Anda di halaman 1dari 25

Soalan 1 – 19

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1  Walaupun usia Karina masih muda, namun dia mahir _____ biola.
A  menggesek
B  menggosok
C  menggesel
D  memetik

2  Razalan murid yang pintar dalam pelajaran dan aktif dalam aktiviti sukan.  ____,
pihak sekolah memilihnya sebagai murid cemerlang.
A  Walau bagaimanapun
B  Sungguhpun demikian
C  Kalau begitu
D  Lantaran itu

3  Datuk Ismail dan pasukannya pernah menghapuskan ______ pengganas komunis di


Tanah Melayu.
A  saki-baki
B  anak-pinak
C  suku-sakat
D  susup-sasap
4  “Apakah barangan dagangan yang ______ bawa dari Negara China?” tanya Menteri
kepada Laksamana Cheng Ho.
A  tuan hamba
B  patik
C  hamba
D  beta

5  Syafiq berjaya ______ watak Hang Tuah semasa pertandingan drama di sekolahnya.
A  menjiwakan
B  menjiwai
C  dijiwai
D  kejiwaan

6  Peserta perkhemahan itu sedang menanak nasi ____ berbual untuk mengurangkan
kesejukan.
A  sementara
B  kerana
C  tatkala
D  sambil

7  Banglo usang di Bukit Merbah itu masih _____ walaupun berusia lebih seratus tahun.
A  kukuh
B  gagah
C  cekal
D  tegap

8  Beberapa ______ buluh gading yang rimbun tumbuh di tepi Sungai Dong.
A  rumpun
B  kaki
C  relung
D  lembar
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9  Hafiz dan kawan-kawannya mengambil bahagian dalam acara ____ kelapa semasa
sukaneka itu.
A  mencarik
B  menghakis
C  mengorek
D  mengukur

10 Majlis sambutan Hari Guru di sekolah Anis berjalan dengan lancar mengikut ______
yang dirancang.
A  atur cara
B  hal ehwal
C  reka bentuk
D  budi bicara

11 Lori kelapa sawit yang dipandu oleh Junaidi itu ______ ketika melalui jalan kampung
yang lekak-lekuk.
A  tersengguk-sengguk
B  terhincit-hincit
C  tergoyang-goyang
D  terhinggut-hinggut

12 Nasi lemak yang dibungkus ______ daun pisang lebih enak dan ahrum baunya.
A  dengan
B  kepada
C  antara
D  daripada
13 Pengalaman pahit manis semasa berada di ____ telah banyak mengajar Marlinda
tentang peribudi manusia.
A  merantau
B  perantau
C  perantauan
D  serantau

14  Aki Tam sedang ____ lemang untuk dijadikan juadah pada pagi Hari Raya Aidilfitri.
A  mengukus
B  membakar
C  menyalai
D  memanggang

15 _____ orang amat menyukai buah durian kerana isinya yang enak dan lazat.
A  Sesetengah
B  Setiap
C  Segala
D  Sekalian

16  Buah ciku yang dipetik oleh abang itu _____ rasanya kerana belum masak.
A  masam
B  pahit
C  kelat
D  masin

17  Penduduk Kampung Pantai Hitam membina benteng di tepi pantai untuk _____
ombak daripada menghakis pantai.
A  mengawal
B  menahan
C  menolak
D  memukul

18  Mereka berkayak hingga ke muara Sungai Pahang.


Berikan perkataan seerti  bagi perkataan muara.
A  hulu
B  manik
C  hilir
D  kuala

19  Mereka sedang memunggah guni gula dari lori ke dalam gudang.


Perkataan berlawan bagi memunggah ialah ______.
A  mengemas
B  mengatur
C  menyimpan
D  menyusun
Soalan 20 – 21
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

20 
I.              Perasaan Hafizi penuh ketika mendeklamasikan sajak berjudul “Pejuang
Kemerdekaan” itu.
II.            Sejak awal pagi, pekan sari itu penuh sesak dengan orang ramai yang
membeli barangan keperluan.
III.           Sekiranya Hasna mengambil cuti tanpa gaji selama tiga minggu, tentu gajinya
tidak penuh.
IV.          Mei Ling tidak dapat penuh janjinya untuk mengikuti lawatan itu.
A)           I dan II
B)           II dan III
C)           III dan IV
D)           I dan IV

