Anda di halaman 1dari 19

1.

Kebersihan Patah sedahan pokok pengaga, Patah dahan daun pengaga,


makanan Dimakan camar ditengah jalanan, Pengaga diberi dalam potongan,
Mengapa kebersihan tidak dijaga? Bukan kebersihan tidak dijaga,
Hidangan tercemar keracunan makanan.. Pentingkan diri mengaut keuntungan.

2.Gaya hidup sihat Indah saujana hati tergugat, Angin pawana merentas paya,
Menikam kalbu dihembus pawana, Laluan jalanan tiada tamat,
Covid corona musuh sejagat, Covid corona musuh bahaya,
Kehidupan sihat bagaimana dijana? Amalkan kebersihan pasti selamat.

Busut tebal duduk si sawa, Duduk termangu membaca media,


Terletak disisi pohon cendana, Melihat kenari ligat menari
Pandemik global mengancam nyawa, Giliran ditunggu sentiasa bersedia,
Vaksin imunisasi sudahkan terlaksana? Vaksin diberi pelindung diri.

3.Akhlak mulia Gemalai lemuni bercerap pawana, Di tepi titi, pohon dahlia,
Indah saujana mata terpikat, Tepi perigi, pohon melati,
Nilai madani digarap sempurna. Berbudi pekerti akhlak mulia,
Sejauh mana terjana hakikat ? Ke mana pergi hidup diberkati.

4. Amalan berbudi Buah zaitun pahit dirasa, Sembunyi ditelok selepas kelahi
bahasa Kuih dahlia manis rasanya, Pedih belia sangat terasa
Bersopan santun berbudi bahasa, Bahasa yang elok anugerah Ilahi,
Akhlak mulia di mana cerminnya? Berbudi mulia pusaka bangsa.

5. Modal insan Buah pulasan sudah dirasa, Gunakan kendi menghalau jalak,
Buah kelapa dibuat halwa, Lalu mengendap burung kenari,
Modal insan memimpin bangsa, Hiasan budi baik akhlak
Bagaimana rupa untuk dibawa? Bahasa beradab pelengkap diri.

6. Ibu mithali/ Terang bulan malam purnama, Terang bulan awan berlalu,
7. Sayangi keluarga Terbang tempua di awan pilu, Duduk terpaku melamun sendiri,
Rakan taulan sering diutama, Kerja kumpulan menambah ilmu,
Mengapa ibumu dipinggir selalu? Ibu bapaku memahami diri.

8. Semangat Pohon selasih,pohon siantan, Selat tepian tumpuan orang


kejiranan Buah kelapa diambil orang, Tempat membasuh sudu dan pinggan,
Jalinan kasih pembina kekuatan, Bukan impian berpatah arang,
Dibayang apa berpatah arang? Elak bermusuh,meretakan hubungan..

9. Semangat Sampan terikat di pantai Serkat, Hendak menyukat ikan sepukat,


perpaduan Naik perahu ke Tanjung Keling, DiPekan Baling jualan biasa,
Andai sepakat membawa berkat, Jiran sepakat membawa berkat,
Bertemu bahu mengapa menjeling? Bukan menjeling mengejar masa.

10. Semangat Harum kenanga hingga keseberang, Burung kenari memecah sunyi,
kekitaan Warna berbelang disinari mentari, Dikejar pula oleh si sawa,
Kekayaan diguna untuk seorang, Pemberian diberi secara sembunyi,
Kemana menghilang tanggungjawab diri? Tanggungjawab diri sentiasa di jiwa.
TEMA JUAL BELI
1. Sekolahku duniaku Hujan laksana butiran mutiara, Memasang bubu di sungai tapa,
Air ditadah penuh di kolah, Duduk berkelah di atas titi,
Pendemik corona,melanda Negara, Biar seribu halangan menimpa
Hilangkah sudah semangat ke sekolah? Semangat ke sekolah tetap di hati.

Jangkitan tersebar hampir sepekan, Burung kenari terbang sendiri,


Virus melanda terlalu lama, Memakan gamat di tepi kolah,
Rasa tak sabar bersama rakan, Vaksin diberi melindungi diri,
Selamatkah jika belajar bersama? Pasti selamat warga sekolah.

