0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
317 tayangan14 halaman

Soalan Bahasa dan Pemahaman Bacaan

Teks tersebut berisi soalan-soalan berkaitan dengan pemahaman dan penggunaan bahasa dalam konteks tertentu. Terdapat 20 soalan pilihan ganda dan beberapa soalan penulisan yang menguji pengetahuan bahasa.

Diunggah oleh

kotehang
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Bahagian A

(20 markah)

Jawab semua soalan. Bulatkan jawapan yang betul dalam ruangan yang disediakan di muka
surat 5.

1. Kaki Nek Salmah berasa ________ kerana terlalu jauh berjalan.

A. lesu C. lembik
B. lemau D. lenguh

2. “ , berani kamu memburuk-burukkan aku di hadapan rakan-rakan yang lain!.

A. Eh C. Cis
B. Oh D. Nah

3. Penduduk kampung pun menangkap pencuri itu mengikat tangannya.

A. sebelum C. sambil
B. lantas D. tetapi

4. Sarah yang tewas dalam pertandingan pidato itu mungkin _______ dapat menerima
kekalahannya kerana wajahnya tidak semuram tadi.

A. belum C. dapat
B. sudah D. pernah

Soalan 5-8

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu ditanda dengan A, B atau C dan jika ayat itu tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

5. Pesta Wau Antarabangsa kali yang keempat itu disertai oleh berapa buah negara
A B
Asean yang mempamerkan pelbagai jenis wau dari Negara mereka.Tiada kesalahan.
C D

6. Nelayan itu memikul sebidang jala di bahunya sambil membawa sebotol air menuju
A B
ke sebuah sampan yang terikat di tepi sungai. Tiada kesalahan.
C D

7. Baju hujan yang saya pinjam daripada Azimah sudah saya pulangkan kepada
A B
adiknya di petang semalam. Tiada kesalahan.
C D

1
8. Saya berasa seram apabila berada di banglo yang besar itu kerana ada peristiwa
A B
ajaib pernah berlaku. Tiada kesalahan.
C D

Bagi soalan 9 hingga 12

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesilapan panggunaan
bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

9 Pihak FAMA turut memasarkan segala hasil-hasil pertanian penduduk di kawasan luar
bandar.

A. Semua hasil-hasil pertanian

B. Segala hasil pertanian-pertanian
C. Semua hasil pertanian
D. Segala hasil-hasil pertanian

10 Wanita tua itu begitu yakin benar bahawa anaknya akan pulang pada suatu hari nanti.

A. Wanita tua itu benar yakin sangat

B. Wanita tua itu sangat yakin benar
C. Wanita tua itu yakin benar
D. Wanita tua begitu yakin benar

11 Pihak kami masih belum membincangkan tentang perkara itu.

A. bincangkan tentang perkara itu

B. membincang tentang perkara itu
C. membincangkan perkara itu
D. membincangkan tentang perkara itu

12 Kambing itu mereka sudah sembelih sejak pagi-pagi lagi.

A. sudah mereka sembelih

B. mereka sudah sembelihkan
C. sudah disembelih oleh mereka
D. mereka sudah sembelih

2
Bagi soalan 13 hingga 14 pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah
memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

13 I Buku itu mengisahkan dua orang sahabat yang saling menyayangi.

II Ayah membelikan ibu beberapa buku kain untuk dibuat langsir.
III Zakuan mengalami kecederaan di muka apabila salah seorang pemuda itu
menumbuk ke arahnya dengan menggunakan buku lima.
IV Zaidah yang cerewet itu akhirnya bagaikan buku bertemu ruas apabila
bermenantukan Rahayu yang bermulut celupar itu.

A. I, II dan III C. I, III dan IV

B. I, II dan IV D. II, III dan IV

14 I Dia mempunyai masa depan yang cerah kerana sangat rajin dan berbakat.
II Warna pakaian ini bersesuaian dengan Aina yang berkulit cerah.
III Sungai yang tidak tercemar sudah tentu warnanya cerah.
IV Wajahnya cerah kerana terlalu gembira.

A. I dan II C. I, II dan III

B. III dan IV D. II, III dan IV

Bagi soalan 15 dan 16 pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.

15. Mariani enggan lagi berkawan dengan Zaleha yang miskin setelah mendapat rakan baharu
yang merupakan anak orang kaya. Sikap Mariani ini samalah seperti peribahasa…

A. Seperti melukut di tepi gantang

B. Buang yang keruh ambil yang jernih
C. Enggang sama enggang, pipit sama pipit
D. Sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi

16. Persahabatan antara Saleh dan Salim sungguh erat sehingga tidak boleh berpisah langsung.
Peribahasa yang sesuai ialah…

A. Bagai isi dengan kuku

B. Bagai aur dengan tebing
C. Bagai cincin dengan permata
D. Bagai pungguk rindukan bulan

3
Soalan 17-20

Baca sajak berikut dengan teliti, kemudian jawapan soalan-soalan berikutnya dengan
menandakan pilihan jawapan yang tepat.

17. Mengapakah penyajak berasa kagum terhadap perjuang negara?

A sentiasa berjuang demi negara tercinta

B memberikan rezeki kepada para petani
C menghilangkan derita nelayan tua yang tinggal di pondok
D menginsafkan manusia tentang kekejaman perang

18. Yang berikut merupakan imej alam yang terdapat dalam sajak ini, kecuali

A bunga B hujan
C tanah D laut

19. Pengajaran yang sesuai bagi rangkap kelima sajak ini ialah

A kita diseru agar mengisi kekosongan hidup dengan pelbagai aktiviti yang
bermanfaat.
B kita perlu mempunyai sikap suka membantu orang yang susah supaya
dapat meringgankan beban mereka.
C kita hendaklah bersimpati kepada golongan susah supaya nasib mereka
terbela.
D kita haruslah menghargai rahmat yang diberikan oleh tuhan

4
20. Gaya bahasa bagi frasa api amarah pun terpadam ialah

A inversi
B metafora
C hiperbola
D personifikasi

JAWAPAN SOALAN BAHAGIAN A

Sila bulatkan pilihan jawapan anda.

1. A B C D
2. A B C D
3. A B C D
4. A B C D
5. A B C D
6. A B C D
7. A B C D
8. A B C D
9. A B C D
10. A B C D
11. A B C D
12. A B C D
13. A B C D
14. A B C D
15. A B C D
16. A B C D
17. A B C D
18. A B C D
19. A B C D
20. A B C D

Bahagian B
(25 markah)
Soalan 1

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

i. Perdana Menteri akan membentangkan mini bajet pada petang ini.

________________________________
ii. Lawatan ke kilang kain sutera itu dibatalkan kerana tidak mendapat kelulusan dari
pengetua
________________________________

5
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

i. Divya terkejut apabila bahunya ditepok oleh Sarah.

______________________________________

ii. Cikgu Yong meminta murid-muridnya memberikan defenisi bagi beberapa perkataan
yang sukar itu.

______________________________________

iii. Azman minta tempahan satay yang banyak daripada pelanggannya.

______________________________________

Soalan 2

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sekarang dia hanya menunggu kepulangan Oren. Dia ingin mengotakan janjinya
kepada dirinya dahulu sewaktu membawa Oren pulang. Dahulu, dia berjanji untuk
memelihara Oren seperti anaknya sendiri. Janjinya itu adalah untuk menebus kesalahan
dirinya yang mengakibatkan Oren kehilangan ibunya. Segala egonya dahulu yang tidak
membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah dipadamkan. Sebaliknya, dia yang
membawa Oren pulang ke rumah.

Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa
pulang Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya. Kelabu ditemukan sewaktu
anak kucing jantan itu mengekorinya yang sedang menuju ke kereta dan hendak pulang ke
rumah. Dia memungut Kelabu untuk menjadi teman Oren bermain.

Pada mulanya, dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya.

Setelah dia melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan
sering menarik perhatian, mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih
suka menyendiri dan pendiam semakin tersisih.

(Dipetik daripada cerpen Oren,

antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 37)

6
i. Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah ayah sekeluarga menyayangi Kelabu
lebih daripada Oren?
_____________________________________________________________________

(3 markah)

ii. Nyatakan dua perwatakan ayah berdasarkan petikan di atas.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(3 markah)

iii. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah memelihara binatang kesayangan?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

(4 markah)
Soalan 3

1. Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman

Nilai merupakan elemen penting dalam sesebuah novel

Berdasarkan novel yang anda pelajari, kemukakan tiga nilai dan huraikan satu contoh
peristiwa yang sesuai bagi setiap nilai tersebut.

___________________________________________________________________________

7

(10markah)

BAHAGIAN C
( 15 markah )
[ Masa yang dicadangkan : 15 Minit ]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Soalan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang sebab-sebab rakyat Malaysia perlu bersatu padu. Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan

Rakyat bermuafakat negara maju itulah antara slogan yang sering dilaung-laungkan untuk
menunjukkan betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di
negara ini.
Rakyat Malaysia perlu bersatu agar dapat mewujudkan perpaduan, lebih-lebih lagi bagi
negara seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum yang
mempunyai latar belakang budaya dan adat resam yang berbeza. Dalam kalangan masyarakat
majmuk ini saling memahami satu sama lain amat penting untuk menjamin keamanan negara.
Negara yang aman dan harmoni dapat membangun dengan pesat lantas memberikan keselesaan
hidup kepada rakyatnya.
Rakyat yang bersatu padu juga dapat menggembleng tenaga dalam menjalankan
pelbagai aktiviti ekonomi supaya ekonomi negara berkembang pesat. Hasil pengeluaran
pelbagai sektor seperti pertanian dan pembuatan akan dapat ditingkatkan dan berkembang
maju. Sekiranya rakyat kita bersatu pelabur asing tentunya berminat melabur dalam negara
yang stabil dan makmur
Sekiranya rakyat bersatu padu, sudah pasti kehidupan rakyat akan aman dan sejahtera
hasil perpaduan tersebut lahirlah generasi berilmu, yang mampu menjadi contoh kepada
negara-negara yang lain. Keadaan ini menjadi tarikan kepada pelancong datang ke negara ini
seterusnya untuk menikmati keindahan negara kita dan keunikan budaya masyarakat di sini.
Masyarakat Malaysia yang bersatu juga melahirkan generasi muda yang berwibawa yang
mampu menjadi pemimpin yang berkaliber serta pekerja yang berdisiplin yang mampu
menangani segala bentuk masalah sosial dalam masyarakat seterusnya mengurangkan kadar
jenayah.
Pelbagai usaha perlu dilakukan supaya masyarakat sentiasa bersatu padu, contohnya
dengan mengadakan program rukun tetangga di sesebuah kawasan perumahan. Selain itu

8
aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua penduduk di sesebuah kawasan patut diadakan
dengan kerap mewujudkan semangat kerjasama dan saling membantu.

9
Soalan 2

Lihat poster di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.

10

-- KERTAS SOALAN TAMAT --

11
Jawapan
Bahagian A
1 C 2 B 3 B 4 B 5 B 6 A
7 C 8 C 9 C 10 B 11 C 12 C
13 C 14 A 15 D 16 A 17 A 18 D
19 B 20 C
Bahagian B
B1
kesalahan bahasa
i mini bajet- bajet mini
ii dari- daripada
kesalahan ejaan
i. ditepok – ditepuk
ii. defenisi – definisi
iii. satay – sate

B2

i) Perkara yang menggembirakan hati anak-anak ialah (2 isi sahaja)

-Melihat ibu sudah pulang.
-Bonda pulang bapa pun sampai, / ibu bapa pulang ke rumah bersama- sama
-Melihat bonda pulang lekas / ibu pulang ke rumah awal
-Mendapat baju dengan celana / mendapat hadiah/cenderamata

ii) Dua gaya bahasa (mesti disertakan contoh/ tiada contoh = 0m)
-aliterasi
-asonansi
-anafora
-kata ganda
-unsur alam

iii) Cara mewujudkan keluarga bahagia ( 2 isi)

-ahli keluarga sering berbincang dan berkongsi masalah
-setiap ahli keluarga memainkan peranan cth saling menasihati/menegur
-beriadah bersama-sama/bercuti/melakukan aktiviti bersama-sama

Novel

Isi = 6m
Bahasa = 4m
_______
10 m

12
7. NOVEL
Tema
Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran
dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar.
Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus
seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:
1. Jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran.
Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.
2. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.
Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat
datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.
3. Keberanian mengharungi rintangan
Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima
cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai
daya juang yang tinggi dan penyabar.
4. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan
Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang
yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula
sedar dan insaf dari kesalahannya.
5. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan
Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai
Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam
perjalanan.

Kriteria Markah Bahasa

Cemerlang
4 markah
Bahasa baik dan lancar Ayat gramatis Ejaan dan tanda baca yang betul

Baik
2 - 3 markah
Bahasa masih baik dan masih lancar Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat
kesalahan yang minimum Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum

Kurang memuaskan
1 markah
Bahasa tidak cekap Ayat tidak gramatis Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

Bahagian C

Ringkasan 1 isi = 2m maks = 10 m

kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid
Bahasa =5m
1 Sukan dapat meningkatkan disiplin murid 15 m
2 Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan
masa

13
dengan sewajarnya
3 sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental
4 berfikiran positif dan mempunyai keyakinan diri
5 aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk
berfikir
6 Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi
7 berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu
Pertandingan

Kriteria Markah Bahasa

Cemerlang
4-5 markah
Bahasa baik dan lancar Ayat gramatis Ejaan dan tanda baca yang betul

Baik
2 - 3 markah
Bahasa masih baik dan masih lancar Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat
kesalahan yang minimum Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum

Kurang memuaskan
1 markah
Bahasa tidak cekap Ayat tidak gramatis Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

Atau

Pemindahan maklumat

Tandalah seperti anda menanda ulasan iaitu mesti ada kesinambungan antara isi tersurat dan
tersirat

14

Anda mungkin juga menyukai