Anda di halaman 1dari 3

Bahan 1

“SUMPAH ANAK WATAN”

Di sini kita…hanya di sini


Bertunjang setia..berakar umbi
Tanah bertuah anugerah tuhan
Buat kita anak-anak watan

Tanah air kita..hanyalah satu


Wasiat ini buat kau dan aku
Pada negara yang tercinta
Anak watan tumpahkan setia

Pada yang esa kami bersyukur


Bersatu tekad..langkah diatur
Bergerak maju.. Pantang berundur
Siapa memusuhi kami gempur

Tegas berani serta bertakwa


Melafaz ikrar senafas senada
Rela berkorban demi Malaysia
Tanah bertuah ini milik kita

Lagu : Jari / Lirik : Habsah Hasan

Bahan 2

Lantas, berkali-kali pesan bonda kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa ibunda jika
ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan bermaruah. ' Bumi ini milik kita. Nenek
moyang kitalah yang berjuang dengan akal kebijaksanaan serta semangat keperwiraan untuk
membebaskan tanah air ini daripada belenggu penjajah. Lebih kurang lima ratus tahun lamanya
tanah watan ini dijajah oleh kuasa asing, bangsa kita merempat dan menjadi rakyat kelas ketiga di
tanah air sendiri. Hak dan maruah kita dicabul, Mel."

Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan Jawi di dalam
almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya pandang mata bonda dalam-
dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi baharu yang belum mengerti segala-galanya
itu. Saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri saya.
Semangat cinta akan generasi bangsa sendiri kian terhakis dalam jiwa anak-anak generasi material
mi. Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang berani mempertahankan nilai dan
kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit, demi sedikit mula terhakis di atas tanah sendiri.

Dipetik daripada cerpen 'Munsyi' oleh Husna Nazri


antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
i) Berdasarkan Bahan 2, nyatakan maksud mula terhakis.
[2 markah]
ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan peranan anak watan terhadap negaranya.
[3 markah]
iii) Generasi myda merupakan genarasi pelapis yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.
Mereka seharusnya memanfaatkan masa muda mereka dengan aktiviti yang berfaedah.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya anak-anak muda
membazirkan masa mudanya.
[4 markah]
iv) Anda mendapati beberapa orang rakan terpengaruh dengan budaya hedonism. Mereka
mula mengabaikan tuntutan agama masing-masing dan hanyut dalam dunia hiburan.
Sebagai seorang rakan yang prihatin, nyatakan Tindakan-tindakan yang dapat anda ambil
untuk membantu mereka.
Skema jawaban
i – semakin berkurang
ii- Bahan 1
- menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri
Bahan 2
- Menumpahkan kesetiaan
- Menentang musuh negara
- Rela berkorban demi negara
Iii – akan hilang jati diri
- Terlibat dalam pelbagai gejala social
- Menjejaskan masa depan
- Memalukan keluarga
- Pelajaran terabai
Iv- menasihati rakan sekelas – menjelaskan kesan buruk Tindakan mereka
- Membawanya berjumpa kaunselor sekolah – memberikan nasihat agar sedar
kesilapan diri
- Melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan – mentaati perintah tuhan
- Membentuk kumpulan belajar – mengulang kaji Bersama-sama

Anda mungkin juga menyukai