3. Murid bestari/ Puteri berlari mencari mutiara, Puteri berlari mencari mutiara,
4. Kepimpinan Singgah mandi di sungai lokan, Kaki terpijak cengkerang lokan,
melalui teladan Murid bestari harapan Negara, Murid bestari harapan Negara,
Apakah sendi yang diperlukan? Berfikiran bijak amat diperlukan.

Buah nanas dimakan belangkas, Burung kenari terbang berlima,


Makan di tepi pokok selada, Seekor terluka terjatuhlah ia,
Fikiran bernas tenaga tangkas, Idea diberi sukar diterima,
Mengapa sepi dijana tiada? Fikiran terbuka menjangkau dunia.

Pohon selada berdaun lurus, Pokok salak menjulang tinggi,


Tumbuh sendiri dipangkal nangka, Pokok nangka hanya separa,
Cemerlang minda menongkah arus, Cemerlang akhlak dan teknologi,
Pelajar bestari bagaimana dirangka? Pelajar dirangka memajukan Negara.

4.Memperkasa bahasa Pohon payang tempat bertemu, Hutan rimba tempat bertemu
Terang cahaya sinaran bulan Pokok jadian sipohon ara
Katamu sayang akan bahasamu, Impian hamba menuntut ilmu
Mengapa dwibahasa jadi bualan? Sebagai persediaan ke luar Negara.

5. Pendidikan Saugadar Nita membawa ufti, Burung kenari di atas titi,


percuma/ Saling bertukar saudagar baja, Waktu senja dipulau jawa,
6. Faedah kurikulum/ Pendidikan kita ada kualiti, Hasil diberi kerja berkualiti,
7. Pendidikan Mengapa sukar mendapat kerja? Mencari kerja sesuai dijiwa.
cemerlang
8. Kepentingan Pahlawan sagih bernama Megat, Puteri Rania cantik jelita
teknologi Jalan menghala hujung buana, Pergi ke taman sambil berlari
Teknologi canggih keperluan sejagat, Pengaruh dunia,mengelapkan mata,
Mengapa pula disalah guna? Perlukan teman insafkan diri.

Pohon mengatal patah sedahan, Banyak bahan terdapat di media,


Jangan terkena akan getahnya, Belajar AlQuran secara sendiri,
Media digital memberi kemudahan, Talian pembelajaran,guru tersedia
Sejauh mana saudari kuasainya? Pembelajaran kendiri dihujung jari.

9. Budaya membaca Cantik berkaca bunga dahlia, Terpijak kaca sewaktu berlari
Dipetik nyonya secara paksa, Darah melanda bukan biasa
Rajin membaca amalan mulia, Amalan membaca itulah diri,
Mengapa hanya untuk periksa? Dilipat ganda sewaktu periksa.

Cantik berkaca bunga dahlia, Buah leletup menjadi kemik,


Tapi ku suka sibunga tanjung, Benih merebak banyak sekali,
Hidup membaca amalan mulia, Pustaka ditutup akibat pendemik,
Mengapa pustaka kemarau pengunjung? Hilang wabak ramai lah kembali.

10.Keselamatan jalan Bunga raya dipinggir rimba, Bunga raya dipinggir rimba,
raya Diapit pula bunga cemara, Lalu dimakan oleh siputeri,
Jalan raya tempat berlumba, Jalan raya tempat berlumba,
Di mana letak akal bicara? Pengaruh rakan merosakkan diri.

PANTUN PUSINGAN PERTAMA ( Separuh Akhir )

BUNGA-BUNGA PANTUN

JUAL BELI
TUAN PUTERI CANTIK BERSERI BUAH MALBERI BUAH DELIMA
SILA JAWAB PANTUN DIBERI PANTUN DIBERI HAMBA TERIMA

BUNGA LILI DI HUTAN RIMBA SAYANG SELASIH BERIKAT TALI


SILA BELI WAHAI TUAN HAMBA DEMI KASIH PANTUN KU BELI

HINGGA TERLELAP DUDUK BERBUAL CANTIK BERGAYA PUTERI RIMBA


SILALAH JAWAB PANTUN DIJUAL DENGAR YA JAWAPAN HAMBA

TEMA JUAL BELI

Besi waja permata baiduri, Pohon seroja teguh berdiri,


MENABUNG Cantik bersegi bila digabung, Pohon selada didalam raga,
AMALAN Wang belanja tidak diberi, Wang belanja tidak diberi
MULIA Masihkan lagi menyimpan ditabung? Menyimpan bila diberi keluarga.

