Anda di halaman 1dari 5

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pengetua sek keb mutiara perdana, guru-guru, ibu-bapa

dan murid-murid serta semua hadirin sekalian yang berada di majlis ini. Berdirinya saya di sini adalah
ingin menyampaikan ucapan tentang kepentingan sarapan pagi kepada pelajar-pelajar sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan serta adik-adik sekalian,

Terima kasih kerana berada didalam majlis julungkali yang diadakan disekolah ini Ia iaitu majlis
entrepreneurship day. Di mana aktiviti keusahawanan mula diperkenalkan kepada kita semua seawal
umur 7 tahun.

Saudara saudari yang dikasihi sekalian,

Di dalam hidup kita ada tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik adalah mengambil
sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap. Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan
menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.Sarapan atau alas
perut, adalah makanan pagi yang amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada
kehidupan tumbuhan. Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. Namun,
pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan,
terutama di kalangan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering
meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan. Sebilangan besar kanak-kanak dan pelajar tidak
bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di
sekolah. Kesannya, kebanyakkan mereka akan pengsan sewaktu berada didalam perhimpunan sekolah.
Saudara saudari yang dikasihi sekalian,

Sarapan pagi ini sangat penting, kerana memainkan peranan dalam memberi tenaga untuk melakukan
aktiviti harian. Kanak-kanak memerlukan tenaga dan badan yang sihat untuk pergi ke sekolah, jadi otak
dan fikiran mereka dapat berfungsi dengan baik dan sehingga kelaparan tidak mengganggu konsentrasi
mereka di dalam kelas. Jika kanak-kanak diberi sarapan pagi, tumpuan mereka akan diperbaiki supaya
mereka lebih mudah memahami dan mengingat apa yang guru ajarkan di sekolah.

Saudara saudari yang dikasihi sekalian,

Tabiat pemakanan yang baik ini perlu disemai sejak anak kecil. Kajian mendapati nutrisi baik bukan saja mampu
membantu perkembangan fiziikal (menjadikan anak lebih tinggi dan kuat), tetapi juga merangsang keupayaan minda
yang dikaitkan dengan kebolehan memperoleh pendapatan lebih lumayan. Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi
merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin
sarapan dikenal pasti mampu memberi kesan positif kepada fungsi otak. Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak
dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian
terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

Sarapan juga secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan
tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja.
Sedihnya, masih ramai masyarakat kita belum mampu menjadikan sarapan sebagai satu kemestian di dalam hidup
mereka atau jika diambil pun pada waktu berbeza-beza.Oleh itu,sarapan pagi harus diambil untuk kesihatan tubuh
badan kita
Orang yang bersarapan secara tetap akan menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing
dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama yang kaya dengan karbohidrat, akan dapat
membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan
dan makan tengah hari.
Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental
kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus.
Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Nestle (M) Berhad pada tahun 2001 ke atas 12,000
murid sekolah rendah (berumur tujuh hingga 12 tahun di seluruh negara) mendapati, lebih 30 peratus kanak-kanak
sekolah rendah tidak bersarapan.
Antara alasan paling kerap diberi ialah tidak cukup masa iaitu sebanyak 48 peratus dan tidak berselera sebanyak 30
peratus.

Saudara saudari yang dikasihi sekalian,

Kajian juga mendapati pengambilan makanan harian juga tidak teratur. Semakin ramai kanak-kanak gemar
mengambil kudapan seperti ais krim, buah-buahan, bijirin sarapan pagi, kentang goreng, coklat dan makanan ringan.
Sebaliknya, kekerapan makan bersama keluarga menurun. Berdasarkan kajian, hanya 68 peratus kanak-kanak
sekolah rendah makan malam bersama keluarga.
Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan
yang berkhasiat. Sarapan pagi yang diambil tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang
boleh merangsang fungsi otak, Sarapan pagi juga tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau
minuman lain yang berkhasiat. Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah
dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan
pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.
Tetapi ramai ibu bapa kita memilih untuk memberi makanan yang berat untuk sarapan. Sarapan paling lazim
diambil ialah roti, nasi lemak, nasi goreng dan kuih.

Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran
yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan
sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.
Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan
kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang
bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan
memiliki daya tumpuan yang lebih baik.
Saudara saudari yang dikasihi sekalian,

Apa yang akan terjadi kalau kita tidak mengambil sarapan pagi dengan betul?

Kita tahu sarapan pagi itu penting untuk kesihatan tubuh badan dan untuk kelancaran aktiviti
seharian. Namun, ianya masih diabaikan sesetengah orang yang sering bergegas setiap pagi untuk
ke tempat kerja atau ke kelas. Berikut adalah kesan-keasan sampingan yang dialami oleh kita
semua secara sedar atau tidak sedar.
 
