Anda di halaman 1dari 10

Jawab semua soalan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Sukan Untuk Kecemerlangan mengikut Dasar Sukan
Negara 1988?

A. Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan.


B. Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan kepada atlet
C. Sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat pertandingan
antarabangsa.
D. Untuk pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan anggota masyarakat.

2. Pertandingan Badminton Terbuka Malaysia menyaksikan 61 peserta menyertai kejohanan


tersebut. Berapakah bilangan peserta menunggu (bye) sekiranya pertandingan tersebut
menggunakan sistem kalah mati?

A. 2
B. 3
C. 4
D. 5

3. Dalam pertandingan bola sepak MSSM negeri Pahang, pasukan dari daerah Kuantan dan
daerah Maran menyarung warna jersi yang sama. Bagaimana kaedah yang betul untuk
menentukan pasukan mana yang perlu menukar jersi?

A. Melakukan undian bagi menentukan pasukan yang perlu menukar jersi


B. Pasukan yang mula-mula tercatat dalam jadual perlawanan pada hari tersebut perlu
menukar jersi.
C. Pasukan yang pertama sampai ke tempat pertandingan perlu menukar jersi.
D. Mengemukakan bantahan kepada pihak pengelola dengan jumlah wang bantahan yang
telah ditetapkan.

4. Roger Federer membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan dirinya untuk


mengurangkan kebimbangan yang dialaminya sewaktu hendak menghadapi lawan dalam
satu perlawanan tenis. Apakah teknik yang digunakan oleh beliau?

A. Terapi pernafasan
B. Pemusatan
C. Relaksasi
D. Visualisasi

5. Pilih situasi yang tepat untuk menggambarkan “keagresifan instrumental”


1
A. Seorang pemain hoki dengan sengaja memukul kaki lawan dengan kayu hoki kerana
dendam.
B. Seorang pemain bola keranjang merampas bola dari kawalan pemain lawan tanpa
melanggar peraturan.
C. Seorang atlet maraton menyiku pelari yang lain untuk menghalang pelari tersebut
memenangi perlumbaan.
D. Seorang peserta silat melakukan tendangan ke arah pihak lawan untuk mendapatkan
mata.

6. Jawatankuasa : Hadiah
Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tanjung Ara.

Bil Perkara Jumlah Catatan

1 Medal/hadiah RM 1500
2 Pengangkutan RM 60
3 Alat tulis RM 50
4 Piala Pusingan Sumbangan

Jumlah RM 161O

Rajah 1.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan penyataan pada Rajah 1 di atas?

A. Pelan tindakan
B. Senarai semak
C. Sumber kewangan
D. Anggaran perbelanjaan

7. Yang manakah merupakan kesan negatif penglibatan di dalam sukan?

A. Kualiti kepimpinan
B. Pembentukan watak
C. Semangat setiakawan
D. Keagresifan dalam sukan

8. Proses sosialisasi sukan berlaku menerusi 2 cara iaitu:

i. Sosialisasi ke dalam sukan


ii. Sosialisasi menerusi sukan
2
iii. Sosialisasi ke luar sukan
iv. Sosialisasi tanpa sukan

A. i dan ii B. i dan iii C. ii dan iv D. iii dan iv

Soalan 9 berdasarkan rajah 2 di bawah.

Aras Kimia Aras Sel X Aras Organ Y Aras Organisma

Rajah 2.

Rajah 2 menunjukkan aras pembentukan struktur manusia. Aras X dan Y adalah..

A. X = Aras Atom Y = Aras Molekul


B. X = Aras Tisu Y = Aras Sistem
C. X = Aras Atom Y = Aras Tisu
D. X = Aras Molekul Y = Aras Sistem

10. Berdasarkan acara sukan berikut, yang manakah menggunakan otot sentak cepat paling
banyak?

A. Maraton
B. 100 meter
C. Basikal lebuh raya
D. Menembak

11. Perlakuan manakah pada rajah di bawah merupakan lakuan penguncupan isometrik?

A B C D
12. Tisu berfiber yang menyambung 2 atau lebih tulang atau rawan yang bergerak. Pernyataan
tersebut tepat merujuk kepada..

A. Sendi
B. Tendon
3
C. Kartilej
D. Ligamen

13. Tubuh manusia mengandungi pelbagai jenis sendi. Di manakah letaknya sendi lesung?

A. Bahu
B. Siku
C. Lutut
D. Pergelangan tangan

14. Tulang berbentuk pipih, nipis dan melengkung. Berfungsi sebagai tempat lekatan otot-otot
dan melindungi organ di dalamnya. Apakah tulang berkaitan kenyataan tersebut.