Pokok seroja patah ditengah, Pohon seroja patah ditengah,


Untuk selamat cepatlah lari, Pohon cemara patah tiada,
Besar belanja sikap bermegah, Besar belanja bukan bermegah,
Berjumat cermat amalkah saudari? Membantu saudara selagi ada.

Di atas papan bunga dahlia, Sang kancil berpindah randah,


Diambil teruna lalu bermadah, Makan selada sambil kelana,
Menabung menyimpan amalan mulia, Sedari kecil menabung sudah,
Sejauh mana terlaksana sudah ? Wang yang ada boleh dijana.

Kata bermadah puisi seloka, Sungguh indah bunga cemara,


SEMANGAT Dengan selamba membaca rawi, Di dalam timba dimakan unggas,
PATRIOTIK Lunturkah sudah semangat merdeka? Tersemat sudah cintakan Negara,
Diadu domba memusnah pertiwi. Diadu domba tidakkan terjejas

Kata bermadah gitar dipetik, Sungguh indah bunga cemara,


Dengan selamba membaca mentera, Tiada peluang dibawa pulang
Lunturkah sudah semangat patriotik? Tersemat sudah cintakan Negara,
Diancam musuh memusnahkan Negara. Rela berjuang berputih tulang.

Tiga puluh satu Ogos berlalu sudah, Bunga cemara sukar disentuh,
Pelbagai cara meraikannya, Pokok betik setengah mati,
Kibaran bendera diambil mudah, Betulkan bendera jika terjatuh,
Semangat patriotik dimana letaknya Semangat patriotik letaknya di hati.

Tampak berisi petai sepapan, Ditanjung sekamat,banyak mutiara,


Bertingkah duri pohon setawa, Ramai ke sana tempat dituju,
TEKNOLOGI Rentak inovasi,merintis kehidupan, Teknologi maklumat membangunkan
MAKLUMAT Mampankah diri menongkah jiwa? Negara,
Ekonomi terjana rakyat maju
Dinar rial lambang generasi, Bunga seroja cantik berseri,
Nilai berada tidakkan musnah, Lebih ku minat bunga cemara,
Media sosial, sebaran komunikasi, Tanpa sengaja tertekan di jari,
Mengapa diganda penyebar fitnah? Tidak terniat menambah sengsara.

Jala ditebar di sungai Rini, Tanah pamah ditanam sudah,


Ikan di sana banyak belaka, Bercampur lumat secara sendiri.
Alam siber teknologi terkini, Duduk dirumah semuanya mudah,
Sejauh mana dapat diteroka? Segala maklumat dihujung jari.
Tema yang mempunyai kaitan dengan negara

TEMA JUAL BELI


1.Memperkasa Halwa manisan bunga cemara, Nira sari manis rasanya,
wawasan remaja Sedap dimakan bersama ikan, Masukkan manisan ke dalam
Remaja wawasan harapan Negara, rojak,
Apakah sendi yang diperlukan? Soalan saudari,mudah jawabnya,
Remaja berwawasan, berfikiran
bijak.
2.Rukun Negara Atas para buah delima, Letak siakap di atas para,
Datang saudara saya hidangkan, Makan beradap untuk hidangan,
Rukun Negara cetusan bersama, Amal setiap rukun Negara,
Bagaimana cara dimartabatkan? Hafalnya tetap di dalam tangan .

Bunga cemara dimakan angsa, Duduk berehat diatas batu,


Lalu berehat di atas batu, Rasa selesa makan delima,
Rukun Negara falsafah bangsa, Perpaduan rakyat bangsa disatu,
Perpaduan rakyat bagaimana disatu? Amal sentiasa rukun yang lima.

3.Negara lestari/ Berjalan menghala hujung buana, Pohon cendana,sipohon turi,


4. Malaysiaku Terjatuh pulakaki bernanah, Tempat sidara bersuka ria
indah/ Teknologi berkala,kemajuan dijana, Kemajuan dijana teknologi dicari
5. Cintai alam Mengapa pula alam dimusnah? Kehijauan dipelihara negara ceria.
sekitar
Terbang camar malam purnama, Pohon cemara pohon setawa,
Nyaring bersuara bising bunyinya, Pohon bidara ubat deria,
Udara tercemar jerebu menjelma, Sita segera,kilang didakwa,
Bagaimana cara untuk atasinya? Barulah udara kembali ceria.