21
I.              Kapal layar itu semakin hilang daripada pandangan setelah belayar merentasi
lautan.
II.            Maznah tidak mahu mengingati lagi saat dia hilang ahli keluarganya beberapa
bulan yang lalu.
III.           Perasaan marahnya kian hilang apabila dia melihat kesungguhan Ateh untukl
belajar.
IV.          Tragedi taufan itu menyebabkan veribu-ribu buah keluarga hilang tempat
tinggal di Manila.
A)           I, II, dan III
B)           I, II, dan IV
C)           I, III dan IV
D)           II, III dan IV

22 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Apakah tujuan sambutan Hari Malaysia diadakan?


A  Hari Malaysia disambut oleh seluruh rakyat Malaysia dengan meriah.
B  Sambutan Hari Malaysia bertujuan mengingati penubuhan Malaysia.
C  Sambutan Hari Malaysia akan diadakan di setiap negeri di seluruh Malaysia.
23 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Serunding dan acar buah yang dijual di gerai Pak Man sungguh enak dan harganya
berpatutuan pula.
A  Bagaimanakah keadaan seruding dan acar buah yang dijual di gerainya?
B  Mengapakah Pak Man menjual serunding dan acar buah di gerainya?
C  Mengapakah lauk serunding dan acar buah yang dijual di gerai Pak Man sungguh
enak dan harganya berpatutuan pula?
D  Di manakah Pak Man menjual seruning danacar buah yang enak dan harganya
berpatutan?

Soalan 24 – 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24  Pak Halim memetik sayur organik itu untuk dijual di pasar tani.
A  Sayur organik itu Pak Halim pertik dan menjualnya di pasar tani.
B  Dijual di pasar tani sayur organik Pak Halim.
C  Sayur organik itu dipetik oleh Pak Halim untuk dijual di pasar tani.
D  Untuk dijual di pasar tani sayur organik yang telah Pak Halim petik.

25  Cikgu Dayang melarang murid-murid kelasnya memijak batas terung yang baru
ditanam di kebun sekolah itu.
A  “Mereka memijak batas terung yang baru ditanam di kebun sekolah ini,” kata cikgu
Dayana kepada murid-murid kelasnya.
B  “Kamu tidak dibenarkan memijak batas terung yang baru ditanam di kebun sekolah
ini,” kata Cikgu Dayana kepada murid-murid kelasnya.
C  “Jangan pijak batas terung yang baru ditanam di kebun sekolah in,” kata murid-murid
kelasnya kepada Cikgu Dayana.
D  “Kami tidak dibenarkan memijak batas terung yang baru ditanam di kebun sekolah
ini,” kata Cikgu Dayana kepada murid-murid kelasnya.

Soalan 26 – 28
Pilih ayat yang betul.

26
A  Harap kamu makan juadah yang saya sediakan ini.
B  Tolong susun majalah itu di dlaam almari semula.
C  Minta datang ke rumah nenek saya pada hari Sabtu ini.
D  Sila jangan berbuat bising di dalam perpustakaan ini.
27
I.              Latihan sains itu perlu disiapkan oleh Nani sebelum dia keluar bermian
bersama rakan-rakannya.
II.            Puisi alam sekitar itu dikarang oleh saya pagi tadi untuk dihantar kepada urus
setia pertandingan.
III.           Kerja pedalaman Sungai Batu itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
IV.          Masalah kesesakan penumpang di dalam LRT semasa waktu puncak mestilah
diselesaikan dengan segera.
A)           I dan II
B)           II dan III
C)           III dan IV
D)           I dan IV

28
I.              Nomi akan menunggu kedatangan kita di bas stesen pada malam nanti.
II.            Mak Senah mempelawa kami supaya makan goreng ayam berempah itu.
III.           Beg tangan itu diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi.
IV.          Tiga naskah akhbar harian dibeli oleh ayah pada setiap hari untuk dibaca di
rumah.
A)           I dan II
B)           II dan III
C)           III dan IV
D)           I dan IV

Soalan 29 – 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29  Idham dan Siva membuka ______ apabila dikejar oelh angsa nenek yang  garang
itu.
A  langkah seribu
B  langkah bendul
C  langkah kiri
D  langkah kanan

30  Aiman belajar dengan tekun ______.


A  seperti anjing dengan kucing.
B  seperti kera kena belacan
C  seperti anai-anai makan kayu
D  seperti mangajara itik berenang
Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA TAHAN, Sabtu – Buat julung-julung kalinya , Persatuan Bulat sabit Merah Sekolah
Kebangsaan Jengka Pusat (SKJP) telah mengadakan Perkhemahan Bersepadu Persatuan
Bulan Sabit Merah 2012.  Perkhemahan yang diadakan di Taman Negara itu, telah memberi
peluang kepada 128 orang murid menimba pengalaman dan ilmu perkhemahan serta
bantuan kecemasan.

