Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sejarah kawad bermula sejak kehadiran tentera tentera asing di Tanah Melayu pada awal kurun ke 14 . Kehadiran tentera Portugis yang Berjaya mengalahkan tentera Melaka pada tahun 1511 dilihat sebagai satu pasukan tentera yang berdisiplin , patuh kepada arahan ketua , sistematik mengatur strategi dan seragam . Kehadiran tentera Inggeris di Pulau Pinang pada tahun tahun 1700 an dan di Singapura pada tahun tahun 1800 an juga dilihat sebagai satu titik tolak kepada perkembangan kawad . Walaupun tentera tentera Inggeris pada masa itu sebahagian besarnya adalah tentera tentera upahan dari India , namun corak dan cara disiplin yang ditunjukkan menunjukkan mereka adalah pasukan yang mantap dan setia kepada tuannya . Penubuhan awal pasukan pasukan uniform di Malaysia seperti Home Guard , Pasukan Simpanan (Teritory Army) , Rejimen Askar Melayu , pasukan laut dan udara serta pasukan uniform bukan tentera seperti Pengakap (Scout) , Pasukan Palang Merah (Red Cross) , St John Ambulance dan sebagainya telah menyemarakkan aktiviti kawad di negara ini . Pertandingan kawad kaki telah menjadi kelaziman atau rutin dalam pasukan uniform yang memaparkan kehebatan , kepakaran , keunikan , keseragaman dan paling penting sebagai identiti pasukan . Pada masa kini terdapat tiga kumpulan kawad pasukan uniform di sekolah iaitu dinaungi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia , badan badan kerajaan (GO) dan badan badan bukan kerajaan (NGO) . Usaha menyelaraskan aktiviti kawad khususnya yang berkaitan dengan pertandingan kawad kaki telah dilakukan . Walaupun terdapat kelainan dari aspek gerakan kawad namun usaha usaha seperti membentuk sistem pertandingan atau format pertandingan yang selaras telah dilakukan . Tujuan Kawad : 1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia (menerima arahan dan menjalankan arahan tersebut) . 2. Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu kumpulan . 3. Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib di dalam pasukan , asas dan perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali kali . 4. Apabila kawad hendaklah diterangkan sebab sebab berkawad itu , berkawad sangat sangat dikehendaki oleh pasukan , bukanlah sebagai hukuman atau mendera tetapi untuk membina tatatertib serta darjat sesuatu pasukan itu . Unit Kawad dan Disiplin berfungsi sebagai unit yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan tetap dan peraturan peraturan lain , yang dikeluarkan keatas para pelajar dari masa ke semasa dengan harapan para pelajar , memiliki kualiti disiplin yang tinggi dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada bangsa dan negara .
Unit ini juga bertanggungjawab untuk melatih para pelajar berkawad yang berdasarkan kepada konsep seperti berikut : Kepatuhan dan hormat kepada pemimpin . Kerjasama dalam pasukan untuk membentuk keseragaman perlakuan dan tindakan .
Unit ini juga bergerak sebagai pemantau bagi setiap aktiviti dalaman dan luar institut serta berusaha untuk melahirkan pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi .
7. Langkah sebelah Satu / Dua / Tiga Langkah ke kanan / kiri Gerak ! 8. Hentak kaki Hentak kaki Cepat ! . Untuk menghentikan platun dari hentak kaki , bahasa hukumnannya : Baris Henti ! 9. Buka / Tutup barisan Buka / Tutup barisan Gerak ! 10. Luruskan barisan Ke kanan Lurus ! . Apabila semua anggota dalam platun telah siap melakukan pergerakan meluruskan barisan , berikan pula bahasa hukuman kawad Pandang Depan ! 11. Hormat ke hadapan Hormat , hormat ke hadapan Hormat !
