Anda di halaman 1dari 38

SET 1

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus


PKSK
Sila Jawab Semua Soalan
90 Minit

Bahagian A – Kecerdasan Insaniah (20%)

1. Adakah anda ingin tinggal di asrama?


A. Setuju
B. Sangat setuju
C. Tidak setuju
D. Sangat tidak setuju

2. Saya hendak belajar di sekolah berasrama kerana ingin menjauhkan dari kongkongan ibu
bapa.
A. Setuju
B. Sangat setuju
C. Tidak setuju
D. Sangat tidak setuju

3. Rakan mengajak anda untuk ponteng solat, apakah tindakan anda?


A. Laporkan kepada guru berkenaan
B. Nasihati rakan
C. Sertai ajakan rakan
D. Tolak ajakan rakan

4. Saya langsung tidak berminat subjek Pendidikan Muzik kerana tidak pandai.
A. Setuju
B. Sangat setuju
C. Tidak setuju
D. Sangat tidak setuju

5. Apakah tindakan anda jika rasa tidak sesuai duduk di asrama?


A. Minta nasihat kawan terbaik dan berikan sebab mengapa tidak sesuai
B. Minta nasihat ibu bapa dan berikan sebab mengapa tidak sesuai
C. Minta nasihat guru kaunseling dan berikan sebab mengapa tidak sesuai
D. Redha kerana takut untuk memberitahu kepada sesiapa

6. Apakah tindakan anda apabila melihat kawan yang kerap batuk?


A. Memberitahu kepada guru kelas
B. Jauhkan diri dan pakai pelitup hidung dan mulut
C. Marah kawan tersebut
D. Membawa kawan itu pergi ke klinik

7. Saya suka membantu rakan.


A. Ya
B. Tidak
8. Kawan anda tidak suka pergi prep malam, apakah tindakan anda?
A. Nasihati kawan dengan baik dan ceritakan faedah prep malam
B. Mengajaknya ponteng prep malam
C. Suruh kawan berehat di asrama
D. Mengadu kepada senior dan guru berkenaan

9. Saya sentiasa menghormati hak dan barang kepunyaan rakan sekelas saya.
A. Ya
B. Tidak

10. Apakah tindakan anda apabila kawan ingin meniru kerja sekolah anda?
A. Memberitahu guru subjek
B. Setuju dengan tindakan kawan tersebut
C. Memberi nasihat dengan baik-baik
D. Tidak memberi kawan meniru

11. Berapa kali anda membasuh baju setiap minggu?


A. 1
B. 3
C. 5
D. 7

12. Saya sudi membantu senior untuk membasuh kasut dengan pemberian upah.
A. Ya
B. Tidak

13. Sekiranya rakan anda sebagai ketua kelas tidak menjalani tugas dengan betul dan guru
tawarkan anda menjadi ketua kelas, apakah tindakan anda?
A. Terima tawaran
B. Tolak dengan baik dan beri peluang kedua kepada ketua kelas
C. Cadangkan murid lain
D. Tolak dengan baik dan bantu ketua kelas jalankan tugas

14. Saya rasa stres kerana perlu menjaga adik pada waktu cuti belajar.
A. Ya
B. Tidak

15. Apakah tindakan anda jika terdapat seorang rakan sekelas yang tidak suka bercampur
dengan orang?
A. Biarkan rakan sekelas itu
B. Ajak rakan sekelas itu bermain bersama
C. Buat tidak tahu
D. Mengejek rakan sekelas itu
16. Anda belajar bersungguh-sungguh dan berhasrat untuk mendapat TP6 bagi subjek
Matematik dalam UASA, namun anda baharu sahaja mendapat tahu yang anda hanya
mendapat TP4 bagi subjek Matematik dalam UASA. Apakah tindakan anda?
A. Redha dan beritahu diri sendiri gred tidak penting
B. Menangis
C. Berazam untuk memperbaiki kelemahan dalam subjek tersebut
D. Berjumpa dengan guru atau senior untuk berbincang dengan mereka

