Badan
Bukan Kerajaan (NGO) seperti Pasukan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) yang sentiasa meyumbangkan

bakti dan tenaga dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda khususnya, agar terdidik ke arah kehidupan
yang berkualiti. Kesimpulannya, benarlah bahawa wanita memainkan peranan dalam melahirkan generasi yang
berkualiti. Kita meyakini bahawa kerjasama yang erat antara kaum lelaki dengan kaum wanita di negara kita ini,
akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang, insya-Allah.

CONTOHKARANGANPENDAPAT
Pengekalan bangunan bersejarah harus diberikan perhatian yang serius di Malaysia kerana bangunan bersejarah
mempunyai nilai budaya dan nilai keseniannya yang tersendiri. Selain itu, bangunan-bangunan ini mencirikan
identiti negara dan merakamkan sejarah penting negara.
Berikan pendapat anda tentang kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah ini.
Di negara kita, banyak terdapat bangunan bersejarah yang masih kukuh dan sering menarik perhatian
sama ada para pelancong dari dalam atau luar negara. Bangunan-bangunan bersejarah ini perlu dikekalkan supaya
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas untuk menjadi tatapan generasi yang akan datang. Kebanyakan
bangunan bersejarah merupakan tinggalan sejak zaman penjajah. Antara bangunan bersejarah yang sering
menjadi kunjungan pelancong ialah Kota A Famosa dan bangunan Satadsyus di Melaka, bangunan Sultan Abdul
Samad di Kuala Lumpur, dan Kota Belanda di Pulau Pangkor. Bangunan-bangunan ini bukan sahaja mempunyai nilainilai budaya dan keseniannya yang tersendiri malah merakamkan sejarah penting negara. Justeru, pengekalan
bangunan bersejarah sememangnya penting di Malaysia.
Satu daripada kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah di negara ini kerana bangunan tersebut
mempunyai nilai seni dan estetika. Bangunan-bangunan ini biasanya mempunyai nilai seni bina yang halus dan
bercorakkan budaya bangsa. Sebagai contohnya, ukiran pada dinding kayu rumah Melayu tradisional adalah
cantik dan harmoni. Dari sini, kita dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni bina bangsa kita pada masa
silam. Ukiran pada dinding batu dan kayu dalam bangunan bersejarah memaparkan corak budaya masa silam. Hal
ini membolehkan kita menghayati keistimewaan budaya kita
Selain itu, pengekalan bangunan bersejarah juga membolehkan kita mempelajari dan mendalami sejarah
negara pada masa lampau melalui bangunan-bangunan bersejarah. Lawatan ke sesebuah bangunan bersejarah
membolehkan kita menyaksikan kesan peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di situ. Sebagai contohnya,
lawatan ke Kota A Formosa di Melaka membolehkan kita membayangkan peperangan dan pertumpahan darah
ketika rakyat Melaka menentang Portugis. Kita juga akan lebih memahami fakta sejarah jika kita dapat melihat
kesan peninggalannya. Dalam konteksini, pelajar akan lebih berminat terhadap pembelajaran sejarah negara.
Sesungguhnya, cara pembelajaran secara kontekstual ini amat berkesan.
Di samping itu, bangunan-bangunan bersejarah juga perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai ekonomi
yang tinggi. Hal ini demikian kerana bangunan-bangunan bersejarah ini dapat menjadi tarikan kepada pelancong
tempatan atau pun pelancong asing. Misalnya, Kota Cornwallis di Pulau Pinang, Bangunan Sultan Abdul Samad
diKuala Lumpur, dan Rumah Puteri Meninjau di Sabah sering menjadi tumpuan para pelancong. Secara tidak
langsung keadaan ini dapat membantu perkembangan industri pelancongan melalui pengaliran masuk wang asing
ke negara ini.
Bangunan-bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman. Kejayaan sesebuah filem banyak
bergantung pada latar tempatnya. Untuk membuat filem berunsur sejarah, lokasi penggambarannya sudah pasti
di sekitar bangunan-bangunan bersejarah. Filem berkenaan akan menjadi lebih realistik dan menarik jika
bangunan bersejarah yang sebenar digunakan. Hal ini dibuktikan oleh syarikat-syarikat perfileman asing yang
banyak mengadakan penggambaran di Malaysia. Contohnya,filemPolice Story III oleh Jacky Chan yang membuat
penggambaran di Kuala Lumpur dengan berlatarbelakangkan Bangunan Mahkamah dan Stesen Kereta Api Kuala
Lumpur. Melalui filem-filem ini, Malaysia menjadi terkenal di seluruh dunia. Hal ini membuktikan kepentingan
bangunan bersejarah kepada kita.

