Anda di halaman 1dari 12

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa,

agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara
dan air seperti sungai dan laut. Namun demikian, mutakhir ini, arus modenisasi
menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan
begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Kita sebenarnya
tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu
dipelihara, bak kata peribahasa ditelan mati mak, diluah mati bapa. Sebagai masyarakat
yang bertanggungjawab, kita seharusnya mensyukuri nikmat pemberian Tuhan yang amat
berharga ini. Oleh itu, langkah-langkah bersama yang pragmatik dan proaktif perlu diambil
untuk memeliharaalam sekitar.

Salah satu langkah yang efektif dalam penjagaan alam sekitar adalah dengan
menggalakkan tanaman hijau. Tanaman pokok seperti pokok-pokok bunga dan sayur-
sayuran sangat berguna dalam kehidupan manusia. Kepentingan pokok terhadap alam
sekitar umpama aur dengan tebingiaitu saling memerlukan. Sebagai contohnya, pihak ibu
bapa atau pihak sekolah boleh menggalakkan aktiviti penanaman pokok seperti pokok-
pokok bunga di kawasan persekitaran untuk menyahut seruan atau menyokong kempen
penanaman pokok yang dijalankan pihak kerajaan bagi memulihara alam sekitar. Kesannya,
alam sekitar yang hijau dapat memberikan udara yang nyaman dan segar kepada
penghuninya sekali gus dapat menghijaukan alam sekitar. Tegasnya, galakan dalam aktiviti
penanaman pokok dapat menjaga alam sekitar kita daripada tercemar.

Selain itu, penjagaan kebersihan sungai juga salah satu cara menjaga alam sekitar.
Usaha ini penting kerana sungai sungai merupakan nadi kehidupan kita kerana
sungai merupakan sumber bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan.
Untuk memastikan sungai terpelihara daripada sebarang aktiviti pencemaran, semua
anggota masyarakat perlulah melibatkan diri secara aktif dan kolektif dalam
menjayakan Kempen Cintai Sungai Kita yang dianjurkan oleh pihak berautoriti.

Aktiviti membersihkan sungai perlulah dijalankan secara berkala dan bukannya hangat-
hangat tahi ayam. Masyarakat juga perlulah mengelakkan tabiat membuang sampah ke
dalam sungai kerana perbuatan terkutuk itu akan mendatangkan kemudaratan kepada
semua makhluk Tuhan. Kesannya, sungai yang bersih dapat menjamin kesihatan yang baik
di samping dapat menjaga alam sekitar daripada berlakunya bencana alam seperti banjir
kilat. Izharlah bahawa pemeliharaan alam sekitar dapat dicapai melalui kerjasama menjaga
kebersihan sungai.
Seperkara lagi, langkah yang juga praktikal ialah semua rakyat perlu mengamalkan kitar
semula barang terpakai. Program kitar semula memainkan peranan yang penting bagi
pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi yang mapan. Sebanyak 40 peratus
sampah sarap seperti tin, besi buruk, botol, kertas dan barangan plastik boleh dikitar
semula. Contohnya, jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum kita dapat
mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Impaknya,
kita dapat menyelamatkan alam sekitar seperti pokok dan dapat pula mengurangkan kos
sumber tenaga serta menambah pendapatan keluarga. Hal ini dikatakan sambil menyelam
minum air. Pendek kata, amalan kitar semula yang dipraktikkan oleh semua rakyat Malaysia
dapat memelihara alam sekitar di negara kita.
Hari Kemerdekaan Malaysia, juga dikenali sebagai “Hari Kebangsaan,” merupakan
satu perayaan yang sangat bererti di negara ini. Setiap tahun, pada 31 Ogos, seluruh
rakyat Malaysia bersatu hati untuk merayakan kemerdekaan dari cengkaman
penjajah British pada tahun 1957. Perayaan ini mempunyai pelbagai maksud dan
membawa bersama semangat patriotisme dan kasih sayang terhadap tanah air.

Perjuangan Malaysia untuk mencapai kemerdekaan adalah satu usaha yang penuh
ketekunan untuk mencapai hak untuk berdaulat dan berdiri di atas tanah sendiri.
Pengorbanan tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun HS Lee and Tun
Sambatham memainkan peranan penting dalam mencapai kemerdekaan Malaysia.

Perayaan Hari Kemerdekaan Malaysia menyatukan rakyat dari pelbagai latar


belakang etnik, melampaui sempadan etnik dan budaya. Acara-acara budaya,
perarakan, dan majlis mengibarkan bendera di serata negara membentuk semangat
solidariti dan perasaan keterikatan di kalangan warganegara. Semangat persatuan
pada hari ini mengukuhkan identiti kebangsaan, menekankan bahawa kekuatan
Malaysia terletak pada kepelbagaian.

