Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN PEMANTAPAN TATABAHASA

(Garis dan betulkan kesalahan tatabahasa dalam ayat-ayat di bawah ini.)

1. Budak-budak nakal itu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri.

2. Penduduk Kampung Sentosa saling bantu-membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu.

3. Puan Kamariah Hamzah membeli sebiji kek berperisa coklat di pasar tani pagi tadi.

4. Siti Nurhaliza mempunyai peminat yang ramai di seluruh pelosok negara.

5. Emak menghidangi kami sepinggan goreng pisang yang masih panas petang itu

6. Encik Mutusamy bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun lamanya.

7. Kedua-dua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.

8. Seekor lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang itu.

9. Bapa Kamarul Efendi adalah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan.

10. Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pecah amanah itu ialah rekaan semata-mata.

11. “Masukkan sedikit cili sos ke dalam masakan itu,” kata ibu kepada kakak.

12. Cik Azura membeli sehelai mini telekung yang bersulamkan benang emas di pasar malam.

14. Mak Cik Mariam menghidangkan tetamunya sepinggan kuih seri muka.

15. Encik Abdul Razak menghadiahi cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya.

16. Mereka masih membincangkan tentang masalah keruntuhan moral para remaja.

17. Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan merbahaya itu.

18. Muhammad Zunaidi menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama dua setengah jam.

19. Adik terlalu sayangkan kucing siam itu sehingga dibawanya tidur bersama-sama.

20. Pekebun kecil masih membincangkan tentang harga kelapa sawit yang tidak menentu.

21. Emak marahkan adik kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya.

22. Setengah murid tidak tahu membahagi-bahagikan masa dengan baik.

23. Kejayaan gemilang dalam UPSR yang diperolehi Abdul Mutalib kerana usaha gigihnya.

24. Satu rampasan mercun terbesar telah dilakukan oleh pasukan kastam Kelantan pagi tadi.

25. Pemandangan di tepi pantai itu pada waktu senja nian indah.

26. Adik memakai kasut baru ke sekolah.

27. Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini.

28. Lain-lain hal yang menyentuh agama, ras, dan budaya tidak perlu diperdebatkan.

29. Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan sijil kelahiran.

30. Encik Amiruddin menunggu anaknya di Stesen Bas Kota Bharu sejak dari pukul 10.00 pagi.

31. “Semenjak dari hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini,” kata Haikal kepada Alif.

32. Para pekerja sedang memperlebarkan jalan utama dari Bachok menuju ke Pasir Puteh.
33. Datin Suraya bercadang memperluaskan perniagaannya ke Sabah dan Sarawak.

34. “Yang kekal cuma Allah sahaja,” kata Ustaz Muhammad Ishak kepada anak murid-muridnya.

35. Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja

36. Siapakah yang suka membuang sampah sarap di kawasan yang lapang ini

37. Bilatah agaknya pemuda itu akan melangsaikan hutang-hutang lapuknya itu?

38. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ramli.

39. Komputer “note-book” yang baru itu tersimpan dalam almari besi di bilik Guru Besar.

40. Di antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster.

41. Emak mengkhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah

42. Pekerja Hotel Seri Malaysia itu sedang menglap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut.

43. Kapal dagang itu masuk ke pelabuhan Pasir Gudang, Johor daripada utara Selat Melaka.

44. Berhati-hati ketika berada di jalan raya untuk mengelakkan diri dari ditimpa malapetaka.

45. Di zaman ini, kereta sudah menjadi satu daripada keperluan harian manusia.

46. Cik Nur Haryati Alias memasukkan baju kebaya yang baru dibelinya itu di dalam almari.

47. Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.

48. Siapa yang melanggar peraturan sekolah akan dikenakan denda dan tindakan disiplin.

49. Rumah banglo itu terbesar sekali .

50. Baju kurung ini bagi kakak saya.

51. Cat air ini bagi kegunaan adiknya.

52. Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas pandangan guru-gurunya.

53. Peninju veteran itu berhasrat untuk bersara daripada arena sukan lasak tersebut.

54. Abdul Rahman tidak datang ke sekolah semalam kerana ianya mengalami demam selesema.

55. Emak membeli empat keping murtabak ayam di Bazar Ramadhan petang semalam.

56. Kawasan pendalaman itu akan dimajukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan menjelang tahun 2009.

57. Setiap pagi ayah bersarapan dua biji telur ayam separuh masak dengan madu lebah asli

58. Buku novel yang mengisahkan pergeseran hidup muda mudi masa kini itu dibaca oleh saya.

59. Makanlah ikan kerana ia mengandungi banyak protein dan baik untuk kesihatan kita.

60. Sudah tiga hari Ahmad Nazrul Affendy tidak hadir ke sekolah kerana dia demam selsema.

Anda mungkin juga menyukai