6. Malaysiaku Petani bermadah sewaktu pulang, Pahlawan terbilang itulah tuah,


gemilang Jalan lambat kerana letih, Berambut putih petah bicara,
Dicanang sudah Malaysia gemilang. Malaysia gemilang bumi bertuah,
Sudahkan terubat pribumi merintih? Pribumi merintih dibantu segera.

7. Malaysia cergas Makan lokan malam purnama, Daun tirus bunga cemara,
Sambil menanti lauk tambahan, Pohon meranti tumbuh di taman,
Aktiviti sukan digarap sempurna, Corona virus melanda Negara,
Mengapa peranti menjadi pilihan? Hanya peranti menjadi teman .

8. Permainan Saudagar terkenal membawa ufti, Saudagar terkenal membawa ufti,


tradisional/ Saling bertukar saudagar kaya, Saudagar kaya menjual cuka,
9. Pakaian ................ada kualiti, ............... .ada kualiti,
tradisional/ Mengapa sukar untuk digaya? Tak boleh digaya mengikut suka.
10. Batik Malaysia

PANTUN 2019

PESERTA PERTAMA (JUAL)


Ke bandar sebatu,menjual raga,

Singgah di pekan,terasa perlu,

Masa itu sangat berharga,

Mengapa biarkan,ia berlalu?

Rumput di tepi, dimakan kelinci,

Pohon berangan tumbuh di takir,

Jiran menyepi,nampak membenci,

Apakah gerangan sedemikian fikir?

PESERTA KEDUA

Di pasar payang, kita bersua

Sedang memilih, buah berangan;


Katamu sayang, si warga tua,

Mengapa tersisih, di rumah kenangan?

Bunga raflesia, tegak perkasa,

Namun tersisih, bau dibenci;

Akhlak mulia, matlamat bangsa,

Mengapa masih, mencerca mencaci?

PESERTA KETIGA ( JUAL )

Kayu kayak dibuat sendi,


Kayu cendana dibuat dulang,

Budi banyak perkara budi,

Budi mana disukai orang ?

Ayam jantan bersabung taji,

Sedih menggamit mata melihat,

Hidangan bersantan selalu disaji,

Lupakah piramid pemakanan sihat ?

Merpati putih selalu diburu,

Berdarah cedera di pohon kelapa,

Merah, putih, kuning dan biru,


Mengapa bendera demikian rupa?

Kelat berbaki sibuah kundang,

Menjadi sebab demam tak kebah,

Longkang berdaki penyakit bertandang,

Tanggungjawab siapa hindar musibah ?

Rumput di tepi dimakan kelinci,

Pohon berangan tumbuh dihilir,

Jiran menyepi nampak membenci,

Apakah gerangan sedemikian fikir?

Batu delima penghias diri,

Tidak dilupa cincin suasa,

Hidup beragama panduan sendiri,

Tapi mengapa buli berleluasa ?

Kecil hati tidak dilayan,

Duduk dibongkah lalu berwirid,

Banyak cuti merai perayaan,


Tidak jejaskah pelajaran murid ?

Indah bulan waktu purnama,

Terbang tempua di awan pilu,

Handai taulan sering diutama,

Mengapa warga tua dipinggir selalu?

Susunan papan sisipan cemara,

Akar bersirat serak sapuan,

Satu harapan aspirasi Negara,

Tergapaikah hasrat erat perpaduan?

Duduk melepak mana yang dapat,

Kaki tersangkut pokok berduri,

Pencuri,perompak merata tempat,

Tidakkah takut berjoging sendiri?

PESERTA PERTAMA ( BELI )

Bertemu dinda, terasa malu,


Senyum menyulum,tanpa ketawa,

Masa yang ada ,dibiarkan lalu,

Kerana belum, sebati di jiwa.

Belang rahsia ,nampak perkasa,

Seolah berbaju,si kuda belang,

Apabila manusia,hargai masa,

Negara maju,rakyat gemilang.

Minyak sapi dibuat koci,

Selalu dijual di pinggir pekan

Jiran menyepi nampak membenci,

Banyak perkara hendak diselesaikan.

Hendak menyukat ikan sepukat,

Penat tersisih perkara biasa,

Jiran sepakat membawa berkat

Bukan menyisih mengejar masa.

