Anda di halaman 1dari 2

NAMA: ______________________________ TINGKATAN:_________

TATABAHASA(MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF)


Latian 1(Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.)

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana


melanggar peraturan sekolah.
• 
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil
lagi.
• 
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah
berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
• 
4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
• 
5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.
• 

Latihan 2:Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.


1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.

2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram
itu.
• 
3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu
pengusaha industri kecil itu.
• 
4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka
menghabiskan masa di warung.
• 
5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak
pelupusan sampah.

Latihan 3.Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.


• 
2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.

3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.
• 

4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
• 
5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.
• 

Latihan 4:Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.


• 
2. Irna mahu menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-
kenangan.
• 
3. Pihak kerajaan akan memberikan insentif kepada mana-mana ahli
sukan yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
• 

4. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan mengadakan
mesyuarat tergempar.
• 

5. Jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, saya akan


memilih jurusan perubatan.
• 
Latihan 5 Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kita seharusnya memperkemas diri kita dengan ilmu pengetahuan dan


kemahiran agar dapat bersaing dengan bangsa lain.
• 
2. Pesuruhjaya sumpah itu memperakukan segala dokumen yang
diserahkan kepadanya sebelum dihantar ke mahkamah.
• 
3. Ah Meng telah menangkap ikan patin di sungai itu.
• 
4. Mei Ling menggondol tempat pertama dalam acara merentas desa.
• 

5. Beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu telah


membuang sisa toksik ke dalam sungai untuk menjimatkan kos operasi
mereka.
• 

Anda mungkin juga menyukai