Hari Kemerdekaan menanamkan semangat patriotisme dan cinta terhadap negara.


Sekolah, komuniti, dan tempat awam dihias dengan bendera-bendera kebangsaan
dan hiasan, melambangkan kesetiaan kolektif kepada Malaysia. Ucapan patriotik
dan acara semasa perayaan ini mengukuhkan kepentingan memelihara dan
menghargai kemerdekaan yang berharga ini, memberi inspirasi kepada generasi
muda untuk meneruskan warisan kebanggaan kebangsaan.

Hari Kemerdekaan Malaysia juga menjadi peluang bagi rakyat Malaysia untuk
memaparkan warisan budaya mereka yang kaya. Pelbagai pertunjukan seni budaya,
muzik tradisional, tarian, dan hidangan makanan tradisional dipamerkan semasa
perayaan ini. Perayaan ini menggalakkan pemeliharaan dan penghargaan terhadap
adat resam unik setiap masyarakat, membina saling hormat dan pemahaman antara
warganegara.

Sebagai kesimpulannya, Hari Kemerdekaan Malaysia merupakan bukti semangat tak


terhenti negara ini untuk menamatkan era penjajahan untuk menjadi sebuah negara
berdaulat. Perayaan ini menyatukan rakyat Malaysia, menanamkan semangat
kebanggaan, perpaduan, dan patriotisme.
i) PENDAHULUAN

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan,
dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di
sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita.
Jiran merupakan pihak yang penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat
kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti.
Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “jiran sepakat membawa berkat”. Jadi,
kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati
dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar
hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk
setempat.

ii) ISI 1: MENGADAKAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Antara langkah yang boleh diambil untuk memupuk semangat kejiranan adalah
mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat
berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-
kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu
mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan
melalui pepatah Melayu, iaitu “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti
yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan
taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui
cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

iii) ISI 2: MENGADAKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMASA


SAMBUTAN PERAYAAN

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majis-majlis rumah terbuka semasa
sesuatu sambutan perayaan bagi memupuk semangat kejiranan. Amalan ini dapat
membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam
kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar
dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis
rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan
berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai
contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas,
Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara
tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat
untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

iv) ISI 3: MENGADAKAN HARI KELUARGA

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan Hari Keluarga. Hari Keluarga
dilaksanakan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta
untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam
botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan,
kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak
juga. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan erat sesama jiran dapat dibentuk dan
secara tidak langsung akan memupuk perasaan lebih mesra antara satu sama lain.

v) ISI 4: MEWUJUDKAN PUSAT KOMUNITI DAN RUKUN TETANGGA

Untuk memastikan semangat kejiranan semakin kukuh, antara usaha yang boleh
dijalankan adalah mewujudkan pusat komuniti dan rukun tetangga. Pusat komuniti
dan rukun tetangga ini boleh dijadikan pusat untuk menjalankan aktiviti
kemasyarakatan. Apabila aktiviti kemasyarakatan bergerak aktif, ini akan dapat
meningkatkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat serta dapat mengukuhkan
semangat kejiranan. Ini bertepatan dengan pepatah “bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat.”

vi) PENUTUP

Kesimpulannya, semangat kejiranan adalah amat penting dalam kehidupan


bermasyarakat bagi melahirkan masyarakat yang harmoni di dalam negara. Ini juga
penting bagi memastikan rakyat di dalam negara hidup dalam bersatu padu bagi
untuk mencapai negara yang maju. Kita menginginkan kemajuan negara bukan
hanya sekadar infrastruktur sahaja tetapi juga rakyat yang maju dari segi akhlak,
sahsiah, dan semangat kebersamaan yang tinggi.

