Anda di halaman 1dari 1

KAWAD ASAS (STATIK)

6.4 KAWAD ASAS


a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawad dalam 3 barisan
berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua
hakim. (128 - 135 langkah seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang daripada
yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.

b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...........kanan/kiri
pusing. )

c) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan.Gerak )

d) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus.pandang depan)

e) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun
melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan.

( Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L4 ....... siap untuk diuji,
tuan)

f) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada pergerakan
berikut :
i) Ke kanan lurus.. Pandang depan.
ii) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.
iii) Bergerak ke kanan ; belakangpusing.
iv) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.
v) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.

g) Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan.Gerak)

h) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).

Anda mungkin juga menyukai