17. Saya sentiasa mengikut rakan sekolah untuk solat berjemaah.


A. Ya
B. Tidak

18. Anda selaku ketua kumpulan untuk mengetuai suatu pertandingan robotik. Apakah
tindakan anda?
A. Memastikan rakan kumpulan mesti mendengar arahan anda
B. Tidak menerima idea rakan kumpulan
C. Sentiasa ada sesi percambahan minda
D. Membuat semua kerja

19. Saya akan berusaha menjaga harga diri dan imej kendiri yang terpuji.
A. Ya
B. Tidak

20. Saya tidak memilih dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.
A. Setuju
B. Sangat setuju
C. Tidak setuju
D. Sangat tidak setuju

21. Saya sentiasa menilai diri.


A. Ya
B. Tidak

22. Saya akan memecatkan ahli pasukan bola sepak jika dia tidak aktif.
A. Ya
B. Tidak

23. Anda sakit dan tidak dapat belajar dalam masa dua minggu. Apakah tindakan anda setelah
kembali sihat?
A. Abaikan apa yang telah diajar oleh guru subjek dalam dua minggu tersebut
B. Tanya rakan sekelas apa yang telah dibelajar oleh mereka dalam dua minggu tersebut
C. Tanya guru subjek apa yang telah diajar dalam dua minggu tersebut
D. Baca buku sendiri
24. Saya rasa rendah diri kerana berasal dari keluarga yang miskin.
A. Setuju
B. Sangat setuju
C. Tidak setuju
D. Sangat tidak setuju

25. Saya marah kerana diminta oleh guru bertugas untuk membaca doa dalam suatu majlis.
A. Ya
B. Tidak

26. Saya berpendapat bahawa pencapaian akademik lebih penting daripada kokurikulum.
A. Setuju
B. Sangat setuju
C. Tidak setuju
D. Sangat tidak setuju

27. Saya suka ejek nama bapa kawan baik saya.


A. Setuju
B. Sangat setuju
C. Tidak setuju
D. Sangat tidak setuju

28. Kekasih anda mengajak anda membuat perkara maksiat. Apakah tindakan anda?
A. Berputus cinta dengan kekasih
B. Setuju dengan permintaan kekasih
C. Terangkan keburukan kelakuan itu dari segi agama
D. Suruh kawan baik untuk meneman

29. Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.


A. Setuju
B. Sangat setuju
C. Tidak setuju
D. Sangat tidak setuju

30. Saya cemburu dan dengki apabila mendapati rakan sekelas mencapai pingat emas dalam
kegiatan kokurikulum.
A. Ya
B. Tidak
Bahagian B – Kecerdasan Intelek (70%)

1. Rajah berikut merupakan sudoku yang tidak lengkap.

Apakah nombor yang diwakili oleh h?


A. 2
B. 3
C. 4
D. 5

2. Jika  , maka

A. 37 + 18  26 + 25
B. 60 − 23  41 − 9
C. 2453
D. 81  9  49  7

3. Rajah berikut menunjukkan suatu rangkaian nombor.

9 21 33

3 P Q 39

Apakah nilai Q − P?
A. 11
B. 12
C. 13
D. 14
4. Rajah berikut membentuk suatu siri.

Apakah rajah yang betul untuk melengkapkan siri di atas?


A.

B.

C.

D.

5. Diberi .

Berapakah bilangan segi empat sama dalam rajah di atas?


A. 6
B. 7
C. 8
D. 9
6. Jika BENTUK = 612375, maka TUNTUT =
A. 373372
B. 372273
C. 372373
D. 373272

7. Jadual berikut menunjukkan keputusan UASA murid 6 Amanah.

Nama Bahasa Inggeris Matematik


Fong 85% 70%
Gabriel 40% 90%
Haikal 92% 89%
Iman 95% 65%
Siapakah murid yang paling pintar?
A. Fong
B. Gabriel
C. Haikal
D. Iman

8. Rajah berikut menunjukkan operasi yang mengikut suatu pola.

30 72 m
6 5 9 8 7 4

Apakah nilai m?
A. 16
B. 24
C. 28
D. 32

9. Antara perkataan berikut, yang manakah bukan disusun mengikut susunan ABC ... XYZ?
A. degil
B. bekas
C. adik
D. cek
10. Rajah berikut menunjukkan soalan berkaitan matriks.