      Menurut guru pensihat Persatuan Bulan Sabit Merah SKJP, objektif utama perkhemahan
itu dijalankan adalah untuk membina semangat kerjasama dalam kalangan murid semasa
melakukan sesuatu aktivti.  Selain itu, perkhemahan itu juga diharapkan dapat
mengembangkan potensi murid semasa mengikuti aktiviti pendidikan luar.  Perkhemahan itu
juga bertujuan memantapkan jati diri murid menerusi pembentukan disiplin smeasa
melakukan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

            Pelbagai aktiviti yang menarik telah disusun sepanjang tiga hari perkhemahan  itu
berlangsung.   Antaranya ialah asas pertolongan cemas, kawad kaki, aktiviti secara
berkumpulan, ikatan buku sila, simpul manuk dan simpul bunga keti.

            Semasa perkhemahan berlangsung, para peserta telah melakukan aktivit meneroka
hutan dan berjalan di atas jambatan gantung dengan pengawasan jurupandu daripada
Jabatan PERHILITAN.  Beliau telah memberi taklimat tentang pokok-pokok yang tumbuh
dan spesis haiwan yang hidup di dalam hutan tersebut.  Di samping itu, peserta
perkhemahan juga mengikuti aktivit burung hantu yang dapat membina keberanian dalam
diri peserta semasa berada seorang diri di dalam gelap.

            Setelah meneroka hutan, para peserta telah bermandi-manda di air terjun Lata
Berkoh.  Mereka juga berpeluang menaiki sampan yang dibawa oleh orang asli di Sungai
Tembeling.  Selepas pulang dari Lata Berkoh, para peserta juga dapat melawat
perkampungan orang asli di Sungai Young dan mengetahui cara hidup mereka di sana.

            Setelah meneroka hutan, para peserta telah bermandi-manda di air terjun Lata
Berkoh.  Mereka juga berpeluang menaiki sampan yang dibawa oleh orang asli di Sungai
Tembeling.  Selepas pulang dari Lata Berkoh, para peserta juga dapat melawat
perkampungan orang asli di Sungai Young dan mengetahui cara hidup mereka di sana.

            Pada akhir perkhemahan itu, para peserta mendapat sijil penyertaaan dan kumpulan
yang menang dalam aktiviti berkumpulan mendapat hadiah yang menarik.  Kebanyakan
peserta yang ditemui melahirkan perasaan bangga kerana berpeluang mengikuti aktiviti
tersebut.
       
31  Siapakah yang telah menganjurkan perkhemahan tersebut?
A  Pegawai Perhutanan Negeri Pahang
B  Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat
C  Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat
D  Jabatan PERHILITAN

32  Aktiviti yang membolehkan para peserta mengetahui spesies hutan ialah
A  kawad kaki.
B  burung hantu
C  ikatan buku sila
D  meneroka hutan

33  Apakah tugas jurupandu semasa perkhemahan tersebut?


A  Mengawasi keselamatan peserta
B  Menerangkan maklumat tentang spesis pokok
C  Menguruskan aktiviti perkhemahan
D  Memantau aktiviti peserta

34  Yang berikut ialah tujuan perkhemahan, kecuali


A  memupuk semangat kerjasama Dalam diri murid
B  mendorong murid-murid agar menyayangi alam sekitar
C  meluaskan potensi murid dalam aktiviti luar darjah
D  membentuk disiplin murid semasa menjalankan pelbagai aktiviti

35  Rangkai kata memantapkan jati diri dalam petikan bermaksud


A  menyayangi diri murid
B  mendisiplinkan murid dengan pelbagai aktiviti.
C  menonjolkan bakat terpendam dalam diri murid.
D  membentuk peribadi yang kuat dalam diri murid.
Soalan 36-40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

                                                                                                Lot 290, Kampung Paya Manis,


                                                                                                            5200 Kota Bharu,
                                                                                                            Kelantan Darul Naim.