A. Tulang radius
B. Tulang sternum
C. Tulang tarsal
D. Tulang vertebra

Rajah 3

15. Rajah 3 menunjukkan aksi fleksi otot lengan. Pilih pasangan yang sesuai bagi aksi tersebut.

Agonis Antagonis

A. Bisep Brakii Trisep Brakii


B. Trisep Brakii Bisep Brakii
C. Bisep Brakii Brakioradialis
D. Bisep Brakii Brakialis

16. Otot sinergis bermaksud..

A. Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama


B. Otot-otot yang bertindak berlawanan dengan otot penggerak utama
C. Otot-otot penggerak utama
D. Otot-otot utama yang menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus.
4
17. Pilih urutan yang betul mengenai perjalanan impuls dalam sistem saraf.

A. Reseptor – Saraf Sensori – Sistem Saraf Pusat – Saraf Sensori


B. Reseptor – Saraf Sensori – Saraf Motor – Sistem Saraf Pusat
C. Reseptor – Sistem Saraf Pusat – Saraf Motor – Saraf Sensori
D. Reseptor – Saraf Sensori – Sistem Saraf Pusat – Saraf Motor

18. Apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan fizikal

A. Keupayaan membentuk sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan.


B. Keupayaan menangani kehidupan seharian dan perasaan kendiri secara efektif.
C. Keupayaan berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup.
D. Keupayaan melakukan kerja harian serta mempunyai lebihan tenaga pada masa
kecemasan.

19. Antara komponen kecergasan berikut, yang manakah mempengaruhi keupayaan seseorang
pemain bola sepak menukar arah semasa menggelecek bola?

A. Kelajuan B. Ketangkasan
C. Masa respon D. Kuasa

20. Maklumat menunjukkan ujian kecergasan fizikal.

“Lompat menegak, lompat jauh berdiri dan lontaran bola keranjang ”.

Apakah komponen kecergasan yang diukur

A. Kelajuan B. Ketangkasan
C. Masa respon D. Kuasa

21. Yang manakah antara berikut BUKAN kesan bantuan ergogenik kepada seseorang atlet?

Jenis Kesan
A Kreatin Membantu menyimpan lebih ATP dalam sel otot
B Kopi Meningkatkan daya tahan aerobik
5
C Steroid Mengurangkan rasa gemuruh
D Tokokan karbohidrat Melambatkan kelesuan

22. Kira kadar nadi seorang atlet berumur 30 tahun yang ingin berlatih pada intensiti 80%.

A. 110 d.s.m B. 152 d.s.m C. 176 d.s.m D. 190 d.s.m

Rajah 5

23. Apakah komponen kecergasan fizikal yang diuji dalam aktiviti dalam Rajah 5 di atas?

A. Fleksibiliti B. Ketangkasan
C. Kekuatan Otot D. Daya Tahan Otot

24. Pilih penyataan yang SALAH mengenai sistem tenaga Aerobik.

A. Penghasilan sistem tenaga ini memerlukan kehadiran oksigen


B. Jumlah ATP yang dihasilkan sangat banyak dan tidak terhad
C. Dikenali sebagai sistem fosfogen kerana terdapat fosfokreatin dalam sel-sel otot.
D. Sumber tenaga bagi sistem ini diperoleh daripada karbohidrat dan lemak.

25. Antara berikut yang manakah paling tepat bagi nutrien essential

A. Nutrien yang diperlukan oleh badan dan boleh dihasilkan oleh badan
B. Nutrien yang diperlukan oleh badan tetapi terlalu sedikit dihasilkan atau tidak boleh
dihasilkan oleh badan.
C. Nutrien yang terdapat dalam makanan dan boleh dihasilkan oleh badan
D. Nutrien yang terdapat dalam makanan dan tidak boleh dihasilkan oleh badan

26. Berikut merupakan kaedah-kaedah latihan bagi meningkatkan kapasiti aerobik seseorang
KECUALI :

A. Latihan Fartlek
B. Latihan Jeda jarak jauh
C. Latihan Litar
6
D. Latihan Jarak Jauh Perlahan (LSD)

27. Proses pembahagian pelan latihan tahunan dibahagikan kepada beberapa fasa latihan
dikenali sebagai

A. Pelan Tahunan B. Fasa program latihan


C. Periodisasi D. LSD

28. Strok haba merupakan fenomena yang boleh berlaku secara tiba-tiba. Yang manakah
BUKAN ciri-ciri serangan fenomena ini?

A. Pengsan.
B. Suhu badan melebihi paras normal.
C. Berpeluh.
D. Kulit kering.

29. Yang manakah menerangkan tentang kecederaan dislokasi.

A. Seorang peninju mengalami kecederaan di kepala akibat ditumbuk pihak lawan.


B. Seorang peserta tarik tali cedera akibat hujung tulang humerusnya tercabut dari
lekatan.
C. Seorang pemain bola mengalami kecederaan pada ligamen akibat terjahan pemain
lawan.
D. Seorang peserta silat mengalami lebam akibat diasak oleh lawannya.

