Anda di halaman 1dari 10

1.

Waktu senja jangan melamun, Perbuatan itu hanyalah sia-sia; Tempat berbau dia berkerumun, Yang hinggap di situ apakah dia. 2. Hendak dikejar tidaklah sempat, Hendak terbang tidak bersayap; Di dalam rumah banyak terdapat, Di dinding dan siling dia merayap. 3. Sedap rasanya si kuih bangkit, Putih warnanya bukannya perang; Kalau menyengat tentulah sakit, Serangga apakah ditakut orang. 4. Keluar rumah memakai bedak, Pakai pula seluar berbelang; Kusangka itik rupanya tidak, Binatang apakah berleher panjang. 5. Bermain kayak di Tasik Chini, Leka bermain hari pun malam; Cuba jawab perumpamaan ini, Bagaikan apa berbulu ayam. 6. Kereta bernama Proton Waja, Sudah terkenal di seluruh dunia; Di darat dan di air boleh sahaja, Ikan di sungai jadi kegemarannya. 7. Berbulan madu di Rantau Abang, Pergi memancing dapat siakap; Siapakah seakan kapal terbang, Bila hinggap mudah ditangkap. 8. Tiada galah gunakan tangga, Ikut sahaja cara yang mampu; Cubalah teka jenis serangga, Suka berkerumun pada lampu. 9. Anak dagang tiada berharta, Walaupun miskin tidaklah papa; Sudah biasa orang berkata, Kalau rajin seperti apa.

10. Jikalau ilmu penuh di dada, Apa peduli wang dan ringgit; Di batang pokok selalunya ada, Siapa memanjat pasti digigit.

11. Di tepi laut kutip cengkerang, Untuk dijual di kedai antik; Siapakah pandai menjalin sarang, Bagaikan benang ditenun cantik. 12. Kapal belayar ke Inderagiri, Hendak menuju Tanjung Harapan; Di dalam tanah apakah dicari, Biasa diguna sebagai umpan. 13. Orang jauh jangan dikenang, Entahkan pulang entahkan lesap; Di dalam air dia berenang, Melekat di kaki darah dihisap. 14. Mat Jenin terkenal suka berangan, Apa dihajat tidak kesampaian; Burung apakah jinak di tangan, Juga sebagai lambing kedamaian. 15. Buah rambutan isinya lekang, Bawa ke pekan untuk dijual; Burung apakah pandai bertukang, Membuat lubang dialah handal. 16. Pandu kereta ke Batu Pahat, Hati-hati berjalan elakkan padah; Dari jauh mudah dilihat, Burung apakah bersarang rendah. 17. Singgah di warung membeli rojak, Warung terletak di pekan Langkap; Kalau mengajuk dialah bijak, Burung apakah pandai bercakap. 18. Sudahlah lama rajanya gering, Rakyat berdoa penuh harapan; Di waktu malam berbunyi nyaring, Biasanya pemancing jadikan umpan. 19. Duduk di rumah tidaklah betah, Hendak berjalan bukannya dekat; Menghisap darah bukannya lintah, Hinggap dikaki dan terus melekat.

20. Sejak dahulu hinggalah kini, Rakyat Malaysia hidup bersatu; Cubalah jawab teka-teki ini, Ada apakah di sebalik batu. 21. Mencari kayu di Gunung Raka,

