Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN PERIBAHASA 2

Bidalan
Frasa yang berbentuk perbandingan dan mengandung nasihat, teladan dan
pengajaran secara tersirat. Bidalan tidak dimulai dengan kata bagai, bak, ibarat,
lakana.

1. Habis akal, baru tawakal


A Tidak tahu apa yang hendak dibuat kerana sudah habis ikhtiar
B Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan

2. Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga


A Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu sudah
meninggal dunia.
B Perlu berwaspada setiap masa terutama kepada orang yang berbudi

3. Hilang geli kerana geletek


A Sesuatu yang sudah biasa tidak berbekas kepada kita.
B Sesuatu perkara yang sangat sensitif dan jangan dilakukan.

4. Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak


A Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta.
B Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing

5. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak


A Hidup hendaklah berilmu supaya dapat bersaing dalam masyarakat.

B Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan.

6. Jangan bermain di air keruh


A Jangan ditiru perbuatan yang buruk
B Jangan mencampuri urusan orang lain

7. Jangan buat kerbau tanduk panjang


A Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa
B Jangan mencampuri urusan orang lain

8. Jangan didengarkan siul ular


A Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh.
B Jangan terpengaruh dengan hasutan orang lain.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
9. Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang
A Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru.
B Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain tanpa usul periksa baik
dan buruk.

10. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis
A Jangan menggangu orang lain yang lebih berkuasa.
B Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung
padahnya kelak

11. Jangan tercirit di periuk


A Jangan berbuat angkara jahat di tempat kita menumpang.
B Jangan melakukan kejahatan sehingga memalukan keluarga

12. Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan


A Dengarlah kata pemimpin yang memerintah dalam sesebuah negara.
B Mendengar nasihat pakar dalam sesuatu hal.

13. Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusu


A Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan
B Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan

14. Kusut di hujung balik ke pangkal


A Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya
B Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya

15. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak


A Berbuatlah jasa sama ada berada di tempat orang atau di tempat sendiri untuk
kebaikan.
B Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam
masyarakat di situ

16. Pipit itu pipit jugalah lawannya


A Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya
B Kalau hendak berlawan, carilah hakim yang sesuai

17. Sudah calit, jangan palit


A Orang yang malang kemudian ditimpa kemalangan sekali lagi
B Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan

18. Sempit bertimpuh, lega berlunjur

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
A Sesuatu pekerjaan mesti dilakukan mengikut urutan.
B Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan dengan pendapatan
19. Segan berkayuh perahu hanyut
A Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan
B Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu

20. Tali jangan putus, kaitan jangan sekah


A Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam pekerjaannya.
B Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana dan adil

Pepatah
Perkataan berangkap dan ada pengulangan kata yang menyatakan nasihat, ajaran
dan penegasan

21. Ada air, adalah ikan


A Ada negeri tentu ada rakyatnya
B Ada orang tentu ada pekerjaan

22. Ada angin, ada pokoknya


A Kalau tiada sebab tentu orang lain tidak bising
B Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya

23. Ada bangkai adalah hering


A Di mana ada haiwan di situlah ada najis
B Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat

24. Ada gula ada semut


A Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak orang
berkumpul.
B Di tempat yang ada banyak orang, di situ ada pentadbiran

25. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
A Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup
upahnya.
B Kalau ada usaha dengan bersungguh-sungguh, tentu semua yang diusahakan
akan berjaya

26. Air digenggam tidak tiris


A Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan
B Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
27. Anjing bercawat ekor
A Orang yang pernah berbuat jahat, sekali sekala ingin berbuat jahat juga
B Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya.

28. Aur ditanam betung tumbuh


A Mendapat keuntungan dengan modal yang sedikit.
B Mendapat kerugian akibat tidak berusaha

29. Ayam berinduk, sirih berjunjung


A Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.
B Rakyat sesebuah negeri perlu menghormati pemimpinnya

30. Bakar air hendakkan abu


A Membuat pekerjaan bersungguh-sungguh hingga berjaya
B Membuat pekerjaan yang mustahil

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
SKEMA JAWAPAN

BIL. JAWAPAN
1. B
2. A
3. A
4. B
5. B
6. A
7. B
8. A
9. A
10. B
11. A
12. B
13. B
14. A
15. B
16. A
17. B
18. B
19. A
20. B
21. A
22. B
23. B
24. A
25. A
26. B
27. A
28. A
29. A
30. B

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

Anda mungkin juga menyukai