Anda di halaman 1dari 5

SOALAN

AYAT AKTlF DITUKARKAN KEPAPA AYAT PASIF


1. Abang membelikan sebuah rumah untuk ibu.
2. Cikgu Lee menyampaikan taklimat kepada para
peserta program pertukaran pelajar.
3. Anak jiran memecahkan pasu bunga ibu.
4. Puan Rosnah membersihkan kawasan koridor
rumahnya.
5. Saya menulis sepucuk surat untuk abang pagi tadi.
6. Ibu menjahit baju ayah yang koyak itu.
7. Harun telah memenangi tempat pertama dalam
pertandingan melukis.
8. Polis telah menyoal siasat dua orang warga asing
yang disyaki merompak kedai emas itu.
9. Sekolah saya akan mengadakan aktiviti gotong royong pada hari Ahad ini.
10. Ayah telah menebang pokok rambutan di tepi jalan
Itu.
11. Puan Rosnah mencantikkan kawasan koridor
rumahnya.
12. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas
perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

13. Para penduduk membuang perabot lama di tempat


buangan sampah
14. Saya menendang bola dengan kuat.
15. Baginda menganugerahkan bintang kehormatan
kepada pahlawan itu.
16. Kakak perlu menyiapkan kerja rumah sebelum tidur.
17. Saya membasuh baju adik.
18. Kami mengemas buku yang berselerak di dalam bllik
itu.
19. Ayah membeli seutas rantai untuk ibu bersempena
ulang tahun perkahwinan mereka.
20. Penduduk kampung akan mengadakan gotongroyong membersihkan kawasan persekitaran pada hari
Ahad.
21. Mazlan memenangi tempat pertama dalam
pertandingan mendeklamasikan sajak.
22. Abang mengambil gambar pemandangan itu.
23. Saya mengisar buah tembikai itu sehingga lumat.
24. Kakak membersihkan bilik tidurnya sehingga bersih.
25.Emak menghidangkan karipap dan kopi sebagai
minum petang hari ini.
26. Su Ki sering menerima pelbagai panggilan misteri
sejak dia berpindah ke pangsapuri itu.

27. Setiap pelajar akan menulis jawapan di dalam kertas


jawapan yang telah disediakan.
28. Setiap rumah pasti menyediakan masakan rendang
semasa menyambut hari raya.
29. Ibu melarang adik bermain di kawasan semak
kerana bimbang dipatuk ular.
30. Saya telah menyemak karangan itu secara sepintas
lalu.
31. Karmila dapat mematahkan hujah pihak lawan
dengan mudah.
32. Kami akan mengadakan aktiviti gotong royong pada
hari Ahad.
33. Pak hamid sudah menebang pokok kelapa yang
condong itu.
34. Huda menyorokkan buku catatan Sofea di belakang
almari pakaian.
35. Saya membuang plastik pembungkus gula-gula itu
ke dalam tong sampah.
36. Pemburu iu berjaya menangkap seekor rusa yang
besar.
37. Imran mengutip buah-buah durian yang gugur ke
tanah.
SOALAN

AYAT PASIF DITUKARKAN KEPAPA AYAT AKTIF


1. Satu misi penting dilaksanakan oleh mereka bersama-sama.
2. Saya dijahitkan sepasang baju kurung oleh kakak pada
hujung minggu yang lalu.
3. Pondok buruk yang didiami oleh orang tua itu beratapkan
rumbia dan berdinding buluh.
4. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam sup ayam
itu.
5. Pasu yang mahal itu tetap dibeli oleh Puan Dewi kerana
berpuas hati dengan kualitinya.
6. Zahid kena tangkap oleh guru dislplin semasa merokok di
dalam tandas.
7. Cermin tingkap itu telah saya lap pagi tadi.
8. Pemandu kereta itu disaman oleh polis trafik kerana
memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan.
9. Reban ayam Itu dibina oleh datuk Azman.
10.Pelajar itu didenda oleh guru disiplin kerana ponteng
sekolah.
11.Buku rujukan itu telah dipulangkan oleh Nabil kelmarin.
12.Telah saya hadiahkan selendang itu kepada ibu.
13.Adik dimarahi oleh abang kerana berrnain mercun.
14.Mi bandung dihidangkan oleh Mak Jah untuk tetamunya.
15. Kamu harus menghormati guru-guru.

16. Nama pemenang pertandingan nyanyian itu diumumkan


oleh juruacara majlls.
17. Rencana ini harus kamu baca dengan teliti.
18. Beberapa biji kelapa muda saya berikan kepada Mak Som.
19. Kebersihan diri mestilah sentiasa kita jaga.
20. Rendang ayam itu di panaskan oleh ibu sekali lagi.
21. Murid-murid kelas Tlngkatan Satu Alfa dinasihati oleh
Cikgu Natrah agar menghormati orang-orang tua
22. Dua das tembakan dilepaskan oleh polis ke arah perompak
itu.
23. Buah Kurma itu dibeli oleh mereka di Kedai Runcit Pak
Razak.
24. Surat tawaran itu sudah kamu tandatangani?
25. Industi Kecil di desa dipelopori oleh usahawan wanita.
26. Kasut sekolah selalu saya basuh pada hujung minggu.
27. Tawaran memasuki sekolah berasrama penuh diketahui
oleh Alia pada pagi tadi.
28. Siaran ulangan perlawanan bola sepak itu ditonton oleh
ayah.
29. Projek temakan udang itu kami usahakan sejak setahun
yang lalu.

Anda mungkin juga menyukai