1.13 Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C , platun di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan : i. ii. iii. iv. Buka barisan (dalam perlahan jalan) Pandang Kanan (dalam perlahan jalan) Pandang Depan (dalam perlahan jalan) Tutup barisan (dalam perlahan jalan)
1.14 Sebaik sahaja melintas garisan kon B dan kon C , hukuman bergerak ke kiri ke kiri Pusing ! diberikan . 1.15 Hukuman tukar langkah cepat , cepat jalan diberi setelah skuad berada antara kon C dan kon D . 1.16 Skuad akan berjalan sehingga ke kon D , hukuman kiri belok diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman kiri belok diberikan . Selepas melintasi kon E , skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. Hormat ke kanan . Bahasa hukuman : Hormat ke kanan Hormat ! Hormat ke hadapan . Bahasa hukuman : Hormat ke hapadan Hormat ! Tukar langkah semasa berjalan . Bahasa hukuman : Tukar langkah semasa berjalan , tukar langkah 3x , Maju Hormat selaku terima sijil . Bahasa hukuman : Hormat selaku terina sijil , hormat kehadapan Hormat ! Tukar langkah perlahan . Bahasa hukuman : Tukar langkah perlahan , perlahan Jalan ! Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan . Bahasa hukuman : Bergerak ke kanan , ke belakang Pusing ! Tukar langkah cepat jalan . Bahasa hukuman : Tukar langkah cepat , cepat jalan Bergerak ke kiri . Bahasa hukuman : Bergerak ke kiri , ke belakang Pusing ! Menghadap ke belakang . Bahasa hukuman : Menghadap ke belakang , ke kiri Pusing ! Menghadap ke hadapan . Bahasa hukuman : Menghadap ke hadapan , ke belakang Pusing! (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus) Hentak kaki . Bahasa hukuman : Hentak kaki Henti . Bahasa hukuman : Skuad Henti ! Mara menghadap . Bahasa hukuman : Skuad akan mara menghadap , dari tengah , cepat jalan . (Ketua Platun akan bersama sama skuad ketika mara menghadap)
Peringatan : 1. Semasa kawad asas , tidak ada suara dari anggota platun , kecuali hukuman Ketua Platun sahaja . (contoh : anggota menyebut kiraan masa ; kiri , kanan , kiri) 2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan kepada secara statik dan menghadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah tengah antara kon A dan B . Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti . Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berhampiran kon A dan B . Semasa mara menghadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara menghadap bersama platunnya. 3. Semasa membuat persembahan kawad asas atau formasi , pasukan tidak dibenarkan membawa alatan . 2. Pergerakan Membentuk Formasi i. Sebaik sahaja tamat mara menghadap , platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti masing masing . Kon kan dikeluarkan oleh petugas sebaik sahaja Kawad Dinamik selesai . ii. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki , up atau pass bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi . iii. Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi keempat (ketika platun berbaris bertiga tiga menghadap hadapan sebelum melapor) . iv. Ketua platun boleh masuk menyertai kawad formasi . Ketua Platun yang tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik . v. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi yang berlainan . Formasi yang diulang akan dikira satu formasi . vi. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3 barisan menghadap ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad formasi . Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan. NOTA : Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan kawad . 3. Melapor Keluar Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar kawad . Bahasa melapor keluar ialah Assalamualaikum / Salam Sejahtera Tuan (Pasukan PKBM , Pengakap , dsb) telah selesai diuji . Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya , tuan
8. Tatang Senjata Tatang Senjata ! 9. Jajar Senjata Jajar Senjata ! 10. Bimbit Senjata Bimbit Senjata ! 11. Julang Senjata Julang Senjata !
1.9.Julang senjata dari rusuk senjata . Bahasa hukumannya : Julang Senjata ! .Dalam pergerakan ini , Keua Platun akan memberi arahan Gempur Wira! sebanyak 3x . 1.10Melapor keluar Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar kawad . Bahasa melapor keluar ialah Assalamualaikum / Salam Sejahtera Tuan (Pasukan PKBM , Pengakap , dsb) telah selesai diuji . Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya , tuan Peringatan : 1. Semasa kawad senjata , tidak ada suara dari anggota platun , kecuali hukuman Ketua Platun sahaja . (contoh : anggota menyebut kiraan masa ; satu , dua , tiga) 2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan kepada secara statik dan menghadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah tengah antara kon A dan B . Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti . Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berhampiran kon A dan B . Semasa mara menghadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara menghadap bersama platunnya.
SEDIA
SENANG DIRI
REHATKAN DIRI
PUSING KE KANAN
PUSING KE KIRI
HADAPAN LURUS
KE KANAN LURUS
PUSING KE BELAKANG