PESERTA KEDUA ( BELI )

Laksana bulan, si rama-rama,

Hinggap dipinggir, cantik rupanya;


Rakan taulan, sering diutama,

Bukan meminggir, hanya tiada masanya.

Ke pasar payang, bersama mertua;

Bertemu nona, berjalan perlahan,

Memang kusayang, si warga tua,

Tersisih kerana, tiada pilihan.

Tanaman halia, ditanah biasa,

Tanah angkut, tanaman siantan;

Akhlak mulia, diamal sentiasa,

Tidak terikut, hasutan syaitan.

Menarik beca, sambil berlari,

Letak becanya, di tepi muara;

Mencaci mencerca, bukanlah diri,

Sekadar hanya, meninggi suara.

PERSERTA KETIGA ( BELI )

Tenang-tenang air di laut,


Sampan daik mudik ke tanjung,

Budi terkenang hati terpaut,

Budi baik rasa nak junjung.

Minum kelapa di atas pangkin,

Sesuai dituai bulan puasa,

Tidak mengapa sihina miskin,

Asalkan pandai berbudi bahasa.

Duduk melihat pohon duku,

Pokok pala juga keranji,

Pemakanan sihat jadi amalanku,

Sekali sekala tak salah disaji.

Makanan basi dan juga longgokan,

Sebagai bahan penganti petrol,

Makanan inovasi selalu dimakan,

Minyak pilihan tiada kolestrol.

Pantun Beli pusingan ketiga

Bersama Pak Teh, memancing cencaru,


Melawat datuk di tempat rahsia,

Merah,putih, kuning dan biru.

Lambang untuk masyarakat Malaysia.

Gunung Baki di daerah Padang,

Menjadi sebab penyakit berkahak,

Longkang berdaki penyakit bertandang,

Tanggungjawab semua pihak.

Minyak sapi dibuat koci,

Selalu dijual di pinggir pekan,

Jiran menyepi bukannya benci,

Banyak perkara nak diselesaikan.

Makan suji berinti ceri,

Disalut kelapa gaul bersama,

Wang disaji mengaburi diri,

Sehingga terlupa ajaran agama.

Lambang kekayaan bunga menguntum,

Bunga rafflesia jadi panduan,


Merai perayaan semua kaum,

Itulah Malaysia negara perpaduan.

Baru bertemu si cantik puteri,

Berbicara ramah bersama-sama,

Menuntut ilmu pelajaran dicari,

Tinggal di rumah seketika cuma.

Sengatan lipan berduka lara,

Dibawa teman ke tengah laman,

Satu harapan aspirasi Negara,

Erat perpaduan negara aman.

Salah melukut mata pari,

Anak pari besar terbantut,

Memang ku takut perompak pencuri,

Pertahanan diri ilmu dituntut.

Intergriti Sepakat Membawa berkat Semangat Kejiranan


Harum kenanga hingga ke seberang Kain pelikat kemas berlipat Pohonan selasih menyirna siantan,
Warna berbelang disinar mentari Ingin dibawa ke Tanjung Keling Melayang palpa patah berkurang;
Kekayaan dijana untuk seorang Andai sepakat membawa berkat Jalinan kasih pembina kekuatan,
Ke mana hilang tanggungjawab diri? Bertemu bahu mengapa menjeling? Dibayang apa berpatah arang?

Teknologi Kebersihan Mental Wawasan Negara


Tampak serasi bintang berkelipan, Gemalai lemuni bercerap pawana, Hiasan cemerlang bersirat cemara,
Bertingkah duri pohonan setawa; Indah saujana mata terpikat; Puspa pedada diseri kenari;
Rentak inovasi merintis hidupan, Nilai madani digarap sempurna, Wawasan dijulang martabat negara,
Mapankah diri menongkah jiwa? Sejauh mana terjana hakikat? Mengapa ternoda di bumi sendiri?

Komuniti Prihatin Muzik Tradisi Bakat Istimewa

Bayam seikat, beli di serkat, Pahlawan hulu. sangat terbilang, Gunung Daik, bercabang indah,
Madu setakar, di atas bahtera, Hatinyapula, penuh rahsia, Gunung Berkat, penuh rahsia,
Seluruh masyarakat, saling berpakat, Pulau Pinang dahulu, cukup gemilang, Hobi yang baik, jadikan wadah,
Mengapa sukar, untuk sejahtera ? Boria digila,mengapa disia? Mengapa bakat, sering dipersia?