Pergi mencari bersama Pak Melan; Bagaikan siapa cubalah teka, Rajin mengajar anaknya berjalan. 22. Adat hidup banyak bersabar, Onak dan duri sudahlah biasa; Ikan apakah leper dan lebar, Ekornya panjang lagi berbisa. 23. Dari kampong hingga ke pekan, Indahnya negeri tiada tangdingan; Udang bukan ketam pun bukan, Siapakah dia yang banyak tangan. 24. Ayam bertelur itik menetas, Anak beribu tidak berbapa; Di celah kain ataupun kertas, Di situlah tempat selalu dijumpa. 25. Pak Mamat menjual laksa, Laksa dijual di pekan Jelebu; Kalau menggigit sangatlah bisa, Siapakah dia berkaki seribu. 26. Rakyat Malaysia berganding bahu, Walau berbeza sudut kepercayaan; Bertubuh besar wujudnya tak tahu, Tarian apakah di hari perayaan. 27. Masa bekerja asyik berborak, Tiada perkara dapat dirungkai; Kepaknya cantik berhias corak, Jadi perhiasan di dalam bingkai. 28. Sayang pahlawan mati dikejar, Hendak melawan tiada berdaya; Bentuk badan bagaikan ular, Berkulit licin siapakah dia. 29. Cahaya bulan Nampak berbalam, Hati melihat rasa tersentuh; Suka muncul di waktu malam, Matanya bulat mukanya hodoh.

30. Biduk berlalu kiambang bertaut, Sudah menjadi adat dunia; Bukan di darat tapi di laut, Tapak apakah nama manusia. 31. Di hari raya ke rumah bonda, Bawa juadah tidaklah lupa;

Bertubuh kecil bukannya kuda, Dipanggil tolol umpama apa. 32. Pakai baju kain berbulu, Tidak sama baju kebaya; Hendak makan buka dahulu, Kulit cengkerang apakah dia. 33. Pergi bersiar di Teluk Danga, Bila malam masuk beradu; Bagaikan apa rindukan bunga, Turun hinggap menghisap madu. 34. Tidur malam tidak berbantal, Asyik terkenang entah siapa; Bukan gatal sebarang gatal, Gatal bergesel badan siapa. 35. Entahkan esok entahkan lusa, Suatu hari pasti berjumpa; Bukan bisa sebarang bisa, Bisa terkena sengatan apa. 36. Rakyat Malaysia sudah senada, Satu bangsa satu rupa; Bentuk kepala seperti kuda, Tinggal di laut dipanggil apa. 37. Menuntut ilmu hingga ke India, Untuk bekalan di masa depan; Cuba fikir apakah dia, Badan manusia ekornya ikan. 38. Walaupun cantik semasa muda, Sudah tua tetap berkedut; Di darat ada di air pun ada, Hendak makan mesti disedut. 39. Dari dahulu sudah termaktub, Keris bernama Si Taming Sari; Burung apa jauh di kutub, Bila berjalan macam berdiri.

40. Petik setangkai si daun kari, Untuk dimasak di rumah kenduri; Raja buah gelaran diberi, Buah apakah kulit berduri. 41. Duduk bersila makan bersuap, Nasi minyak bercampur kismis; Buah apakah silalah jawab,

Lagi hitam bertambah manis. 42. Hiris bawang bersama lada, Untuk ditumis bersama kentang; Masam ada manis pun ada, Buah apakah berbentuk bintang. 43. Matahari terbenam di Pantai Remis, Mata melihat sayu dan bening; Bentuknya bulat sungguhlah manis, Buah apakah merah dan kuning. 44. Main hujan di Kuala Sepetang, Pakai baju berlapis-lapis; Dari luar Negara ia datang, Buah apakah berkulit nipis. 45. Pak Ayob mengasah parang, Hajat hendak mencari bertam; Buah apakah berkulit perang, Bijinya keras warnanya hitam. 46. Sudah lama duduk menunggu, Daripada gembira jadi merajuk; Warnanya hijau, merah dan ungu, Buah apa dari negeri yang sejuk. 47. Wajah puteri sungguhlah cantik, Teringat hamba siang dan malam; Buah apakah dijolok dipetik, Bijinya banyak halus dan hitam. 48. Jauh berjalan terasa letih, Tapak kaki jadi kematu; Kulitnya nipis isinya putih, Buah apakah dipanggil batu. 49. Buluh kasap si buluh tumpat, Dibawa pulang oleh Pak Jali; Dibuat pengat ataupun lepat, Pokok apakah berbuah sekali.