Pendahuluan Umum mengetahui sektor pelancongan adalah salah satu


industri utama dalam ekonomi negara. Perkara ini boleh dibuktikan dengan
jumlah pelancong asing yang masuk ke dalam negara dari tahun 2018
hingga 2019 mencecah sehingga lebih 10 juta pelancong. Jumlah yang
meningkat dari tahun ke tahun ini sangat memberansangkan dan
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi masyarakat di Malaysia.
Seperti ingin masuk ke medan peperangan, kita memerlukan strategi
terbaik untuk mengalahkan musuh dan mengecapi kemenangan. Begitu
juga dalam keadaan untuk memastikan sektor-sektor ekonomi negara
supaya terus berkembang di mana mekanisme dan langkah terbaik perlu
direncana dengan teliti. Hasilnya nanti akan memberikan manfaat dari segi
ekonomi dan sosiologi negara secara amnya dan rakyat secara khususnya.
Oleh sebab yang demikian, penting untuk kita bincangkan, apakah
langkah-langkah untuk memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Isi 1
Dalam meniti alaf baharu ini, suatu informasi boleh disebarkan secara
meluas hanya dengan menggunakan Internet dan diterima oleh sesiapa
sahaja di seluruh pelusuk dunia dengan hanya menggunakan hujung jari.
Teknologi yang tiada had ini wajar dimanfaat sebaik oleh pihak berkuasa
dan agensi pelancongan untuk mempromosi keunikan dan keindahan yang
dimiliki oleh negara kita. Bagi menarik minat pelancong asing, kerajaan
boleh menghasilkan iklan atau kandungan digital yang mampu memukau
masyarakat asing untuk berkunjung ke dalam negara. Kaedah terkini yang
dilakukan di kebanyakan negara adalah dengan menaja selebriti untuk
melancong ke Malaysia dan menarik minat peminat mereka untuk turut
serta. Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan boleh
mengumpulkan produksi kreatif dan agensi pemasaran tempatan yang
terbaik untuk menghasilkan kempen pelancongan yang luar biasa dan
menangkap hati setiap penonton samada secara domestik ataupun
antarabangsa. Tegasnya, berkempen melalui media massa dan elektronik
merupakan salah satu langkah meningkatkan tahap atau taraf sektor
pelancongan. Isi 2 Pada masa yang sama, sektor pelancongan boleh
dikembangkan dengan menganjurkan acara atau kejohanan sukan
peringkat antarabangsa di dalam negara. Penganjuran Le Tour De
Langkawi adalah salah satu contoh terbaik dalam menganjurkan acara di
peringkat antarabangsa dan mempromosikan keindahan kawasan tumpuan
pelancong di Malaysia. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.
Langkah ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi tetapi hasil
penganjurannya akan memberikan pulangan yang berbaloi-baloi. Hal ini
demikian kerana, hotel-hotel berdekatan akan mendapat pelanggan bukan
sahaja di musim percutian, manakala restoran dan pusat pelancongan juga
akan dikunjung dengan lebih kerap. Masyarakat tempatan juga akan
mendapat tempias yang positif dengan peluang-peluang pekerjaan yang
dibawa oleh penganjuran acara-acara ini. Tuntasnya, mengadakan
kejohanan peringkat antarabangsa seperti Sukan Asia dan Komanwel
dapat memajukan lagi sektor pelancongan dalam negara. Isi 3 Usaha lain
yang wajar dilaksanakan bagi memastikan sektor pelancongan terus maju
adalah dengan menyediakan prasarana dan infrastruktur awam yang
lengkap. Prasarana yang dimaksudkan adalah jalinan perhubungan seperti
jalan raya yang selamat dan lapangan terbang yang selesa. Malaysia yang
kaya dengan keindahan alam semula jadi terkenal dengan produk
pelancongan berasaskan flora dan fauna atau dikenali sebagai
ekopelancongan. Produk ini terletak jauh di kawasan pedalaman dan
memerlukan jalan yang selesa dan mudah untuk pelancong berkunjung.
Oleh yang demikian, pihak berkuasa hendaklah menyediakan jalan raya,
pengusaha bas dan van serta lapangan terbang yang selesa dan kondusif
untukl menerima pelancong domestik mahupun asing. Jika kita mampu
memberikan pengalaman yang mudah dan selesa kepada pelancong untuk
bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, pasti mereka akan
berasa seronok dan tidak mengganggu suasana percutian mereka.
Intihannya, dengan menyediakan prasarana terbaik di dalam negara,
sektor pelancongan boleh bertambah maju. Isi 4 Akhir sekali, langkah
untuk memajukan sektor pelancongan adalah melakukan libat urus dengan
pengusaha-pengusaha pelancongan untuk mewujudkan penambah baikan.
Peranan ini khusus untuk badan yang mengelola dan memantau aktiviti
pelancongan dalam negara kerana mereka bertanggungjawab.
Menganjurkan forum perbincangan atau sesi “townhall” dapat
mengumpulkan pengusaha pelancongan seterusnya mencari solusi
kepada setipa masalah yang dihadapi. Tamsilnya, pengusaha feri dan bot
yang menggunakan petrol diesel sebagai bahan bakar kenderaan mereka
memerlukan subsidi yang lebih banyak. Begitu juga dengan pengusaha
taman tema yang perlu membayar cukai lebihan walaupun jumlah
pengunjung tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Masalah ini jika
dibantu dan diselesaikan dengan solusi terbaik, pastinya sektor
pelancongan akan bertambah maju. Penutup Kesimpulannya, terdpat
banyak langkah yang boleh direncana untuk memajukan sektor
pelancongan di Malaysia. Setiap pihak yang terlibat dalam industri
pelancongan semestinya inginkan yang terbaik dalam perkembangan
sektor mereka. Justeru, pihak kerajaan, pengusaha pelancongan, agensi
pemasaran dan rakyat Malaysia sendiri perlu komited dalam menyumbang
kepada perkembangan sektor ini dengan menjalankan obligasi masing-
masing. Sebagai warganegara, kita seharusnya membantu pelancongan
domestik dengan mengunjungi pusat-pusat pelancongan pada hujung
minggu atau hari cuti dengan lebih kerap sebelum melancong ke negara-
negara asing. Keindahan alam semula jadi dan keunikan budaya serta
tradisi masyarakat kita seharusnya menjadi elemen utama dalam
mempromosikan pelancongan di Malaysia. Ibarat peribahasa Melayu,
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri
sendiri.

Negara kita Malaysia mempunyai pelbagai budaya, bahasa dan agama. Hal ini
disebabkan keunikan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu,
Cina India dan sebagainya. Oleh itu, Hari Perayaan Di Malaysia juga mempunyai
pelbagaiistimewa dan disambut oleh kaum tertentu. Kaum Melayu danpenganut
agama Islam menyambut Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina merupakan Hari
Perayaan orang Cina, manakala Perayaan Deepavali disambut oleh kaum India.
Sambutan hari perayaan di Malaysia juga melahirkan perpaduan antara semua
kaum sebab kita seringmenggabungkan budaya tanpa mengira agama atau warna
kulit dan menjadi budaya yang unik di dunia.
Hari Raya Aidilfiti
Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan.
Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan
sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan
sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan.

Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan
dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan
diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.

Tahun Baru Cina


Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang
menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya
ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab,
naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini
memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk
makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama
keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada
saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ membawa
pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah
dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan
kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke
rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepadamereka yang meraikan
perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap
Goh Meh

Perayaan Deepavali
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap
bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud
‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan
mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman
dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan
menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi.
Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.

Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum


keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi
manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara
mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung
beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

Perayaan Gawai Dayak


Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap
tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan
disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai
Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai
memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa
supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara
minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan
makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh
beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang
pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah
panjang.

Perayaan Tadau Keamatan


Merupakan perayaan masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada bulan Mei setiap
tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk menyambut Tadau Kaamatan
mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai. Perayaan ini kebiasaannya diadakan
selama dua malam berturut-turut. Malam pertama diadakan upacara ‘magavau’ atau
pemujaan semangat padi yang diketuai oleh ‘bobohigan’ dan beberapa orang
pembantunya. Pada malam kedua, upacara ‘habot’ iaitu beras yang diperam
diberikan kepada bobohigan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu
akan dihiburkan dengan tarian ‘Sumazau’ dan ‘Megalang’ sambil meminum air tapai.

Perayaan Krismas
Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai
mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan
pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni. Bungkusan-
bungkusan hadiah diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut
Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir
yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut
kerana persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan
menyanyi dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya
disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan
datang membawa hadiah kepada mereka. Sepertimana perayaan masyarakat lain,
pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi gereja-gereja untuk upacara
sembahyang.

Pesta Songkran
Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam. Masyarakat Siam di
Kelantan turut menyambut perayaan tahun baru ini. Perayaan ini juga dikenali
sebagai pesta Songkran. Songkran disambut berdasarkan kepada Kalendar lunar
Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima
belas. Sekiranya mengikut kalendar masihi, pesta Songkran ini disambut pada
pertengahan bulan April.

Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitu mereka akan
menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai. Kebetulan pesta
Songkran ini adalah jatuh pada hari yang terpanas dalam satu tahun.

Dalam konteks, Negara Malaysia yang berbilang kaum, kebudayaan dan adat
resam, pesta Songkran menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan
dengan penyertaan pemimpin-pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum.
Semangat dan nilai-nilai murni yang sejagat dalam Perayaan Songkran seperti
berbudi bahasa, menghormati budi dan penghargaan terhadap orang tua, bersopan
santun dan bersyukur adalah nilai teras pembentukan masyarakat Malaysia yang
berbudi bahasa.

Sambutan Hari Perayaan Di Malaysia


Sambutan Hari Perayaan di Malaysia dapat memupukinteraksiantara kaum dan
mengeratkanhubungan kita.Hari Perayaan Di Malaysiamempunyai konsep rumah
terbuka untuk mengajak kawan-kawanmelawat semasaperayaan tanpa mengira
kaum dan bangsa. Rumah terbuka semasaHari Perayaan memangmeningkatkan
pengetahuanakan budaya masing-masing. Oleh itu,sambutan hari perayaan mesti
diterus dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmoni.

Anda mungkin juga menyukai