Biar lambat asal selamat Cintai Keamanan Bijak Mengurus wang

Bunga raya ditepi timba, Benih cemara, hendak disemai, Pohon Belinja, patah ditengah,
Dahan ditetak, pelbagai cara, Benih betik, ditanam nyonya, Lebih selamat, jika tiada,
Jalan raya, tempat berlumba, Malaysia negara, aman dan damai, Besar belanja, sikap bermegah,
Dimana letak, akal bicara? Semangat patriotik , dimana letaknya? Berjimat cermat, bila nak ada?

Kemajuan media sosial Inovasi Produk tempatan Meneladani ulat buku

Dinar rial, lambang generasi, Limau purut, dan juga ikan Cahaya berkaca, bunga dahlia,
Nilai berada, tiada punah, Berulam empat, daun pegaga; Dipetik nyonya, secara paksa,
Media sosial , alat komunikasi, Bekam urut , herba dimakan, Rajin membaca, amalan mulia,
Mengapa diganda, penyebar fitnah ? Adakah dapat, pulihkan tenaga? Mengapa hanya, untuk periksa ?

Patriot di hatiku Menjaga keterampilan diri Teknologi Hijau

Kata bermadah, puisi seloka, Burung kenari, di atas panji, Jalan menghala, hujung buana,
Tidak selamba, membaca rawi, Tiada bisa, itulah sawa, Membawa gula, jatuh ke tanah,
Lunturkah sudah, semangat merdeka? Imej diri, selalu dipuji, Teknologi berkala, kemajuan dijana,
Di adu domba, memusnah pertiwi, Tidakkan rasa, tertekan dijiwa ? Mengapa pula, alam dimusnah?

Pusingan Pertama

Pemantun Pertama
Jual Beli
Komuniti Prihatin Komuniti Prihatin.

Bayam seikat, beli di serkat, Beras segantang sudah disukat,


Madu setakar, di atas bahtera, Disimpan ramai, di atas para;
Seluruh masyarakat, saling berpakat, Masyarakat datang, untuk muafakat,
Mengapa sukar, untuk sejahtera ? Negara damai, rakyat sejahtera.

Pemantun Kedua

Jual Beli
Muzik Tradisi Muzik Tradisi

Pahlawan hulu. sangat terbilang, Air tenang, penuh ceria,


Hatinyapula, penuh rahsia, Tiada bencana, tiada petua,
Pulau Pinang dahulu, cukup gemilang, Pulau pinang , dengan boria,
Boria digila,mengapa disia? Hilang kerana, tiada ketua,

Pemantun Ketiga

Jual Beli
Bakat Istimewa Bakat Istimewa
Gunung Daik, bercabang indah, Malam sunyi, bulan tiada,
Gunung Berkat, penuh rahsia, Duduk sendiri, lalu disergah,
Hobi yang baik, jadikan wadah, Bukan sembunyi, bakat yang ada,
Mengapa bakat, sering dipersia? Cuma diri, tak suka bermegah.

Pusingan Kedua

Pemantun Pertama

Jual Beli
Biar lambat asal selamat Biar lambat asal selamat
Bunga raya ditepi timba, Ikan sepat, dan juga kara,
Dahan ditetak, pelbagai cara, Ikan tenggiri ,semuaku sembat,
Jalan raya, tempat berlumba, Sahabat rapat, punca angkara,
Di mana letak, akal bicara? Terlupa diri, terasa hebat.

Pemantun Kedua

Jual Beli
Cintai Keamanan Cintai Keamanan
Benih cemara, hendak disemai, Benih cemara, hendak disemai,
Benih betik, ditanam nyonya, Buah betik, dimakan merpati,
Malaysia negara, aman dan damai, Malaysia Negara, aman dan damai,
Semangat patriotik , dimana letaknya? Semangat patriotik, tetap dihati.

Pemantun Ketiga

Jual Beli
Bijak mengurus wang Bijak mengurus wang
Pohon belinja, patah ditengah, Lebih selamat, jika berjalan,
Lebih selamat, jika tiada, Jangan ditegah, memakan masa,
Besar belanja, sikap bermegah, Berjimat cermat, menjadi amalan,
Berjimat cermat, bila nak ada? Bukan bermegah, sudah biasa.

Anda mungkin juga menyukai