                                                                                                            9 Januari 2105   

          Menemui sahabatku, Audra Laili yang berada di Kulaijaya, Johor.  Semoga saudari
berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Saudari,
            Terima kasih syaa ucapkan atas kiriman warkah saudari tempoh hari.  Seperti yang
saudari minta, saya dengan senang hati akan berkongsi cerita tentang cara pembuatan wau
yang diusahakan oleh ayah saya.  Menurut ayah, untuk menghasilkan wau yang cantik,
seseroang pembuat wau perlulah mempelajari teknik menekap, melukis ukiran, teknik
menampal dan membuat rangka wau.

            Justeru, untuk menjadi pembuat wau yang baik, seseorang itu harslah mahir melukis
ukiran wau yang mempunyai pelbagai corak dan simbol yang tersira.  Kini, corak ukiran
moden mendapat tempat dlaam kalangan pembeli.  Namun, wau yang berukiran tradisi
masih diminati pembeli.  Seterusnya, pembuat wau mestilah tahu cara memotong ukiran
menggunakan kertas warna.  Dalam pembuatan wau, warna emas ialah warna utama atau
digelar “tanah”.  Ini diikuti warna hitam sebagi lapisan kedua sebelum ditambah dengan
pelbagi warna lain mengikut kreativiti pembuatnya.
          Untuk pengetahuan saudari, kita perlu memotong ukiran dengan berhati-hati supaya
tidak terkoyak dan padan apabila ditampal.  Hal ini disebabkan kertas yang lembut
digunakan untuk membuat corak ukiran.  Ukiran pada wau ini mempunyai pelbagai corak
yang halus.
            Seterusnya, teknik menampal corak ukiran pada rangka wau merupakan proses
uang sangat mencabar.  Ini disebabkan rangka wau selalunya dibuat awal menggunakan
buluh yang diraut hingga nipis.  Akhir sekali, wau akan dipasang dengan busur untuk
menghasilkan bunyi apabila wau dinaikkan ke udara.

            Jika saudari ingin melihar cara membuat wau secara lebih dekat, datanglah ke
rumah saya semasa cuti persekolahan nanti.  Dapatlah saudari membuat wau mengikut
daya kreativiti saudari.  Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakah kepada saudari. 
Semoga berjumpa lagi dalam keselamatan yang lain.  Sekian, terima kasih.

                                                                                                                             Salam manis,


                                                                                                                                    Syuhada
h
                                                                                   

36  Apakah tujuan Audra Laili menulis surat kepada Syuhadah?


A  Mencari bahan untuk membuat wau
B  Membeli wau yang dijual oleh ayah Syuhadah
C  Menerangkan cara pembuatan wau
D  Mengetahui car pembuatan wau

37  Mengapakah kerja mengukir corak wau perlu dilakkan dengan cermat?
A  Untuk mengelakkan tangan terluka
B  Untuk mengelakkan corak ukiran daripada terkoyak
C  Untuk mengurangkan pembaziran kertas warna
D  Untuk menjaga kualiti wau yang dihasilkan

38  Busur dipasang pada wau untuk


A  memastikan wau tahan lama.
B  mencantikkan reka bentuk wau.
C  membolehkan wau naik tinggi ke udara.
D  mengeluarkan bunyi semasa wau terbang di udara.

39  Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan


A  Warna hitam ilaah warna utama atau digelar “tanah”.
B  Wau yang bercorak tradisi kurang diminati oleh pembeli.
C  Proses menampal corak ukiran pada rangka wau sangat sukar.
D  Audra Laili akan datang ke rumah Syuhadah semasa cuti persekolahan kelak.

40  Frasa mendapat tempat membawa maksud


A  menarik perhatian.
B  mengundang pembeli.
C  memusat pandangan.
D  mengurangkan minat.
Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.  Jawab semua soalan.  Tiap-tiap soalan
diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D.  Bagi setiap soalan,  pilih satu
jawapan sahaja.

Soalan 1- 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Payung yang dicari oleh kakak sebenarnya _____ di sebalik pintu utama rumah kami.
A  berselindung
B  terselindung
C  lindungan
D  dilindungi

2  ______ orang ramai berbeza-beza mengenai langkah pihak pengurusan untuk


menaikkan tarif elektrik.
A  Perasaan
B  Rungutan
C  Pendapatan
D  Pendapat

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3  Abang Amin sedang ______ roti canai semasa kami menegurnya.


