Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN KAWAD KAKI


FORMASI
2023

ANJURAN :

UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN LAHAT
1.0 PENGENALAN

Pertandingan Kawad Kaki Formasi bagi badan beruniform merupakan satu pertandingan
yang pertama kali dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan
Lahat. Pertandingan ini merupakan satu platform untuk murid membentuk disiplin diri
khususnya serta melahirkan murid yang mempunyai semangat kerjasama dan patuh
arahan umumnya.
Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis dalam
menghasilkan formasi dalam gerakan kawad kaki yang menonjolkan keseragaman dan
identiti sebuah badan beruniform.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan badan beruniform yang ditubuhkan


di dalam sekolah ini sahaja.

1. Pasukan perlu menyediakan kontinjen dengan sekurang-kurangnya 21 orang


platun dan 1 orang komandan atau ketua platun.
2. Pakaian pasukan perlu seragam sama ada berbaju T-shirt atau uniform lengkap.
3. Pasukan boleh menggabungkan platun lelaki dan perempuan dari tingkatan 1
hingga tingkatan 5.
4. Formasi yang dibuat perlulah menepati ruang kawad yang disediakan iaitu 35
meter x 25 meter (rujuk pelan)
5. Masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 12 minit. Pemberian
markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawad dan berdasarkan
persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari
padang kawad. Selepas 12 minit persembahan tidak dinilaidan markah tidak diberi.
6. Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman “BUKA BARISAN” sebelum
melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2 bahagian: Kawad Asas
dan Kawad Formasi.
7. Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului oleh
kawad asas.
8. Isyarat akan dibunyikan:
i. pada minit ke 10
ii. tamat masa

3.0 KAEDAH PENGHAKIMAN

a) Hakim terdiri daripada wakil dari barisan pentadbir sekolah.

b) Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah paling tinggi dan yang paling rendah
tidak diambil kira.

c) Sekiranya terdapat markah yang seri atau sama di antara pasukan, maka pihak
pentadbir berhak menentukan markah keseluruhan berdasarkan pencapaian
pasukan unit beruniform di dalam aktiviti anjuran sekolah dalam tahun semasa.

KAWAD ASAS

a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawad dalam 3 barisan berjalan,
dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua hakim.
(128 - 135 langkah seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan
akan ditolak 5 markah.
b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan…..kanan/kiri pusing. )
c) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan....................Gerak )
d) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus….....................pandang depan)
e) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor,
skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan.

f) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada pergerakan


berikut :
i) Bergerak ke kiri; kiri..........................pusing.
ii) Bergerak ke kanan ; belakang…pusing.
iii) Menghadap ke belakang ; kanan ...... pusing.
iv) Menghadap ke hadapan ; belakang ...... pusing.
v) Tutup barisan ...gerak
vi) Ke kanan, lurus. pandang depan.
g) Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan.......................Gerak)
h) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.................Kiri pusing).
i) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman
kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).
j) Hukuman ”tukar langkah perlahan” diberikan setelah platun melepasi kon D dan
sebelum kon A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit)

j) Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan
hukuman ”menghadap ke hadapan; kanan pusing” diberikan apabila anggota platun
selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang
melintasi para hakim.

k) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan


pergerakan berikut mengikut urutan:
i. Buka barisan
i. Pandang kanan
ii. Pandang depan
iv. Tutup barisan

l) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman ”bergerak ke kiri; kiri pusing”
diberikan.
m) Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah platun berada antara
kon C dan kon D.
n) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti dengan
pergerakan kawad mengikut urutan di bawah sehingga selesai (Rujuk Lampiran
Pelan Litar Pertandingan (3):

i. Hormat ke kanan, hormat


ii. Hormat ke hadapan hormat
iii. Tukar langkah semasa berjalan
iv. Hormat selaku terima sijil
v. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
vi. Bergerak ke kanan, belakang pusing
vii. Tukar langkah cepat, cepat jalan
viii. Bergerak ke kiri, belakang pusing
ix. Menghadap ke belakang, kiri pusing
x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
xi. Hentak kaki
xii. Henti
xiii. Mara mengadap
o) Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ).
(Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat… jalan).
p) Tamat bahagian kawad asas.

Catatan:

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua
platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri
semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).
2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa
keseluruhan Kawad Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke
padang kawad dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya.
3. Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5
markah.

