Anda di halaman 1dari 3

KOLEKSI PANTUN

Anak dara menumbuk pandan,


Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

Rumah kecil tiang seribu,


Rumah besar tiang sebatang;
Kecil-kecil ditimang ibu,
Sudah besar ditimang gelombang.

Kalau ada jarum patah,


Jangan simpan di dalam hati;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.

Malam ini merendang jagong,


Malam esok merendang serai;
Malam ini kita berkampung,
Malam esok kita bercerai.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita bersama mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Gunung Tahan sama didaki,


Selat Melaka sama direnang;
Jika kita bersatu hati,
Perkara susah menjadi senang.

Nona manis memakai sanggul,


Kaki berjuntai mengalun buaian;
Amanah kerajaan sama dipikul,
Dahulukan rakyat utamakan pencapaian.

Buah papaya dihiris-hiris,


Jadi hidangan di waktu senja
Pendidikan dijulang, maksiat dikikis,
Terkenal SMTP seantara dunia.

Bunga selasih sibunga padi,


Kembangnya mekar di dalam taman;
Ilmu dicari hingga ke mati,
Supaya hidup sentiasa aman.

Kalau menebang si pohon jati,


Jangan dilupa pesan laksamana,
Pengetua memimpin guru murid turuti;
Pasti Visi Misi SMTP terlaksana.

Buahlah betik dalam perahu,


Enak dimakan di hari petang;
Pengetua berusaha erat bersatu,
Modal insan negarabangsa dikembang.

Kalau bukan kerana bintang,


Tidaklah bulan terbit tinggi,
Kalau bukan kerana sayang,
Tidaklah Pengetua datang ke mari

Bunga selasih mekar berkembang,


Menjadi idaman si anak dara;
Pendidikan cemerlang ilmu dijulang,
Pasti PIPP akan terlaksana.

Dian tiga lilin pun tiga


Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur kita bersua.
Pukulah gendang pukul rebana,
Dalam majlis tari menari;
Banyak berjalan berkembanglah minda,
Untuk pedoman kemudian hari.

Makan sirih berpinang tidak,


Pinang diambil di bawah tangga;
Peranan Pengetua dinafi tidak,
Lahirkan masyarakat minda kelas bangga

Burung merpati atas jerami,


Jerami terhampar di tengah bendang;
Guru berkesan Guru dikagumi,
SMTP cemerlang Malaysia terbilang.

Tanam lenggun tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuk mati
Budimu tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Teguh setia mengisi harapan,


Insan berilmu Penunjang peribadi,
Berpadu tenaga mencapai kejayaan,
Sehati sejiwa berhemah tinggi

Bila memandang ke muka laut,


Nampaklah sampan mudik ke hulu;
Terkenang Tuan mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Anak merak di Kampung Cina,


Cari makan meniti batang;
Hadirnya saya bukan terpaksa,
Menggerakkan SMTP terus gemilang.

MR. CHIA SONG CHOY


SMTPJB 2009

Anda mungkin juga menyukai