A  menguli
B  menebar
C  membakar
D  membungkus

4  Serangan ____ daripada pihak musuh menyebabkan pasukan itu tewas.


A  bertubi-tubi
B  berderet-deret
C  berbilang-bilang
D  berpusing-pusing
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5  Puan Mahani menggunakan ____ untuk mengajar pelajar-pelajarnya membuat


ukuran semasa latihan menjahit.
A  jejari
B  kekuda
C  sesiku
D  tetupai

6  Kemasukan ______ secara beramai-ramai ke negara kita adakalanya menimbulkan


masalah sosial.
A  ahli akademik
B  pekerja profesional
C  buruh asing
D  pelancong asing

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7  Murid-murid sekolah _____ bendera dengan perasaan gembira keika menyambut


ketibaan baginda sultan.
A  mengibar-ngibar
B  mengibas-ngibas
C  menarik-narik
D  melambai-lamba

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8  Siew Cahn sedang ____ sepucuk surat kepada sahabat karibnya.


A  menulis
B  mengepos
C  menyimpan
D  melukis

9  “ Raja Permaisuri menangguhkan hasrat ____ untuk mengindahkan taman ini kerana
khuatir tidak dipersetujui oleh rakyat jelata seperti _____,” terang Murali kepada
pekerjanya.
A  patik...kita
B  beta.. kamu
C  baginda … kita
D  baginda... saya

10 Orang kaya itu mewasiatkan beberapa ____ tanah sawahnya untuk orang-orang
msikin di kampungnya.
A  relung
B  kaki
C  batas
D  urat

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11  Anak bongsu Puan rose sudah pandai _____ ketika saya
berkunjung ke rumahnya baru-baru ini.

A  merangkak
B  meniarap
C  berjalan
D  berlari
12  Akibat musim kemarau yang berlarutan, tanah di kampung ini menjadi ____ dan
semua tanaman mati.
A  kering kontang
B  punah ranah
C  kusut-masai
D  kemak-kemik

13  Barang-barng tembaya yang berada di sudut ruang tamu ini kelihatan ____ kerana
tidak dijaga dengan baik.
A  pudar
B  luntur
C  kusam
D  pucat

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14  Hajah Senah sedang _____ air dari perigi yang terdapat di belakang rumahnya
dengan berhati-hati.
A  menarik
B  mengangkat
C  menjinjing
D  menimba

15  Kamit ___ tuala pada kepalanya kerana tercedera akibat terhantuk pada dinding.
A  melilit
B  lilitan
C  dililit
D  lilit

16  Alinas yang baru pulang dari Eropah menggunakan kamus ____ tuntuk memahirkan
dirinya mempelajari Bahasa Malaysia.
A  dwitahunan
B  dwibahasa
C  dwihuruf
D  dwibahasawan

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17  Cik Ayuna sedang _____ minyak wangi di depan cermin.


A  emmbuka
B  mencium
C  menyembur
D  memilih

18  Penduduk kampung Sirih terkejut melihat ratusan ikan _____ di permukaan kolam
ternakan mereka.
A  kelaur
B  tampil
C  terbit
D  timbul

19  ______, kamus lulus dengan cemerlang dalam ujian tae kwan do kali ini!
A  oh
B  Nah
C  Syabas
D  Takziah

20  Aminah _____ kerana hanay melaksanakan tugas-tugasnya jika diarah.


A  seperti kera kena belacan
B  seperti aayam berak kapur
C  seperti rusa masuk kampung
D  seperti pahat dengan penukul

21  Orang yang bakhil tidak disukai oleh sesiapa pun.


Perkataan berlawan bagi bakhil ialah
A  tamak
B  kedekut
C  pemurah
D  penderma
22  Seluar singkat yang dipakai oleh radi itu bukan seluarnya.
Perkataan berlawan bagi singkat ialah
A  lebar
B  labuh
C  senteng
D  panjang

