Anda di halaman 1dari 2

BAHASA HUKUMAN

Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman pasukan pengakap.

7.1 Kawad Asas


 Platun akan dibawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan
dalam masa cepat jalan dan berhenti dihadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. Kadar berjalan
ialah 128-135 langkah seminit.Kelajuan yang berlebih atau kurang akan dikenakan penalti.

 Menghadap kehadapan. Bahasa hukuman “ menghadap kehadapan, kanan…… pusing”.


(Ketua platun dan platunnya akan menghadap kehadapan bersama-sama)

 Buka barisan. Bahasa hukumannya,”buka, barisan……gerak”

 Luruskan barisan. Bahasa hukuman,”ke kanan……lurus”.(Setiap hukuman diberi, ketua platun


akan berpusing menghadap platunnya)
“Pandang …….depan”.
 Melapor. Ketua platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad
dalam keadaan sedia dan buka barisan.bahasa hukuman ketika melapor ialah
“Assalamualaikum/Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan P1 siap untuk diuji tuan”

 Melakukan kawad statik dalam keadaan buka barisan. Platun diwajibkan melakukan semua
pergerakan kawad statik mengikut urutan seperti berikut:

 Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman,” bergerak ke kiri, kiri……pusing”.

 Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman ,” Bergerak ke kanan, ke belakang ….pusing”.

 Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman,”menghadap ke belakang, kanan…. Pusing”

 Menghadap kehadapan. Bahasa hukuman,”menghadap ke hadapan, ke belakang…. Pusing”.

7.2 Kawad Dinamik


 Hukuman tutup barisan diberikan selepas selesai kawad asas. Bahasa hukumannya,”tutup
barisan….gerak”

 Selepas itu hukuman kekanan lurus dan pandang depan diberikan. Arahan, “Ke kanan… lurus”
dan “Pandang….depan”.

 Bergerak ke kiri diberikan ( untuk memulakan kawad dinamik) Bahasa hukuman,”bergerak ke


kiri, ke kiri…….pusing.

 Cepat jalan. Bahasa hukuman , “ Dari kiri, cepat …jalan”.


 Bergerak ke kanan semasa berjalan. Bahasa hukuman,” bergerak ke kanan , ke belakang
pusing”.

 Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman,” tukar langkah semasa berjalan,tukar
langkah, tukar langkah,tukar langkah, maju”.

 Hormat ke hadapan. Bahasa Hukuman, “ Hormat kehadapan …Hormat”.

 Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman,” Tukar langkah perlahan, perlahan… jalan”.

 Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman,” Tukar langkah cepat jalan, cepat.. jalan”.

 Hormat selaku terima sijil.Bahasa hukuman,” Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan ….
Hormat”.

 Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman ,”menghadap kebelakang , ke kiri ….pusing

 Menghadap ke hadapan. Bahasa Hukuman,” menghadap ke hadapan, belakang…. Pusing”.

 Hentak Kaki. Bahasa Hukuman,” Hentak…kaki”.

 Henti. Bahasa hukuman, “ skuad….. henti”.

 Mara mengadap. Bahasa hukuman,” skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan”.
( Ketua platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap.

7.3 Melapor keluar


 Ketua platun melapor keluar litar kawad kaki, Bahasa malapor keluar “
Assalamualaikum/Salam Sejahtera , Tuan, pasukan P1 telah siap diuji. Mohon kebenaran
menjalankan tugas seterusnya tuan”.

 “Terima Kasih , Tuan”

 Ketua Platun akan memberi arahan bergerak ke kiri untuk keluar dari litar pertandingan kawad
kaki. Bahasa Hukuman ,” Bergerak ke kiri, kekiri ……pusing”.

 “Dari kiri,….cepat jalan”, “Skuad ….. Henti” dan “ Bersurai”.

Anda mungkin juga menyukai