5 1 4

9 3 6

7 2 k

Apakah nilai k?
A. 4
B. 5
C. 6
D. 7

11. Rajah berikut menunjukkan sejenis makanan pada bulan Ramadan.

Apakah nama makanan tersebut?


A. Murtabak
B. Martabak
C. Murtamak
D. Martamak

12.
“Cikgu, izinkan _____________ pergi ke tandas?”
Kata Aiman kepada Cikgu Harraz.

Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama yang sesuai.


A. saya
B. aku
C. den
D. kawe
13. Yang manakah ayat yang menggunakan kata nama khas dengan betul?
A. sang kancil tinggal di dalam hutan.
B. sang Kancil tinggal di dalam hutan.
C. Sang Kancil tinggal di dalam hutan.
D. Sang kancil tinggal di dalam hutan.

14.
Merokok boleh memudaratkan kesihatan.

Apakah perkataan yang membawa maksud kata kerja?


A. Merokok
B. boleh
C. memudaratkan
D. kesihatan

15.
________, awak telah berjaya!

Isi tempat kosong dengan kata seru yang sesuai.


A. Amboi
B. Wah
C. Syabas
D. Wahai
16. Yang manakah bukan gabungan dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963?
I Brunei
II Thailand
III Singapura
IV Sabah dan Sarawak
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

17. Luak asal Negeri Sembilan pada tahun 1773 adalah seperti berikut kecuali
I Port Dickson
II Jelebu
III Rembau
IV Kuala Pilah
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

18. Yang manakah merupakah bandar diraja bagi Negeri Perak?


A. Ipoh
B. Kampar
C. Bagan Datuk
D. Kuala Kangsar

19. Yang manakah berikut bukan wilayah persekutuan di Malaysia?


A. Kuala Lumpur
B. Putrajaya
C. Cyberjaya
D. Labuan

20. Negeri-negeri berikut terlibat dalam Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos 2023 (Sabtu).
I Perak
II Pulau Pinang
III Negeri Sembilan
IV Johor
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
21. Apakah tema Hari Kebangsaan 2023?
A. Malaysia Prihatin
B. Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan
C. Keluarga Malaysia, Teguh Bersama
D. Negaraku Sehari Sejiwa

22. Apakah produk Proton yang paling mahal setakat Ogos 2023?
A. Proton Exora
B. Proton Persona
C. Proton Iriz
D. Proton X90

23. Yang manakah berikut merupakan jenama telefon bimbit buatan Malaysia?
I Realme
II Vivo
III M10
IV Ninetology
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

24. Di Semenanjung Malaysia, Orang Asli terbahagi kepada beberapa kumpulan, seperti
I Kadazandusun
II Senoi
III Melayu Proto
IV Iban
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

25. Di manakah terletaknya Masjid Kampung Laut?


A. Terengganu
B. Kelantan
C. Sarawak
D. Kuala Lumpur

26. Hari Raya Aldilfitri disambut oleh masyarakat Islam pada


A. 1 Syawal
B. 1 Muharam
C. 1 Ramadan
D. 1 Zulhijah
27. Kaum-kaum di Malaysia mempunyai alat muzik dan tarian yang unik serta menarik.

Apakah nama alat muzik di atas?


A. Gambus
B. Liu Qin
C. Veenai
D. Engkerurai

28. Terdapat dua teras kepercayaan dalam Islam, iaitu


I Rukun al-Quran
II Rukun Islam
III Rukun Iman
IV Rukun Hadis
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

29. Siapakah Perdana Menteri yang digelar sebagai “Bapa Perpaduan”?


A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak bin Hussein
C. Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
D. Tun Hussein bin Onn
30. Apakah nama jenama berikut?

A. PROTON
B. MAZDA
C. PERODUA
D. HYUNDAI
31. Fungi can be found in the air, water, soil, and on other living things.

What is the name of the fungi in the diagram above?


A. Pennicilium
B. Pennicillium
C. Penicilium
D. Penicillium

32.
When night fell, the villagers came out of their ______________
and gathered in an open space in the centre of the village.

Fill in the blank with suitable noun.


A. shed
B. huts
C. cage
D. ranarium

33. Circle the wrong answer.

Singular Nouns Plural Nouns


A. proof proofs
B. salmon salmon
C. buffalo buffalos
D. tax taxes
34. Circle the correct answer.
A. The boy does his work carefully.
B. All the schools was closed yesterday.
C. Harraz’s father have a big car.
D. Most boys is fond of playing football.

35. Irfan ______________ a lot just now.


A. eats
B. has already eaten
C. is eating
D. ate

36.

A ______________ of bees.
A. flock
B. team
C. swarm
D. herd

37.
Aiman lives in ______________ semi-detached house at
______________ end of ______________ Bangsar Road.

Fill in the blank with suitable articles.


A. –; the; –
B. a; the; –
C. a; the; the
D. –; the; a
38. What is the feminine gender of ‘bachelor’?
A. master
B. spinster
C. girl
D. widow

39. Circle the correct answer.


A. Fareez is tall than Anas.
B. I am not as talls as my brother is.
C. Syafiq is tallest than Zafriq.
D. He is the tallest of the three boys.

40. Qarmil sang ______________ just now than he did last night.
A. best
B. well
C. better
D. good
41. Rajah berikut menunjukkan sepapan telur.

Sufiyah menyediakan setiap bungkus nasi lemak menggunakan separuh biji telur rebus.
1
Berapakah bilangan bungkus nasi lemak yang boleh disediakan dengan 1 papan telur?
2
A. 25
B. 45
C. 80
D. 90

42. Aqil mempunyai 24 keping pemadam mainan. Dia ingin membahagikan semua pemadam
mainan tersebut kepada kawan-kawannya supaya setiap orang kawan mendapat bilangan
pemadam mainan yang sama banyak.
Antara berikut, yang manakah bilangan rakan yang tidak mungkin?
A. 3
B. 4
C. 5
D. 6

43. Di sebuah kedai, ada dijual bungkusan penanda buku dengan tiga bilangan berbeza.

• bungkusan A : 3 keping penanda buku


• bungkusan B : 8 keping penanda buku
• bungkusan C : 10 keping penanda buku

Adam ingin membeli tepat 56 keping penanda buku. Berapakah bilangan bungkusan yang
paling sedikit yang perlu Adam beli?
A. 5
B. 6
C. 7
D. 8
44. Rajah berikut menunjukkan kedudukan beberapa barang dalam sebuah pasar raya.

Dari pintu masuk, Rifqi berjalan mengikut arah anak panah. Di setiap persimpangan, dia
akan belok kiri atau belok kanan mengikut tetapan berikut:

kanan → kiri → kiri → kanan → kiri → kiri

Apakah yang akan Rifqi jumpa pada akhirnya?

A.

B.

C.

D.
45. 40 orang murid SK Kampong Gelam mengambil bahagian dalam olahraga.

25 orang murid 30 orang murid


mengambil bahagian mengambil bahagian
dalam acara lompat dalam acara lumba
tinggi. lari.

Hitung bilangan murid yang mengambil bahagian dalam kedua-dua acara.


A. 5
B. 10
C. 15
D. 20

46. Rajah berikut menunjukkan waktu Fauzan bertolak dari Kuala Lumpur, Malaysia ke
Bandung, Indonesia mengikut masa GMT +8. Diberi waktu Kuala Lumpur mendahului
waktu Bandung selama 1 jam.

29/8/2023, Selasa
6:30 p.m.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandung mengambil masa selama 8 jam.


Apakah waktu di Bandung, Indonesia setelah Fauzan tiba di sana?
A. 1:30 a.m., Selasa
B. 1:30 a.m., Rabu
C. 2:30 a.m., Selasa
D. 2:30 a.m., Rabu
47. Jadual berikut menunjukkan maklumat rod besi P dan rod besi Q. Jisim rod besi Q tidak
ditunjukkan.

Rod besi P Q

Panjang 3m 5m

Jisim 2.67 kg

Berapakah jisim rod besi Q?


A. 0.89 kg
B. 0.98 kg
C. 4.45 kg
D. 4.54 kg

48. Adawiah akan menggunting beberapa bulatan dengan menggunakan kad segi empat tepat
berikut.

8 cm

35 cm

Berapa lagi bilangan bulatan yang masih boleh dilukis oleh Adawish sebelum proses
pengguntingan?
A. 7
B. 8
C. 14
D. 16

49. Diberi nisbah bilangan buku cerita yang dibaca oleh Anas kepada bilangan buku cerita
yang dibaca oleh Syafiq ialah 3 : 8. Diketahui Anas telah membaca 27 buah buku cerita,
hitung bilangan buku cerita yang telah dibaca oleh Syafiq.
A. 36
B. 45
C. 63
D. 72
50. Carta pai menunjukkan rumah sukan bagi sekumpulan murid.

45
45
180
90

Diketahui seramai 30 orang murid adalah dari rumah sukan jingga. Hitung beza bilangan
murid antara rumah sukan ungu dan rumah hijau.
A. 60
B. 70
C. 80
D. 90
51. Sistem saraf memainkan peranan penting dalam setiap aspek kesihatan kita. Sistem saraf
mengkoordinasikan setiap aktiviti harian kita seperti bangun tidur, bernafas, berfikir dan
membaca.
otak

saraf tunjang rangkaian saraf

Yang manakah berikut bukan cara untuk menjaga sistem saraf?


A. Makan makanan yang seimbang
B. Minum minuman beralkohol
C. Tidur yang mencukupi
D. Menjalankan aktiviti harian dengan postur yang betul

52. Rajah berikut menunjukkan seorang pesakit yang mengalami Covid-19.

Apakah yang perlu dilakukan terhadap pesakit itu supaya penyakitnya tidak tersebar
kepada rakan sekelas di sekolah?
A. Memakai pelitup muka ketika berada di dalam kelas
B. Kuarantinkan di rumah
C. Sentiasa meminum air suam
D. Makan ubat ikut nasihat doktor
53. Rajah berikut menunjukkan sebatang sungai yang telah tercemar.

Cadangkan dua langkah untuk memulihkan kualiti air sungai tersebut.


I Pindahkan semua kehidupan dalam sungai ke sungai yang lain
II Mengadakan kempen menjaga kebersihan air
III Tidak membuang sampah ke dalam sungai
IV Jaga di tepi sungai dan tangkap sesiapa yang membuang sampah
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

54. Rajah berikut menunjukkan keadaan anak ayam di dalam sebuah reban.

Pak Hassan mendapati banyak anak ayam di dalam reban itu telah mati selepas seminggu.
Apakah langkah yang perlu diambil oleh Pak Hassan bagi mengelakkan kejadian itu
berulang?
A. Memindahkan sebahagian anak ayam ke dalam reban yang lain
B. Menjual anak ayam tersebut
C. Memberi ubat tidur kepada anak ayam tersebut
D. Menambahkan makanan yang lebih mahal
55. Mikroorganisma ialah hidupan yang sangat kecil dan mikroorganisma tidak boleh dilihat
melalui mata kasar. Antara berikut, alat yang manakah sesuai digunakan untuk melihat
mikroorganisma?
A. Teleskop
B. Periskop
C. Mikroskop
D. Kanta pembesar

56. Rajah berikut menunjukkan seorang pekerja sedang menolak kotak.

Apakah cara yang paling sesuai bagi memudahkan pekerja itu menolak kotak tersebut?
A. Menarik kotak dengan menggunakan tali
B. Meletakkan roda di bawah kotak itu
C. Menyapu bedak di tangan
D. Tendang dengan kaki

57. Haiwan yang telah pupus bermaksud mereka telah lenyap sama sekali dari muka bumi.
Apakah langkah yang perlu diambil supaya haiwan yang terancam tidak pupus?
A. Membina habitat yang baharu
B. Tidak menjalankan pembalakan terpilih
C. Makan produk haiwan yang terancam
D. Mengenakan hukuman yang lebih keras kepada pemburu haram.
58. Pengawetan makanan melibatkan proses merawat makanan supaya makanan tersebut
boleh disimpan dalam jangka masa yang lama.

Apakah nama kaedah pengawetan makanan di atas?


A. Penyejukbekuan
B. Pempasteuran
C. Pembungkusan vakum
D. Pembotolan

59. Puan Aisah telah membeli satu botol susu soya dan dia mendapati botol itu memaparkan
logo seperti berikut.

Apakah yang perlu dilakukan oleh Puan Aisah pada waktu dia ingin membuang botol susu
soya tersebut?
A. Meletakkan botol susu soya itu ke dalam tong kitar semula berwarna biru
B. Derma botol susu soya tersebut
C. Mengasingkan botol susu soya sebelum dibuang ke dalam tong sampah
D. Tanam botol susu soya tersebut
60. Kerajaan tempatan ingin menggantikan sebatang jambatan kayu kepada jambatan yang
lebih kuat dan kukuh. Apakah jenis bahan yang sesuai digunakan?
I Tali
II Rotan
III Besi keluli
IV Konkrit
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

61. Yang manakah peralatan teknologi berikut yang dicipta untuk membantu had keupayaan
penglihatan manusia?

II

III

IV

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
62. Manusia tidak mampu untuk bergerak dengan cepat ke tempat yang lebih jauh.
Yang manakah berikut yang bukan dicipta untuk mengatasi had keupayaan tersebut?
A. Kereta
B. Kereta api
C. Kapal terbang
D. Dron

63. Pelbagai alat komunikasi dicipta dan digunakan oleh manusia untuk menghantar dan
menerima maklumat. Murid-murid terpaksa belajar secara dalam talian pada waktu
Perintah Kawalan Pergerakan. Antara aplikasi berikut, yang manakah merupakan aplikasi
sidang video yang biasa digunakan oleh guru-guru dan murid-murid ketika Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR)?

II

III

IV

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
64. Fauzan mendapati komputer ribanya tidak dapat mengakses internet pada suatu ketika.
Apakah langkah utama yang perlu dibuat sebelum meminta bantuan kepada pihak yang
berkenaan?
I Telefon juruteknik
II Semak kabel internet
III Matikan dan hidupkan semula komputer riba
IV Minta bantuan di Facebook
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

65. Antara berikut, yang manakah merupakan teknologi untuk penyimpanan data secara dalam
talian?
A. USB flash drive
B. Cloud Storage
C. External hard disk
D. Sandisk ultra dual drive

66. Jika anda terima e-mel spam, yang manakah tindakan yang anda perlu elak?
A. Hapus e-mel tersebut dengan segera
B. Laporkan kepada pihak berkenaan
C. Buka e-mel dan tekan link yang berkenaan
D. Sentiasa letak e-mel itu dalam folder spam

67. Yang manakah kombinasi kekunci (short-cut-key) yang digunakan untuk membuat simpan
(save)?
A. Ctrl + Z
B. Ctrl + V
C. Ctrl + X
D. Ctrl + S

68. Encik Fazal ingin menghantar dokumen Microsoft Word yang mengandungi maklumat
terperingkat dan tidak mahu pihak lain membukanya kecuali pegawai khas yang dituju.
Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk merahsiakan maklumat tersebut?
A. Meletakkan ‘sulit dan persendirian’ pada muka depan fail tersebut
B. Meletakkan kata laluan pada fail tersebut
C. Ubah font pada teks fail tersebut
D. Menghantar fail tersebut dengan menggunakan e-mel
69. Aplikasi media sosial boleh diakses melalui peranti berikut kecuali

II

III

IV

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
70. Rajah berikut menunjukkan sejenis mesin ringkas.

Daya

Fulkrum

Apakah cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan jumlah daya untuk mengangkat
beban?
A. Menambah daya
B. Mendekatkan fulkrum dengan beban
C. Menjauhkan fulkrum dengan beban
D. Menggunakan kayu yang lebih pendek

KERTAS SOALAN TAMAT


Cadangan Jawapan

Bahagian A – Kecerdasan Insaniah (20%)

• Tiada jawapan betul atau salah.


• Pilih jawapan yang paling positif berdasarkan nilai-nilai murni kehidupan bagi
mendapatkan markah paling tinggi.

Bahagian B – Kecerdasan Intelek (70%)

1. B

Syarat sudoku: setiap baris atau lajur tidak boleh mengulangi nombor 1 hingga 9.