Soalan 23 -  24
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23 
i.                    Ayah panas hati melihat gelagat Mat Rempit sebentar tadi.
ii.                  Cuaca panas dijangka berlangsung selama sebulan.
iii.                Kopi panas sedap diminum pada waktu petang.
iv.                Sekarang ini berita panas ialah tentang kes buli.
A)                III sahaja
B)                I, II dan III
C)                I, III dan IV
D)                II, III, dan IV

24
i.                    Kabus tebal menyelubungi kawasan penginapan kami awal pagi.
ii.                  Tebal  buku ini ialah 83 muka surat.
iii.                Saya sudah tebal muka untuk membuat rayuan lagi.
iv.                Kakak memilih kain tebal untuk dijahit sebagai baju pengantinnya.
A)                I dan II
B)                II sahaja
C)                III dan IV
D)                I, II, III, dan IV
Soalan 25
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

25  Saya gagal dipilih kerana tidak menghadiri latihan.


A  Mengapakah kamu tidak menghadiri latihan?
B  Bagaimanakah kamu boleh gagal?
C  Apakah sebabnya kamu tidak dipilih?
D  Siapakah yang gagal dipilih kerana tidak menghadiri latihan?

Soalan 26 – 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26  Permainaan adik berselerakan di ruang tamu.


A  Permainan adik di ruang tamu berselerakan.
B  Berselerakan di ruang tamu permainan adik.
C  Di ruang tamu permainan adik berselerakan.
D  Di ruang tamu berselerakan permainan adik.

27  “ Mengapa awak tidak hadir ke latihan suka semalam?” tanya Cikgu Hazi kepada
Ravi.
A  Ravi dan Cikgu Hazi tidak hadir ke latihan sukan semalam.
B  Cikgu Hazi memarahi Ravi kerana tidak hadir latihan sukan.
C  Cikgu Hazi bertanya kepada Ravi mengapa dia tidak hadir ke latihan sukan.
D  Cikgu Hazi meminta Ravi menghadiri latihan sukan semalam.

Soalan 28 – 29
Pilih ayat yang betul.

28 
A  Adnan gemuk tetapi adiknya gemuk juga.
B  Sekarang waktu jam menunjukkan tepat pukul 10.00 pagi.
C  Buku saya memasahi kerana terkena air.
D  Sejak akhir-akhir ini, Imran rajin bersenam.

29
A  Rumah ini dibina dari papan sahaja.
B  Si Tompok akan mengiau bila hujan turun.
C  Jangan makan keropok yang sudah lemau ini.
D  Kami menuntun televisyen jika ada masa lapang.

30
i.                    Cis, cantiknya baju kamu!
ii.                  Nah, rajinnya awak belajar!
iii.                Aduh, kenyangnya perut saya!
iv.                Amboi, ketatnya seluar yang kamu apakai!
A)                III sahaja
B)                II dan III
C)                C  I, II, dan III
D)                III dan IV
Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Liew Su Pin,
14, jalan Jujur 2,
Bandar Razak,
56000 Ceras,
Kuala Lumpur.

Guru Kelas 6 Mulia,


SJK(C) Taman Connaught,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.                                                                                                           
 16 MAC 2009

Cikgu,

Memohon Kebenaran Bercuti

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat
menghadiri kelas tambahan yang diadakan pada 21 Mac 2009 ( Sabtu).

2.  Saya tidak dapat menghadiri kelas tambahan tersebut kerana saya akan mengikuti
Program Motivasi Pintar yang dianjurkan oleh Berita Perdana di Kuala Lumpur pada
tarikh dan hari yang sama dengan kelas tambahan diadakan bermula pada pukul 8.00
pagi hingga pukul 5.00 petang.

3.  Saya amaat berharap agar cikgu dapat membenarkan saya bercuti.  Saya berjanji
akan menghadirkan diri di kelas tambahan yang akan datang.  Saya juga berjanji akan
menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

__________________

(LIEW SU PIN)
Murid Tahun 6 Mulia,
SJK(C) Taman Connaught.
31  Apakah tujuan utama surat ini ditulsi?
A  Memberitahu tujuannya ke Kuala Lumpur.
B  Memaklumkan tentang program motivasi
C  Menyatakan tentang tarikh kelas tambahan
D  Memohon Kebenaran untuk bercuti

32  Bilakah Program Motivasi Pintar anjuran Berita Perdana itu diadakan?
A  16 Mac 2009
B  21 Mac 2009
C  Tidak dinyatakan
D  Pukul 8.00 pagi

