Anda di halaman 1dari 4

TATABAHASA SPM

LATIHAN AYAT AKTIF & AYAT PASIF

1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol


A Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.
B Bola itu Ahmad tendang ke pintul gol.

2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.


A Buku cerita kanak-kanak itu Hanis baca d kantin.
B Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.

3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.


A Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah.
B Gambar itu telah dilukis oleh saya kelmarin setelah diminta oleh Farah.

4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
A Tugasan yang diberi perlu disiapkan oleh kamu pada hari ini juga.
B Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga.

5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.


A Panglima Garang perlu temui tuan hamba segera.
B Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera.

6. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.


A Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.
B Bas mereka naiki ke sekolah.

7. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.


A Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.
B Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya pihak berkuasa banteras.

8. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri


kecil itu.
A Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha
industri kecil itu.
B Beberapa langkah telah kerajaan ambil untuk membantu penguasaha industri
kecil itu.

9. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di
warung.
TATABAHASA SPM
A Sikap Ketua kampung yang suka menghabiskan masa di warung. ditegur oleh
Karim dan Derus
B Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan
masa di warung.

10. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan


sampah.
A Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh
penduduk setempat.
B Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah telah pendidik setempat
pertikaikan.

11. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan
sekolah.
A Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar
peraturan sekolah.
B Pelajar itu guru disiplin tahan selepas perhimpunan kerana melanggar
peraturan sekolah

12. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
A Nilai-nilai murni perlu ibu bapa terapkan kepada anak sejak kecil lagi.
B Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi

13. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
A Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
B Pelajar itu telah guru Bahasa Melayu hadiahi sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

14. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
A Penculik kanak-kanak itu telah polis tangkap pada pagi tadi.
B Penculik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.

15. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.
A Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.
B Undang-undang negara mestilah dipatuhi oleh kamu agar hidup kita aman.

16. Menteri Pendidikan telah mengingatkan pelajar agar tidak bergantung pada kerajaan
untuk menyediakan segala kemudahan.
TATABAHASA SPM
A Pelajar telah diingatkan oleh Menteri Pendidikan agar tidak bergantung pada
kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan.
B Pelajar telah Menteri Pendidikan ingatkan agar tidak bergantung pada
kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan.

17. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.
A Kadar baru tol semua orang tentang kerana membebankan orang ramai.
B Kadar baru tol ditentang oleh semua orang kerana membebankan orang ramai

18. Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada
pelajar yang cemerlang.
A Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmataaan
Awam daripada pelajar yang cemerlang.
B Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut Jabatan Perkhidmataaan Awam
daripada pelajar yang cemerlang.

19. Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.


A Telah awak jalankan dengan baik eksperimen itu.
B Eksperimen itu telah awak jalankan dengan baik

20. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang
berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
A Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat
yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
B Pahlawan itu dianugerahi baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang
berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

21. Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.


A Sistem pemerintahan demokrasi kebanyakan negara hari ini telah diamalkan.
B Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan oleh kebanyakan negara hari ini.

22. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.
A Kursus itu mesti anda hadiri untuk meningkatkan kemahiran anda.
B Kursus itu mesti dihadiri oleh anda untuk meningkatkan kemahiran anda.

23. Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.


A Buku itu ditemui oleh Ali di dalam beg pakaian.
B Buku itu Ali temui di dalam beg pakaian.
TATABAHASA SPM
24. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.
A Perbuatan mencuri perlu dielakkan oleh anda kerana perbuatan itu berdosa.
B Perbuatan mencuri perlu anda elakkan kerana perbuatan itu berdosa.

25. Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan


Struktur Informasi menggariskan beberapa langkah untuk membangunkan komputer
peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.
A Beberapa langkah digariskan oleh pasukan petugas Agenda Teknologi
Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi untuk
membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.
B Beberapa langkah pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat
Kebangsaan gariskan bagi Pembangunan Struktur Informasi untuk
membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.

26. Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
A Seekor rusa jantan telah berjaya ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di
hutan.
B Seekor rusa jantan telah berjaya ayah tangkap sewaktu memburu di hutan.

27. Adlin telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada Siva.
A Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh Adlin untuk diberikan
kepada Siva.
B Buah rambutan di belakang rumah telah Adlin petik untuk diberikan kepada
Siva.

28. Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun yang
gugur.
A Halaman rumah kami terpaksa disapu setiap hari oleh adik kerana banyak
daun yang gugur. Atau Halaman rumah kami terpaksa disapu oleh adik setiap
hari kerana banyak daun yang gugur.
B Halaman rumah kami terpaksa adik sapu setiap hari kerana banyak daun
yang gugur. Atau Halaman rumah kami terpaksa disapu oleh adik setiap hari
kerana banyak daun yang gugur.

29. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
A Guru-guru diarahkan oleh pengetua memantau aktiviti pelajar pada waktu
petang.
B Guru-guru pengetua arah supaya memantau aktiviti pelajar pada waktu
petang.

Anda mungkin juga menyukai