30. Seorang pemain ragbi tidak sedarkan diri akibat konkusi setelah dijatuhkan oleh pemain
lawan. Apakah bentuk bantu mula yang sesuai diaplikasikan oleh ahli pertolongan cemas
terhadap pemain tersebut?

A. TOTAPS B. DRABC
C. WATER D. RICE

31. Antara berikut, yang manakah menunjukkan pemindahan pembelajaran positif?

A. Kemahiran hantaran bola sepak -----------> kemahiran hantaran bola keranjang.


B. Kemahiran hantaran bola jaring -----------> kemahiran hantaran bola baling
C. Kemahiran pukulan tepat badminton -----------> kemahiran pukulan tepat tenis
D. Kemahiran menghantar bola hoki -----------> kemahiran menghantar bola sepak

7
32. Yang manakah merupakan aktiviti melibatkan kemahiran motor halus?

A. Memanah
B. Boling padang
C. Berlari
D. Menembak

33. Apakah peranan sistem persepsi dalam kawalan motor?

A. Mentafsir rangsangan yang ada dalam persekitaran


B. Mewujudkan rangsangan yang ada dalam persekitaran
C. Mengubah tafsiran rangsangan yang ada dalam persekitaran
D. Merealisasikan tafsiran rangsangan yang ada dalam persekitaran.

34. Faktor bunyi wisel, kelajuan bola atau pagar lompatan akan diproses dalam sistem biologi
sebelum menghasilkan pergerakan. Faktor-faktor tersebut dikenali sebagai..

A. Daya B. Gerakbalas C. Rangsangan D. Kinestetik

Perubahan Keupayaan Motor


1. Dari lahir hingga 2 tahun
2. Dari 2 tahun hingga 7 tahun
3. Dari 7 tahun hingga dewasa
4. Dari dewasa hingga tua

8
Jadual 1.

35. Jadual 1 menunjukkan peringkat-peringkat perubahan keupayaan motor dari lahir hingga
tua. Apakah jenis perubahan keupayaan motor yang berlaku di peringkat 4?

A. Keupayaan mengawal postur dan kebolehan melakukan penyerahan lokomotor


B. Pembinaan kemahiran motor spesifik daripada kemahiran asas yang diperolehi.
C. Kemuncak keupayaan prestasi motor dan kemampuan mempelajari kemahiran motor
baru
D. Kehilangan fungsi kawalan dari segi kualiti dan kuantiti pergerakan motor.

Rajah 6.

36. Rajah 6 menunjukkan seorang atlet terjunan melakukan satu pergerakan terjun. Apakah
sistem dominan yang berperanan membantu atlet tersebut mengetahui kedudukan anggota
badannya semasa di udara?

A. Sistem Somatosensori B. Sistem Vestibular


C. Sistem Visual D. Sistem Fokal

37. Dalam satu sesi latihan yang mengambil masa selama 2 jam, seorang jurulatih
membenarkan rehat selama 5 minit selepas setiap 20 minit latihan yang dijalankan. Apakah
kaedah praktis yang digunakan oleh jurulatih tersebut.

A. Praktis Massa B. Praktis Fizikal


C. Praktis Mental D. Praktis Agihan

38. Pilih penyataan yang BENAR mengenai tahap pencapaian motor model Fitts & Posner
(1957)

i. Tahap Kognitif Lisan merupakan peringkat permulaan atau peringkat yang paling
rendah.
ii. Tahap Asosiatif merupakan peringkat pertengahan dalam proses pembelajaran motor.
9
iii. Istilah lisan pada Tahap Kognitif Lisan merujuk kepada tafsiran atlet mengenai maksud
arahan yang diterima.
iv. Pada tahap autonomi atlet menghasilkan pergerakan kemahiran secara automatik dan
spontan.

A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv


C. i, iii dan iv D. ii, iii dan iv

39. Yang manakah merupakan ciri-ciri daya?

i. Linear
ii. Magnitud
iii. Arah
iv. Titik aplikasi

A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv


C. i, iii dan iv D. ii, iii dan iv

40. Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan seseorang adalah..

i. Jasad semakin stabil apabila kedudukan pusat graviti semakin rendah.


ii. Kestabilan bertambah jika tapak sokongan diluaskan.
iii. Jisim yang tinggi menjadikan jasad lebih stabil.
iv. Semakin kurang daya geseran pada tempat sentuhan akan menghasilkan situasi yang
lebih stabil.

A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv


C. i, iii dan iv D. ii, iii dan iv

-SOALAN TAMAT-

10

Anda mungkin juga menyukai