Anda di halaman 1dari 2

6.

BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :

Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman pasukan Pengakap.
6.1 Kawad Asas :

a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam
masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 120-
130 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan dikenakan penalti.

b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan, kanan/ kiri....pusing”.

c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.

d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang......depan”.

e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan
berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor ialah
“Assalamulaikum/ Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan (L1 / P1 ) siap untuk diuji, tuan”.

f. Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun diwajib melakukan semua
pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:

i. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”.


ii. Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, belakang pusing”
iii. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman : “menghadap ke belakang, kanan....pusing”.
iv. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman : “ menghadap ke hadapan, ke belakang pusing “.
g. Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas selesai kawad statik. Bahasa hukumannya, “tutup
barisan.......gerak”.
h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberikan.
i. Hukuman bergerak ke kiri diberi (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak
ke kiri, kiri......pusing”.
j. Hukuman “dari kiri cepat jalan” diberikan.
k. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’.
l. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”.
m. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa berjalan, tukar
langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.
n. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil, hormat ke
hadapan.......hormat”.
o. Tukar Langkah perlahan, Bahasa hukuman: “Tukar Langkah perlahan, perlahan…..jalan”
p. Pusing ke belakang semasa perlahan jalan, Bahasa hukuman: Bergerak ke kanan,
belakang…..pusing”
q. Tukar Langkah cepat, Bahasa hukuman: “Tukar Langkah cepat, cepat jalan”
r. Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
s. Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.
t. Menghadap ke hadapan, Bahasa hukuman, menghadap ke hadapan, kiri…pusing”
u. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberikan.
v. Ketua Platun melapor sebelum keluar litar kawad. Bahasa melapor keluar ialah “
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, (L1 / P1) telah selesai diuji. Mohon kebenaran
menjalankan tugas seterusnya, tuan “
w. Selesai melapor, Ketua Platun memberikan arahan, Bergerak ke kiri/ kanan pusing,… arahan
dari kanan/ kiri, cepat jalan…Ketua platun membawa platun keluar dari gelanggang,…memberikan
arahan menghadap ke hadapan, kiri/ kanan pusing dan memberikan arahan keluar baris.
x. Tamat
Peringatan :
1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali hukuman Ketua Platun sahaja.
(contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri).

2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa
keseluruhan kawad statik di tengah-tengah antara kon A dan B. Semasa kawad dinamik pula, Ketua
Platun yang bergerak bersama platun akan dikenakan penalti. Penalti juga diberi jika platun berada
di luar litar sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berdiri
berhampiran kon A atau B

Anda mungkin juga menyukai