Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Bagaimana untuk

mendapatkan makanan seimbang? Dan apakah kepentingan makanan seimbang?

Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi semua jenis zat makanan

yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, mineral, protein, zat besi dan

juga vitamin.

Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu

mengambil makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit,

menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut menyebabkan organ

badan gagal berfungsi dengan baik.

Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar. Pengambilan

makanan berkarbohidrat pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar

mengantuk ketika di dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya

ingatan kurang tajam. Malahan makanan seimbang penting untuk mengekalkan

daya konsentrasi pelajar di dalam kelas.

Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang.

Tanpa pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai

wabak dan penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan anda

mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk kestabilan kesihatan. Terima

kasih.
FAEDAH MENABUNG

Berapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung

penting kepada setiap orang? Orang-orang tua ada menyatakan, ‘Berakit-rakit ke

hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang

kemudian’. Maksudnya jika hari ini kita berjimat – cermat, hasilnya kita akan

memperoleh kesenangan di hari kemudian.

Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat membeli

barangan yang diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu

bapa. Wang yang disimpan dapat digunakan ketika kita berada di dalam kesempitan

selain membantu ibu bapa terutama untuk membeli keperluan persekolahan.

Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja. Wang yang

disimpan secara berterusan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyambung

pelajaran adalah tinggi. Ini membolehkan kita membantu ibu bapa daripada terlibat

dengan pinjaman pelajaran dan seterusnya menanggung hutang yang sudah pasti

membebankan.

Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita.

Oleh itu marilah kita mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di

masa hadapan bak kata orang ‘sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.’ Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai