Anda di halaman 1dari 2

Terdapat satu kesalahan bahasa pada setiap ayat di bawah.

Sila garis pada bahagian kesalahan


tersebut dan nyatakan kesalahan tersebut

1. Atas sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya dalam bidang perniagaan

2. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya.

3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.

5. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu.

6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke kampung

7. Sudah berminggu saya tidak berjumpa dengan anak Pak Hilal itu.

8. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu tempoh hari.

9. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos.

10. Semua peserta-peserta seminar itu berkumpul di dewan utama seawal pukul 8.00 pagi.

11. Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar.

12. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat

13. Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung.

14. Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera.

15. Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu.

16. Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu.

17. “Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas tersebut,” sembah
Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.

18. Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami.

19. Cahaya lampu dari rumah di atas bukit itu sangat terang-benderang.

20. Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis.

21. Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya.

22. Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk.
23. Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi.

24. Wahida gemarkan masakan yang dimasak dari kakaknya

25. Beberapa orang pelajar-pelajar berada di perpustakaan.

26. Buku – buku di atas meja itu tebal -tebal belaka

27. Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin.

28. Abang berada pada rumah sepanjang hari ini.

29. Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi di sungai itu.

30. Suasana di dalam kelas itu sangat riuh-rendah apabila guru keluar.

31. Berpuluh orang penumpang terbunuh dalam nahas udara itu.

32. Razak pergi di sekolah dengan berjalan kaki.

33. Berbagai alasan diberikan oleh pelajar itu apabila dia gagal dalam peperiksaan.

34. Hidup berjiran mestilah saling tolong-menolong.

35. Kelab Kerjaya itu terdiri dari 150 orang ahli

36. Janganlah saling caci-mencaci sesama kita.

37. Program hiburan itu disiarkan daripada pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.

38. Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka.

39. Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu dilakukan pada hujung minggu.

40. Dr. Suresh adalah seorang pakar perubatan yang terkenal dari Pakistan.

41. Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan pembakaran terbuka.

42. Dia merupakan Perdana Menteri yang disegani dan dihormati.

Anda mungkin juga menyukai