4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa


membuat persembahan.
5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.

PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI

a) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan


membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing- masing.

b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau
‘pssss’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan (hentak kaki)
formasi dari ketua platun sahaja.

c) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi
hukuman/arahan kawad formasi.

d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi.

e) Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 2 formasi yang berlainan.


(Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan pergerakan ke kanan
lurus. [Pindaan 2023]
f) Pergerakan selain daripada kawad (contoh silat, tatu dll) dibenarkan tetapi tidak
melebihi 5 pergerakan.

g) Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur tabik
yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau dengan sebelah
kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.

h) Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut :


i) Keluar kawasan
ii) Memberi isyarat dll.

MELAPOR KELUAR

Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad. ( Bahasa hukuman :
Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran meneruskan tugas… tuan. )
PELAN LITAR PERTANDINGAN KAWAD 1)

Kon 16 inci Kon 16 inci


35M

7M 9M 7M

D Kon 6 C Kon 6 inci


5M
inci
E Kon Hijau
5M Kon 16 inci
KETUA
25m HAKIM
Kon 16
inci
7M PELAN
LITAR
A Kun 6 B Kon 6 inci
5M inci
4.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

PENAUNG : PUAN NORANIDA BINTI AHMAD


Pengetua SMK Lahat

PENASIHAT : NORELAWATI BINTI JAWAHIR


Penolong Kanan Kokurikulum

PENYELARAS : WAN NAZRINA BINTI WAN NAWAWI


PERTANDINGAN Setiausaha Kokurikulum

AJK : Semua Guru Penasihat

PASUKAN BERUNIFOM PENASIHAT


NOOR ADIBAH BT MD AKHIR(K)
NOR SHAZLIANA ASYRAF BT ISHAK
PENGAKAP
REVATHI A/P GHANESAN
AHMAD MUZZAFAR SHAH RAMADZAN B. M. ARIF
HALIMATUN SAADIAH BT ABDUL RAHMAN((K)
AZIRA BT GHAZALI
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
A. VICTORIA MARY @ RANI A/P ANTHONISAMY
MASITA BT MUSLIM
MOHAMMAD FIRDAUS B. MOHAMAD YUSOFF(K)
IKMAL HISHAM B. KAMARUDIN
KADET REMAJA SEKOLAH
NURUL AZNIDA BT AWANG
ZARINA BT OTHMAN
NUR ATIQAH BT ZAKARIA(K)
TEOH SIM MOY
PANDU PUTERI
SURIA NOR BT SHAHARUDIN
HASLIYANI BT BAHARUM
NORHALIZA BT AHMAD(K)
PERGERAKAN PUTERI ISLAM
NURHAFIZAH BT ABDULLAH
MALAYSIA
NORHAZLITA BT AHMAD KAMAL
ZALEHA BT ABDUL RAHMAN
NOOR HASHILA BT ZAINAL MOKHTAR(K)
KADET BOMBA DAN NUR AISYAH BT MHD NOOR ASMARA
PENYELAMAT MOHAMAD HAFIZ B. ABDUL SAMAD
NAZATUL SAHIDA BT SAHAK
NURUL SYARMIZA BT MAJIB(K)
REZA B. MOHAMAD
KADET POLIS
KHOLIJAH BT MOHAMAD NOOR
MOHAMAD HAZWAN FAIZ B. MOHAMAD YUSOFF
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

KO
BIL PERKARA S JUMLAH SUMBER
RM
HADIAH PEMENANG:
1
JOHAN
BANTUAN
NAIB JOHAN KOKURIKULUM
TEMPAT KETIGA

JUMLAH 0.00

9.0 SUMBER
Bantuan Kokurikulum :
RM 00.00 (RINGGIT MALAYSIA SAHAJA)

6.0 PENUTUP

Diharapkan usaha ini dapat memberi satu impak yang besar dalam membentuk
sahsiah murid dan meningkatkan tahap disiplin diri yang tinggi dalam diri murid-murid
SMK Lahat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....……………………………......... ................................................
(WAN NAZRINA BINTI WAN NAWAWI) (NORANIDA BINTI AHMAD)
Penyelaras/ Setiausaha Kokurikulum Pengetua,
SMK Lahat SMK Lahat

Anda mungkin juga menyukai