50. Feri berlabuh di pekan Kuah, Lautnya cantik luas terbentang; Bukan buah sebarang buah, Buah apa bermata binatang. 51. Enak rasanya si kuih bingka, Dimasak ibu untuk si anak; Buah apakah disangka nangka, Kalau digoreng sungguhlah enak.

52. Duduk bersembang di tepi kali, Asyik berbual tak sedar malam; Dibuat sambal sedap sekali, Buah apakah seakan mempelam. 53. Pergi ke kota menaiki Kancil, Untuk bertemu ornag tersayang; Serupa mangga tetapi kecil, Bagaikan pipi apa dilayang. 54. Masuk ke hutan bukannya dekat, Hendak mencari si buah petai; Bulat dan kecil bukannya langsat, Buah apakah panjang berjuntai. 55. Berkaki ayam mencari rotan, Mendaki bukit jauh di hulu; Buah apa bagai rambutan, Hendak makan pulas dahulu. 56. Duduk di tangga menjahit jala, Jala putus banyak berlubang; Kulitnya hijau bertompok pula, Buah apakah biji bercabang. 57. Nasi lemak bersambal tumis, Mari dimakan di warung Pak Ali; Kulitnya kesat isinya manis, Dibuat jeruk sedap sekali. 58. Keris pahlawan cantik bertempa, Bila dicabut gendang dipalu; Bulat bentuknya bukan kelapa, Hendak makan goring dahulu. 59. Dari Muar hendak ke Jambi, Bertemu musuh tiada gentar; Banyak ubi antara ubi, Ubi apakah dipanggil putar.

60. Di waktu subuh terasa hening, Duduk seorang tiada yang tegur; Di luar kuning di dalam kuning, Buahnya kecil bukannya anggur.

61. Anakanda bernama Puteri Siantan, Parasnya cantik bagaikan ratu; Isi dan bentuk bagai rambutan, Dibuat minuman sudahlah tentu.

62. Bunga ditanam di dalam pasu, Pasu dibeli di kedai Nadia; Hendak sedap campurkan susu, Rasa cokelat apakah dia. 63. Tangkap seekor si anak ketam, Bawa ke pasar untuk dijaja; Buahnya kecil kulitnya hitam, Hendak buka picit sahaja. 64. Turun ke laut ternampak jerung, Hanya mandi di dalam kolam; Buahnya lonjong bukannya terung, Buah apakah dijadikan ulam. 65. Laut luas bagaikan pentas, Pecah ombak terbitlah buih; Masa menanam sediakan batas, Ubi apakh dibuat kuih. 66. Turun ke paya menyauk ikan, Tanah berlumpur penuh lecah; Jadi penyedap dalam masakan, Buah apakah tak mudah pecah.

67. Dari Batam hingga ke Lingga, Musuh menyerang semua ditentang; Mekar sejambak bagaikan bunga, Buah apakah nama binatang. 68. Ditikam keris tiada makan, Tubuhnya kebal bukannya hantu; Apakah bahan dalam masakan, Rasanya pedas sudahlah tentu. 69. Sedap sungguh si buah bacang, Berbanding pauh tidaklah sama; Bukan kacang sebarang kacang, Buah berjuntai apakah nama. 70. Waktu pagi pergi manjahit, Pergi menjahit di kedai rakan; Bukan pahit sebarang pahit, Pahitnya buah boleh dimakan.

71. Masuk semak kaki tercalar, Ditusuk duri jangan ditanya; Isinya kuning pucuk menjalar, Dibuat gulai enak rasanya.

72. Cik Wendy belum berpunya, Keluar rumah memakai cheongsam; Kuning dan jingga warna kulitnya, Buah apakah bulat dan masam. 73. Naik bot di hujung tanjung, Hendak menuju ke pekan Pulai; Buah apa bulat dan lonjong, Dibuat sambal ataupun gulai. 74. Panjat pokok digigit kerengga, Cabut lari ke rumah Jenab; Buah apakah lonjong dan jingga, Jadi kegemaran kepada arnab. 75. Belajar mengira dengan Pak Mahat, Campur, bahagi, tolak dan darab; Di bulan puasa banyak dilihat, Buah apakah dari negeri Arab. 76. Masuk hutan di Hulu Bernam, Berbaju hitam berseluar celoreng; Kacang apakah buah tertanam, Boleh direbus boleh digoreng. 77. Ikan dijemur sehingga kering, Untuk dijual di pekan Lukut; Kulitnya perang isinya kuning. Tangkai apakah paling kedekut. 78. Kalau berbual biarlah sopan, Hormati kawan ataupun rakan; Buah apakah berpapan-papan, Bau tak enak sedap dimakan. 79. Biskut dihidang bersama cokelat, Makan berkelah di tepi tebing; Waktu gugur kuning dan bulat, Bila dijemur hitam berkeping. 80. Kadazan, Murut dan juga Bajau, Hidup bersatu sama berjuang; Air apakah berwarna hijau, Isi dikunyah hampas dibuang.

81. Balik kampong di Ulu Tiram, Tiada berlampu pasang pelita; Di sawah terbentang ia ditanam, Apakah makanan utama kita.

82. Sungguh cantik wajah Si Teja, Turun bermain di tepi kali; Bentuknya bulat kecil sahaja, Buah apakah sebesar guli. 83. Mendaki bukit bersama peta, Hajat hendak mencari gua; Orang dahulu selalu berkata, Bagaikan apa dibelah dua. 84. Masuk ke hutan serata ceruk, Hendak mencari kayu gahara; Buah apakah dibuat jeruk, Sudah terkenal di negeri utara. 85. Tidur malam tiada nyenyak, Apalah nasib untungnya badan; Buah apakah hasilkan minyak, Bijinya banyak bertandan-tandan.

86. Turun ke sungai membawa jala, Jala dipinjam dari Pak Malau; Besar buahnya bagaikan bola, Limau apakah namanya pulau. 87. Bila senja matahari terbenam, Duduk melihat dari beranda; Dulu dijumpa sekarang ditanam, Tumbuh di kayu apakah benda. 88. Puteri Bulan nama jolokan, Orang mendengar tertanya-tanya; Banyak diguna dalam masakan, Warna kuning apa bendanya. 89. Waktu petang pergi ke taman, Angin bertiup sangatlah dingin; Daripada herba dibuat minuman, Sangat bagus membuang angin.

90. Beli beras di kedai nyonya, Kedai nyonya di pekan kajang; Kurus dan tinggi bentuk tubuhnya, Burung apakah berkaki panjang. 91. Dari Kampar hendak ke Rokan, Jalan seorang terhoyong-hayang; Bukannya buah untuk dimakan, Buah apakah paling disayang.

92. Pergi berkelah di Pantai Balok, Bawa bekal buah durian; Buah ini tak boleh dijolok, Buah apakah jadi pemberian. 93. Dari gunung turun ke lembah, Berhenti berehat di tepi teratak; Buah ini selalu bercambah, Buah apakah dikaitkan otak. 94. Waktu pagi mengerat kuku, Jangan sampai terkena karat; Dalam banyak-banyak buku, Buku apakah digenggam erat. 95. Tidaklah jauh hanya sejengkal, Tidaklah dalam amatlah cetek; Bukan akal sebarang akal, Akal apakah yang paling cerdik. 96. Masuk hutan memasang denak, Sambil menunggu duduk berangan; Dalam banyak-banyak anak, Anak siapakah jadi kesayangan. 97. Pak Hassan orang berhemah, Dari dahulu suka beramal; Bukannya tukang membina rumah, Tukang apakah jadi peramal. 98. Di hujung minggu duduk berehat, Waktu malam mangaji Quran; Mata apakah tak boleh melihat, Hanya Nampak pada kebendaan.

99. Jari luka terkena kaca, Buat kerja janganlah rabun; Buku ini tak boleh dibaca, Buku apakah ada di kebun.

Anda mungkin juga menyukai