Anda di halaman 1dari 2

SENARAI ARAHAN PERGERAKAN KAWAD KAKI

KAWAD ASAS

1. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan,
berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua
Hakim. Kadar berjalan ialah 120 - 128 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau
kurang akan ditolak 5 markah pasukan.
.
2. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “ menghadap ke hadapan,
kanan....pusing”

3. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “ menghadap ke hadapan,


belakang pusing”

4. Buka barisan. Bahasa hukumannya “buka, barisan......gerak”

5. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya “ke kanan....lurus” , “Pandang......depan”

Melapor

Ketua Platun melapor “ siap untuk diuji” kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun
melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman
ketika melapor, contoh : -

Assalamulaikum selamat sejahtera tuan, Platun 03 siap untuk diuji tuan,


terima kasih tuan. Selepas melapor, tutup barisan. Bahasa hukumannya, “tutup
barisan.......gerak”
Kawad Statik

1. Memulakan kawad statik selepas tutup barisan. Platun diwajib melakukan semua
pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan tersebut : -

i. Ke kanan urus. Bahasa hukuman “ke kanan...lurus, pandang....depan”


ii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”
iii. Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman “bergerak ke kanan, kanan..pusing”
iv. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman “menghadap ke belakang”
v. Keluar baris. Bahasa hukuman “baris / skuad..keluar baris”, selepas 3 langkah baru
boleh jalan biasa

Anda mungkin juga menyukai