Anda di halaman 1dari 1

Ayat Aktif

A. Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.

2. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.

3. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.

4. Ibu membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.

5. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.

6. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.

7. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.

8. Saya tersepak batu tajam itu ketika berlari di padang.

9. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.

10. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

B. Tukar ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan oleh kebanyakan negara hari ini.

2. Sajak-sajak yang baik itu telah ditulis oleh kumpulan penyajak yang masih muda.

3. Tugas itu dijalankannya dengan penuh tanggungjawab.

4. Masakan yang pedas termakan oleh anak kecil itu.

5. Elesa dihadiahi Kamil sebuah kamera digital yang mahal.

6. Dalam pertandingan itu, balak yang berat terangkat oleh Badang.

7. Dana telah kami kumpulkan untuk mangsa-mangsa gempa bumi di China.

8. Sebentuk cincin berlian dibeli oleh Ramli untuk Jamilah.

9. Lesen memandu hendaklah engkau perbaharui.

10. Pelbagai juadah berbuka puasa kami sediakan untuk keluarga pada setiap hari.

Anda mungkin juga menyukai