Kecekapan kerja menurun
Selepas tidur semalaman, nutrisi badan anda berkurangan dan paras gula pula sering jatuh pada
kadar minimum. Mengelak makan sarapan menghalang tubuh badan untuk menambah gula dalam
darah, menyebabkan simptom-simptom seperti pening, lemah badan dan kemurungan, lantas
mempengaruhi prestasi kerja dan belajar.
 
Cenderung menjadi obesiti
Sesetengah orang menganggap mengelak sarapan pagi dapat mengurangkan kalori dengan harapan
untuk mengurangkan berat badan. Namun, mengelak sarapan pagi akan menyebabkan lebih mudah
lapar menjelang waktu makan tengah hari dan sekaligus mendorong untuk makan secara
berlebihan. Akhirnya, pengambilan karbohidrat organik secara berlebihan menyebabkan cubaan
kurangkan berat badan menjadi lebih sukar dan cenderung kepada obesiti.
 
Refleks perlahan
Sarapan merupakan sumber tenaga utama untuk prestasi fizikal dan mental yang lebih aktif. Tanpa
pengambilan sarapan pagi, badan akan mengalami kekurangan bekalan gula, mengakibatkan
kehabisan tenaga, keletihan, tumpuan lemah, kemurungan dan refleks perlahan.
 
Penuaan pra-matang
Apabila badan mengalami kekurangan sumber tenaga, ia mula membakar tenaga daripada
simpanan glikogen dan protein. Dalam jangka masa yang lama, ia bakal menyebabkan kulit menjadi
kering, berkedut dan anemia. Dan ini bererti anda akan lebih cepat menua.
 
Sembelit
Apabila tiga hidangan dalam sehari diambil secara tetap, tubuh secara automatik akan memelihara
pergerakan usus dengan lebih efektif. Jika anda sering mengelak sarapan pagi, dalam jangka masa
panjang ia akan mengganggu ritma normal ini dan sekaligus boleh menyebabkan berlakunya
sembelit.
Saudara saudari yang dikasihi sekalian,

Apakah kelebihan jika kita mengambil sarapan secara teratur?


 Memastikan metabolisme badan sentiasa pada tahan optimum

Selepas bangun dari tidur, perut kita telah kosong selama lebih kurang 10 jam. Jika kita tidak sarapan, dan skip
terus ke makan tengah hari, perut kita kosong lebih dari 12 jam. Ini akan menyebabkan otak menghantar signal
untuk menurunkan metabolism badan. Dan apabila kita makan tengah hari, badan kita berada dalam mode
berehat, jadi apa yang kita makan waktu tengah hari itu tidak dibakar dengan efektif, ini akan menyebabkan
penghasilan lemak dalam badan.

Mengelakkan kita makan secara berlebihan. Apabila perut kita kosong, kita akan mengambil makanan lebih
dari keperluan kita. Ini mennyebabkan kita sukar menurunkan berat badan.

Membekalkan TenagaDengan mengambil sarapan pagi, kita memberi badan kita tenaga untuk melakukan
aktiviti harian. Kerja kita akan lebih produktif dan lebih fokus dengan apa yang kita lakukan.

Membentuk permakanan kita sepanjang hari Menurut satu kajian, sarapan pagi mempengaruhi tabiat
permakanan seharian kita. Jika kita mengambil makanan yang tidak sihat, kita akan cenderung untuk
mengamalkan tabiat permakanan yang tidak sihat sepanjang hari. Sarapan juga membantu menurunkan berat
badan.

Saudara dan saudari yang dikasihi sekalian,

Diakhir ucapan saya pada hari ini suka saya sarankan bahawa banyak manfaat yang boleh kita dapat dari
pengambilan sarapan pagi. Sebagai konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pengambilan sarapan
pagi ini banyak memberikan kepentingan kepada diri kita. Pengabaian daripada mengambil sarapan pagi juga
memberikan keburukan kepada diri kita. Oleh itu, kita haruslah memulakanlah hari kita dengan bersarapan
kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati. Sesungguhnya kita perlu mengetahui apa yang penting bagi
diri kita untuk sentiasa sihat dari segi mental mahupun fizikal. Ibu bapa seyogianya menyediakan sarapan
yang sihat untuk anak-anak tanpa memberikan sebarang alasan yang boleh membantutkan tumbesaran dan
kesihatan anak-anak. Pengambilan sarapan pagi haruslah dijadikan suatu kelaziman supaya alah bisa tegal
biasa. Dengan ini, negara dapat menghasilkan modal insan yang sihat sekali gus dapat meningkatkan taraf
ekonomi negara agar setanding dengan negara-negara maju yang lain. Berpeganglah pada slogan “Rakyat
Sihat,NegaraMaju”.
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai