Anda di halaman 1dari 4

Teks Pidato Spontan

Salam Malaysia Prihatin,

Terima kasih pengerusi majlis, kombinasi intelektual kehakiman bervisi, penjaga masa yang
setia, guru-guru penggerak generasi berwawasan seterusnya para hadirin pencetus revolusi
minda yang saya kasihi.

Tajuk syarahan spontan saya ialah ______________________________________.


Di sini, saya ingin menampilkan dua idea utama untuk menghuraikan tajuk syarahan spontan
saya. Pertama, ____________________________________________
dan kedua, _____________________________________________________.

Hadirin sekalian,
Fokus pertama iaitu _______________________________________________
______________________________________________________________
_____________________________________________________________.

Hadirin sekalian,
Fokus kedua pula iaitu _____________________________________________
___________________________________________________________________________________________________
________________________.

Rumusannya, ____________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________
________________________.

Sekian, terima kasih.

NOTA SYARAHAN SPONTAN

KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kebersihan bermaksud terhindar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran yang
nampak seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif
termasuk sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya.

Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan fizikal
termasuk kebersihan diri. Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan
sebagainya. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan disenangi oleh rakan dan
taulan. Orang yang mementingkan kebersihan akan terhindar daripada sebarang penyakit
seperti wabak H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain.
Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan peranan penting
dalam kehidupan seharian. Contohnya seorang pelajar yang rajin, tekun, sering menunaikan
perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di dalam kelas serta menghormati ibu bapa, guru-guru
dan rakan-rakan pasti akan mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupannya.

Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan
merupakan cabang iman. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kerana
kebersihan lambang ketamadunan seseorang. Sekian, terima kasih.

KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat baik. Namun,
kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan kemudahan infastruktur
yang ada di negara kita. Mengapa ini terjadi? Persoalannya bagaimana kita sebagai pengguna
jalan raya bertanggungjawab untuk memastikan jalan raya selamat digunakan?

Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan. Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang
keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong yang betul dan banyak lagi. Jika semua
pengguna mematuhi peraturan yang ditetapkan, maka keselamatan di jalan raya sudah pasti
dapat ditingkatkan.

Selain itu, para pengguna jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur, saling
menghormati antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu. Jika sikap ini sentiasa
diaplikasikan oleh pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap keselamatan dapat dipelihara
malahan nyawa dapat diselamatkan.

Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama baik


pejalan kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan. Keselamatan semua
pengguna bergantung kepada keperihatian dan komitmen tinggi para pengguna. Oleh itu,
berhati-hati di jalan raya, nyawa pengguna di tangan kita. Sekian, terima kasih.

FAEDAH MENABUNG

Berapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung penting kepada setiap
orang? Orang-orang tua ada menyatakan, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Maksudnya jika hari ini kita berjimat
cermat, hasilnya kita akan memperoleh kesenangan di hari kemudian.

Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan yang
diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu bapa. Wang yang
disimpan dapat digunakan ketika kita berada di dalam kesempitan selain membantu ibu bapa
terutama untuk membeli keperluan persekolahan.
Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja. Wang yang disimpan secara
berterusan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyambung pelajaran sangat tinggi. Hal ini
membolehkan kita membantu ibu bapa daripada terlibat dengan pinjaman pelajaran dan
seterusnya menanggung hutang yang sudah pasti membebankan.

Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita. Oleh itu marilah
kita mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di masa hadapan bak kata
pepatah sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sekian, terima kasih.

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Bagaimana untuk mendapatkan


makanan seimbang? Dan apakah kepentingan makanan seimbang? Makanan seimbang adalah
makanan yang mengandungi semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan
seperti karbohidrat, mineral, protein, zat besi dan juga vitamin.

Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu mengambil makanan
seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit, menyebabkan pertumbuhan
individu terbantut malahan turut menyebabkan organ badan gagal berfungsi dengan baik.

Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar. Pengambilan makanan


berkarbohidrat pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk ketika di
dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya ingatan kurang tajam. Malahan
makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya tumpuan pelajar di dalam kelas.

Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang. Tanpa


pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai wabak dan
penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan
secara seimbang untuk kestabilan kesihatan. Sekian, terima kasih.

KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para pelajar di luar bilik darjah
dan di luar waktu persekolahan. Antara aktiviti kokurikulum adalah aktiviti dalam sukan dan
permainan, kelab dan persatuan serta menyertai kegiatan unit beruniform.

Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar. Antara manfaatnya adalah kegiatan
kokurikulum dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar termasuk saling bekerjasama,
melahirkan rasa 1 Malaysia terutama bagi kegiatan berbilang kaum, belajar berdikari malahan
memupuk keberanian melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Selain itu, para pelajar juga akan
sentiasa berwawasan tinggi, berdaya saing malahan cergas dan cerdas sepanjang masa.

Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanfaatkan masa
senggangnya dengan melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain, berkhemah,
berekspedisi, berkayak dan lain-lain. Hal ini membantu mereka daripada terjebak dalam
kegiatan tidak bermoral dan bercampur dengan individu yang rendah akhlak.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik terutama kepada
para pelajar yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi. Bak kata pepatah, kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau tidak sertai kokurikulum, manakan tahu
nilai faedahnya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai