Anda di halaman 1dari 2

PANTUN

Tegak rumah kerana sendi, Bawa mari ke kedai Cina,


Runtuh sendi rumah binasa; Kerana itu buah dagangan;
Tegak bangsa kerana budi, Hidup kita biar sempurna,
Runtuh budi hilanglah bangsa. Kerana dunia ini adalah tumpangan.

Bunga melati bunga di darat, Beras kisar mudik ke hulu,


Bunga seroja di tepi kali; Tanak pulut santan durian;
Hina besi kerana karat, Tak ada orang menyesal dahulu,
Hina manusia tidak berbudi. Banyak orang menyesal kemudian.

Limau manis dimakan manis, Bukan tidak saya katakan,


Manis sekali rasa isinya; Merbuk biasa makan di papan;
Dilihat manis dipandang manis, Bukan tidak saya katakan,
Manis sekali hati budinya. Buah mabuk jangan dimakan.

Di sana padi di sini padi, Bukit Jertih berhutan buluh,


Baru bernama sawah dan bendang; Tempat raja pergi memburu;
Di sana budi di sini budi, Minta selisih malaikat empat puluh,
Baru sempurna bernama orang. Janganlah saya diberi malu.

Awal pertama orang berbangsa, Orang hulu memalu nobat,


Kedua banyak ribu dan laksa; Nobat dipalu kayu berangan;
Ketiga majlis bermanis muka, Fikir dahulu sebelum buat,
Keempat banyak berbudi bahasa. Kalau dibuat menyesal jangan.

Orang Jawa mencari benang, Angin teluk menyisir pantai,


Mencari benang di atas bukit; Hanyut rumpai di bawah titi;
Orang jauh jangan dikenang, Biarlah buruk kain dipakai,
Lama-lama jadi penyakit. Asal pandai mengambil hati.

Orang berkain corak berbelang, Buah pelaga makan dikikir,


Mengayuh rakit mencari duku, Dibawa orang dari hulu;
Jangan bermain kekasih orang, Sebarang kerja hendak difikir,
Nyawa tersangkut di hujung kuku. Supaya jangan mendapat malu.

Patah jarum dalam peti, Hendak belayar ke Teluk Betong,


Buat menjahit kain bertimbun; Sambil mencuba labuhkan pukat;
Nasihat sepatah kurang dimengerti, Bulat air kerana pembetung,
Rupanya penawar beribu tahun. Bulat manusia kerana muafakat.

Padi muda jangan dilurut, Pakai baju warna biru,


Kalau dilurut patah batangnya; Pergi ke sekolah pukul satu;
Hati muda jangan diturut, Murid sentiasa hormatkan guru ,
Kalau diturut susah datangnya. Kerana guru pembekal ilmu.
Jangan pergi mandi di lombong,
Emak dan kakak sedang mencuci;
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.

Jikalau tuan mengangkat peti ,


Tolong masukkan segala barang;
Jikalau anak-anak bersatu hati .
Kerja yang susah menjadi senang .

Asam kandis mari dihiris ,


Manis sekali rasa isinya ;
Dilihat manis dipandang manis ,
Lebih manis hati budinya .

Selasih tumbuh di tepi telaga ,


Selasih dimakan si anak kuda;
Kasih ibu membaa ke syurga,
Kasih saudara masa berada.

Masuk hutan pakai sepatu,


Takut kena gigitan pacat;
Kalau kita selalu bersatu,
Apa kerja mudah dibuat.

Anda mungkin juga menyukai