Bangunan bersejarah juga banyak memberikan pengajaran kepada kita. Bangunan bersejarah akan
mengingatkan kita tentang peristiwa masa lampau. Sebagai contohnya, bangunan zaman pemerintahan Jepun
mengingatkan kita tentang penderitaan hidup rakyat semasa peperangan. Rakyat juga akan menyedari pahit
maung yang dialami sewaktu perjuangan menuntut kemerdekaan. Hal ini akan menjadikan kita lebih menghargai
keamanan dan kebebasan yang kita nikmati selama ini. Selain itu, kita juga akan sentiasa berwaspada agar
kesilapan silam tidak akan berulang lagi.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa bangunan-bangunan bersejarah
merupakan sebahagian daripada warisan sejarah yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, bangunan bersejarah
haruslah dikekalkan untuk penghayatan dan kepentingan generasi akan datang. Dengan ini diharapkan usahausaha memulihara bangunan bersejarah dilaksanakan secara berterusan agar negara dapat menarik lebih ramai
pelancong berkunjung ke negara ini.
PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA

Pengenalan
Keluarga merupakan satu institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.
Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.
Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang di antara ahlinya.
Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucapkan.
Daripada keluarga lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta insan lain yang memerlukan.
Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku merupakan pepatah Arab yang sudah tidak asing lagi dalam kehidupan
seharian kita. Rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.
Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat
seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang
bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Galakan
dan perangsang daripada ibu bapa yang penyayang dan adik-beradik yang memahami akan membentuk jati diri
yang sempurna di kalangan ahli keluarga itu.
Namun, pepatah ada mengatakan bahawa bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi.Kita tidak boleh
meletakkan tanggungjawab membentuk kebahagiaan keluarga itu di tangan salah seorang ahli keluarga sahaja
seperti ibu, bapa atau anak-anak. Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkan peranan
masing-masing untuk saling bertolak ansur, saling memahami serta saling menghormati di antara mereka. Apabila
sifat ini dapat diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni akan dapat
diwujudkan.

Peranan Ibu Bapa


Suri Teladan Kepada Anak-Anak
Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi rolemodel kepada anak-anak.
Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak. Sebagai contoh, seorang
bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu
saling menghormati di antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka,
mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka. Bapa borek, anak rintik .
Jika contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Pertengkaran, maki hamun serta
penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan
menjejaskan hubungan di kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu
sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak
dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran
serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak,
mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua
orang tua mereka.

Melengkapkan Diri Dengan Ilmu Keibubapaan


Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab
besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka.
Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta
kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus
tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan
bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu
tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga
yang penuh dengan sinar kebahagiaan.
Memberi Perhatian dan Kasih Sayang
Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari
nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin
meningkat.
Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak
mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak
merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka.
Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah
keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan sebagai cuti umum.
Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap
bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan
minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan
memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan
di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil
kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.
Memberi Didikan Agama dan Moral Didikan agama dan moral yang sempurna di kalangan generasi muda juga
dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama
serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan
melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan
efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur
sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai
disebabkan alasan yang kadang kala tidak munasabah.
Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan
moral di kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama
sesama adik beradik. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Hati kuman sama dicecah, hati gajah
sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti
sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.
Penutup
Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya
telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk
bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan
bahagia ini. Keluarga Asas Pembentukan Masyarakat. Maju keluarga, majulah masyarakat. Pincang keluarga,
musnahlah masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai