Anda di halaman 1dari 3

Terdapat satu kesalahan bahasa 

pt3 pada setiap ayat di bawah. Sila garis pada


bahagian kesalahan tersebut dan nyatakan kesalahan tersebut

1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya
menempa nama dalam bidang perniagaan
2. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan rumahnya.
3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada
pihak berkuasa tempatan.
4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.
5. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih itu.
6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke
kampung
7. Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal itu.
8. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional
Melayu tempoh hari.
9. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos.
10.Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama
seawal pukul 8.00 pagi.
11.Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar.
12.Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat
13.Mahadzir memohon cuti dari majikannya untuk pulang ke kampung.
14.Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu perlu dilakukan dengan segera.
15.Dr. Shanti adalah pensyarah di Universiti Malaya. Beliau berasal dari Sibu.
16.Wan Liang mendapat tempat pertama di dalam pertandingan syarahan itu.
17.Mini telekung yang dibeli oleh ibu di Bandung sangat halus corak
sulamannya.
18.“Saya akan menjunjung segala perintah tuanku dalam melaksanakan tugas
tersebut,” sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
19.Kawasan sawah padi di hujung kampung itu diusahakan oleh kami.
20.Cahaya lampu dari rumah agam di atas bukit itu sangat terang-benderang.
21.Dua orang perompak-perompak telah ditembak mati oleh pihak polis
dalam satu insiden rompakan bank pagi semalam.
22.Kuih yang enak itu dibuat dari tepung pulut dan santan.
23.Adik memanggil abang berapa kali tetapi langsung tidak dibenakannya.
24.Di hari raya, semua ahli keluarga saya akan berkumpul di rumah datuk dan
bergotong-royong membuat persiapan hari raya.
25.Janganlah kamu membincangkan tentang perkara itu lagi.
26.Wahida gemarkan masakan yang dimasak dari kakaknya
27.Sesetengah daripada pendapatannya dihantar kepada ibunya di kampung.
28.Beberapa orang pelajar – pelajar berada di perpustakaan.
29.Buku – buku di atas meja itu tebal – tebal belaka
30.Beberapa helai dedaun kering berterbangan ditiup angin.
31.Abang berada pada rumah sepanjang hari ini.
32.Amir dengan Ashraf mengajak saya mandi di sungai itu.
33.Pekarangan rumah agam itu sangat terang-benderang.
34.Suasana di dalam kelas itu sangat riuh-rendah apabila guru keluar.
35.Ali terbongkok – bongkok berkali – kali mengutip buah yang gugur itu.
36.Adik menggaru – garu kakinya berkali – kali kerana gatal.
37.“Berusahalah daripada sekarang,” pesan Cikgu Malik kepada pelajar-
pelajarnya.
38.Berpuluh orang penumpang terbunuh dalam nahas udara itu.
39.Razak pergi di sekolah dengan berjalan kaki.
40.Berbagai alasan diberikan oleh pelajar itu apabila dia gagal dalam
peperiksaan.
41.Hidup berjiran mestilah saling tolong – menolong.
42.Kelab Kerjaya itu terdiri dari 150 orang ahli
43.Janganlah saling caci – mencaci sesama kita.
44.Pelajar – pelajar itu pandai – pandai semuanya.
45.Program hiburan itu disiarkan daripada pukul 4.00 petang hingga 8.00
malam.
46.Jalan menuju ke rumah Taufiq incang – incang.
47.Pelbagai dayung – mayung tersimpan kemas di dalam bangsal itu.
48.Mereka menunggu sejak dari pagi tadi.
49.Aris memperolehi keuntungan besar hasil daripada penjualan buah durian
di dusun datuknya.
50. Julia menghadiahkan Samera sepasang kasut sukan berjenama
bersempena dengan hari lahirnya.
51.Nian indah pemandangan matahari terbit di pulau itu pada waktu pagi.
52.Pelbagai kuih-muih yang dijual di gerai itu enak belaka.
53.Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu dilakukan pada hujung minggu.
54.“Kami semua perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan akan
datang,” ujar Shamir selaku ketua pasukan kepada ahli-ahli pasukannya.
55.“Sudah lama hamba menunggu kedatangan awak,” kata Tun Mamat.
56.Perlawanan bola jaring antara Sekolah Menengah Bukit Parang dan
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading ditangguhkan kerana hujan
lebat.
57.Monica membuka pintu pagar rumahnya seraya melangkah masuk.
58.Dr. Suresh adalah seorang pakar perubatan yang terkenal dari Pakistan.
59.Antara punca-punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kilang dan
pembakaran terbuka.
60.Dia merupakan Perdana Menteri yang disegani dan dihormati.

Anda mungkin juga menyukai