33  Pada pendapat kamu, mengapakah Su Pin hendak menghadiri program motivasi
itu?
A  Mengetahui soalan ramalan peperiksaan
B  Membuat persiapan sebelum peperiksaan
C  Mendapat maklumat daripada calon peperiksaan
D  Mengelakkan diri daripada menghadiri kelas tambahan

34  Berikut adalah pernyataan yang benar mengenai petikan, kecuali


A  Su Pin seorang mahasiswi
B  Program motivasi akan berlangsung selam 9 jam
C  Surat kiriman tersebut ditujukan kepada guru Kelas 6 Mulia
D  Kelas tambahan akan berlangsung pada hari Sabtu iaitu 21 Mac 2009

35  Lawan kata bagi perkataan berjanji ialah


A  pasti
B  berikrar
C  mungkir
D  bersumpah
Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

            Aku sedang bercuti panjang sempena penhujung tahun. Semas cuti beginilah aku
dapat meluangka banyak masa bersama-sama keluargaku.  Pada waktu begini jugalah aku
membantu ibu dan ayah untuk meringankan beban mereka.
            Aku mula bercucuk tanam di sekeliling rumahku.  Aku menanam cili, kacang panjang
dan bayam.  Ibu dan ayah amat bangga apabila meliaht usahaku berjaya.  Ada ketikanya
ayah turun menyiram sayur-sayuran tanamanku.
            Aku pun mula berkira-kira untuk menjual hasil tanamanku.  Bagiku biarpun wang
yang akan aku perolehi sedikit, namun dapatlah meringankan beban ayah memandangkan
harga getah murah sekarng.  Aku mendapati pendapatan ayah semakin merosot. 
Adakalanya ayah mengeluh.
            Pagi-pagi lagi aku telah berada di pasar.  Aku menebalkan mukaku untuk berniaga
secara kecil-kecilan.  Hasilnya aku berjaya.  Aku dapat membantu ayah dan sekali gus
belajar berdikari.
            Aku mula bekad.  Aku akan meneruskan usahaku di bidang pertanian selepas
belajar kelak.  Aku bercita-cita mahu menjadi seorang petani moden yang berjaya dan
mempunyai kelulusan tinggi.

36 Apakah pekerjaan ayah 'aku'?


A  Petani
B  Nelayan
C  Penternak
D  Penoreh getah
37 Apakah yang dilakukan oleh 'aku' pada masa cuti?
A  Bercucuk tanam
B  Menolong ibu di rumah
C  Membantu ayah menoreh getah
D  Mengulang kaji pelajaran
38 Rangkai kata menebalkan mukaku dalam petikan bermaksud
A  menahan lapar
B  memerah keringat
C  membuang perasaan malu
D  menahan panas
39 Pada pendapat kamu, siapakah 'aku' dalam petikan di atas?
A  Seorang guru
B  Seorang petani moden
C  Seorang pelajar yang sedang bercuti
D  Seorang penoreh getah

40 Lawan kata bagi perkataan bangga dalam petikan ialah


A  malu
B  sedih
C  seronok
D  pendiam

Latihan 16 : Soalan Objektif Perumpamaan

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Kehidupan Maria yang ___________________ itu menyebakan dia selalu ponteng


sekolah kerana menjaga adik di rumah.
A  seperti gunting makan di hujung
B  seperti embun di hujung rumput
C  seperti rusa masuk kampung
D  seperti  rumput di tepi jalan

seperti  rumput di tepi jalan

2  Anak-anak gadis Datuk Ali ________________kerana beliau terlalu mengongkong


mereka.
A  umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung
B  umpama memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang
C  umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
D  umpama hendak menepung tidak berberas

3  Suri sudah lali  mendengar  leteran dan kemarahannya ibunya kerana dia
_______________
A  seperti rusa masuk kampung
B  seperti  katak dicucuk hidung
C  seperti langit dengan bumi
D  seperti telinga kuali
4  Hani  _____________________, apabila mendengar setiap perbualan kami
sedangkan pada masa itu dia sedang membaca buku.
A  seperti mentimun dengan durian
B seperti  pungguk rindukan bulan
C  seperti  lintah menghisap darah
D  seperti telinga lintah