2. C
Simbol  bermaksud nombor kiri lebih kecil daripada nombor kanan.

3. B
Pola: Tertib menaik enam-enam
P=9+6
P = 15
Q = 21 + 6
Q = 27
Maka, Q − P = 27 − 15
Maka, Q − P = 12

4. D
Segi tiga yang berwarna pusing ikut arah lawan jam.
5. C

6

2

6. C
B→6
E→1
N→2
T→3
U→7
K→5
Maka, TUNTUT = 372373

7. C
Pencapaian dua subjek adalah seimbang.

8. C
Nombor di atas merupakan hasil darab dua nombor di bawah.

9. B
Terdapat huruf dalam perkataan ‘bekas’ bukan disusun mengikut susunan ABC ... XYZ.

10. B
5−1=4
9−3=6
7−2=5

11. B

12. A

13. C

14. A

15. C

16. A

17. B
18. D

19. C

20. C

21. B

22. D

23. D

24. C

25. B

26. A

27. A

28. C

29. D

30. C

31. D

32. B

33. C

34. A

35. D

36. C

37. B

38. B

39. D

40. C
41. D
1
1  30 = 45
2
Disebabkan Sufiyah menyediakan setiap bungkus nasi lemak menggunakan separuh biji
1
telur rebus, maka bilangan bungkus nasi lemak yang boleh disediakan dengan 1 papan
2
telur
= 45  2
= 90

42. C
24  5 = 4 baki 4
Syarat dalam soalan: Dia ingin membahagikan semua pemadam mainan tersebut kepada
kawan-kawannya supaya setiap orang kawan mendapat bilangan pemadam mainan yang
sama banyak.
Maksudnya, 24 mesti dibahagi dengan suatu nombor tanpa baki.

43. B
2 bungkus B → 2  8 = 16 keping
4 bungkus C → 4  10 = 40 keping

44. A

45. C
Didapati 25 orang murid menyertai acara lompat tinggi, semestinya 15 orang murid
menyertai acara lumba lari.
Maka, bilangan murid yang mengambil bahagian dalam kedua-dua acara:
30 − 15 = 15
46. B
GMT +7 GMT +8
• •
Bandung Kuala Lumpur
Indonesia Malaysia
6:30 p.m. + 8 jam = 18 jam 30 minit + 8 jam
6:30 p.m. + 8 jam = 26 jam 30 minit
6:30 p.m. + 8 jam = 2 jam 30 minit
6:30 p.m. + 8 jam = 2:30 a.m. (Rabu)
Disebabkan waktu Kuala Lumpur mendahului waktu Bandung selama 1 jam, maka waktu
di Bandung, Indonesia setelah Fauzan tiba di sana
= 2:30 a.m. − 1 jam
= 2 jam 30 minit − 1 jam
= 1 jam 30 minit
= 1:30 a.m. (Rabu)

47. C
3 m → 2.67 kg
1 m → 2.67 kg  3 = 0.89 kg
5 m → 5  0.89 kg = 4.45 kg

48. C

8 cm

35 cm
Diameter sebuah bulatan = 8 cm  2
Diameter sebuah bulatan = 4 cm
35 cm  4 cm = 8 baki 3 cm
Semak:
35 cm − (8  4 cm) = 35 cm − 32 cm
35 cm − (8  4 cm) = 3 cm
Maka, bilangan bulatan yang masih boleh dilukis oleh Adawish sebelum proses
pengguntingan : 2  7 = 14

49. D
3 → 27
1 → 27  3 = 9
8 → 8  9 = 72
50. D
1
Jingga ( ) : 30 orang
8
4
Ungu ( ) : 4  30 orang = 120 orang
8
1
Hijau ( ) : 30 orang
8
Maka, beza bilangan murid antara rumah sukan ungu dan rumah hijau
= 120 orang − 30 orang
= 90 orang

51. B

52. B

53. C

54. A

55. C

56. B

57. D

58. B

59. C

60. D

61. B

62. D

63. A

64. C

65. B

66. C

67. D

68. B

69. B

70. B

Anda mungkin juga menyukai