5  Wajah Seri Merah ________________, apabila disindir oleh Suri di hadapan Cikgu
Mery.
A  seperti ikan mendukung biawak hidup
B  seperti kera mendapat bunga
C  seperti udang direbus
D  seperti  telinga lintah

6  Judy dianggap seperti ________________, kerana sudah lama tidak menziarahi ibu
bapanya setelah menjawat tinggi.
A  seperti mentimun dengan durian
B  seperti  ulat lupa akan daun
C  seperti langit dengan bumi
D  seperti gergaji dua mata

7  Walaupun Usman berusaha mengubah sikap Usin, anak angkatnya, namun Usin
__________________, yang mengikut perangai bapa kandungnya.
A  umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
B  umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
C  umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
D  umpama hendak menepung tidak berbatas

8  Hidup  Zakiah _________________kerana selalu mengikut suaminya berpindah


kerana tugas.
A  umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi
B  seperti burung gagak pulang ke benua
C  bagai mencurah air ke daun keladi
D  laksana kunyit dengan kapur

9  Walaupun Halim tidak didenda kerana mencuri, namun dia berasa malu pada rakan
sekelas __________________
A  umpama ayam terlepas tangan bau tahi
B  seperti gunting makan di hujung
C  seperti lintah menghisap darah
D  seperti rusa masuk kampong
10  Sejak dahulu lagi kehidupan kami sekeluarga tidak pernah senang ___________,
namun kami tidak pernah menyesal dan berputus asa.
A  umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
B  umpama kayu buruk dek panas, reput dek hujan
C  umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
D  umpama hendak menepung tidak berberas

11  Bapa Roza kaya dan mampu memberi apa sahaja kemahuan anaknya, seperti
peribahasa ___________________.
A  banyak  udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
B  ada padi, semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
C  berani kerana benar, takut kerana salah
D  berdikit-dikit lama-lama jadi bukit

12  Nasib pekerja di syarikat itu ______________________ apabila syarikat mengalami


kerugian yang banyak tahun ini.
A  seperti sayur dengan rumput
B  seperti abu di atas tunggul
C  seperti ular kena palu
D  seperti timba buruk

13  Tiada guna menyesali kesilapan yang telah berlaku, sebaliknya belajar supaya tidak
mengulangi kesilapan yang sama lagi.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  umpama nasi sudah menjadi bubur
B  bagai bertepuk  sebelah tangan
C  laksana wau melawan angin
D  malu bertanya sesat jalan

14  Walaupun tidak memahami perbualan meraka,  Mail tetap mahu menyampuk.


Sikapnya itu ________________________
A  seperti tikus jatuh di beras
B  seperti rusa kena tambat
C  seperti tempayan bocor
D  bagai buntal kembung

15  Persatuan wanita di kampung itu __________________apabila ketua wanita itu


meninggal dunia.
A  seperti anak ayam kehilangan ibu
B  seperti  anai-anai makan kayu
C  seperti  gergaji  dua mata
D  bagai air dalam kolam
16  Walaupun Khairil dan Khairul adik-beradik kembar, tetapi mereka selalu bergaduh.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  seperti cincin dengan permata
B  seperti bulan dipagar bintang
C  seperti anjing dengan kucing
D  seperti aur ditarik songsang

17  Semenjak mendapat wang RM 1 juta, Karim banyak bercakap tidak ubah


_____________________
A  seperti lintah menghisap darah
B  bagai bunyi siamang kenyang
C  seperti kerbau dicucuk hidung
D  seperti  kera mendapat bunga

18  Hati  Mila __________________apabila mendengar kata-kata makian dari


kakaknya.
A  bagai dihiris dengan sembilu
B  seperti bulan  kesiangan hari
C  seperti cacing kepanasan]
D  seperti lipas kudung

19  Pembesar  negara itu sering menghabiskan masanya melawat rakyat jelata.  Beliau
amat prihatin dengan masalah rakyat.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  umpama tidak tahu menari dikatakan langit tinggi rendah
B  umpama ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
C  umpama seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
D  umpama tiada sakit makan ubat

20  Pelawaan Kamisah supaya kami bermalam di rumahnya semasa berkunjung ke


Sabah tidak disia-siakan begitu sahaja.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  bagai orang mengantuk disorong bantal
B  bagai menahan jerat di pergentingan
C  umpama nasi sudah menjadi bubur
D  seperti  pelanduk dua serupa

Anda mungkin juga menyukai