Anda di halaman 1dari 3

PENGKALAN HUTAN

1. Pendahuluan :

1.1 Pengkalan hutan (hovering) ialah tempat tinggal satu-satu kumpulan seperti
troop dan sebagainya di dalam hutan. Keadaannya mestilah selamat, terkawal dan mempunyai
kedudukan di dalam pertahanan keliling. Di dalam satu-satu gerakan samada di dalam ataupun
di luar negeri kemungkinan kita akan membuat pengkalan samada secara sementara ataupun
tetap. Oleh yang demikian kita patut tahu cara dan teknik untuk membuat pengkalan hutan.

2. Jenis- Jenis Pengkalan Hutan :

2.1 Jenis-jenis perngkalan hutan adalah seperti berikut :

2.1.1 Pengkalan Sementara : Untuk diduduki sementara, misalnya untuk


berhenti atau bermalam sementara.

2.1.2 Pengkalan Tetap : Untuk diduduki lebih dari satu malam dan
menjalankan gerakan yang lama dari pengkalan tersebut. Pengkalan tersebut
boleh dibuat dalam bentuk-bentuk berikut :

2.1.2.1 Bulat
2.1.2.2 Tiga Segi

3. Memilih Tempat :

3.1 Keselamatan
3.2 Terlindung
3.3 Keperluan air
3.4 Memenuhi kehendak gerakan
3.5 Perhubungan
3.6 Kesenangan melaksanakan rondaan
3.7 Tempat yang selesa
3.8 Senang di pertahankan

4. Kawad Menduduki Pengkalan :

4.1 Tinjauan
4.2 Menduduki pengkalan
4.3 Pemeriksaan perimeter
4.4 Ronda pembersihan
4.5 Pengawal
4.6 Kerja biasa
4.7 Siap sedia
5. Kumpulan Tinjau :

5.1 Ketua troop


5.2 Kumpulan tinjau seksyen hadapan
5.3 Semua ketua seksyen
5.4 Pesuruh/jururadio

6. Menduduki Pengkalan :

6.1 Pergerakan masuk mestilah berbentuk kolum dalam satu barisan.


6.2 Ketua seksyen mestilah mengaturkan anggotanya.
6.3 Semua seksyen akan membuat pemeriksaan untuk menentukan kedudukan
perlindungan, lekuk tembakan dan berjaga-jaga. Pek masih lagi dipakai.

7. Pemeriksaan Perimeter :

7.1 Apabila semua anggota telah berada dalam kedudukan, ketua seksyen akan
melapor kepada ketua trup.
7.2 Seterusnya ketua seksyen membuat pemeriksaan kawasan.
7.3 Pemeriksaan bertujuan untuk menentukan kedudukan tiap-tiap anggota dan
kumpulan dapat saling membantu di antara satu sama lain.

8. Ronda Pembersihan :

8.1 Dilakukan untuk menentukan keselamatan pengkalan.


8.2 Setelah membuat pemeriksaan, ketua trup akan memberi isyarat untuk membuat
ronda pembersihan.
8.3 Jarak ronda pembersihan di buat pada jarak 100 meter atau di jarak
pendengaran dari pengkalan, bergantung kepada keadaan hutan dan tanah.
8.4 Butir-butir berkenaan tanah, musuh, denai atau jalan, tanah mati, air dan lain-lain
mestilah diberitahu kepada ketua trup. Segala maklumat semasa ronda
pembersihan diambil dan dilaporkan kepada ketua platun. Maklumat tersebut
penting untuk menjamin keselamatan pengkalan.
8.5 Setelah semua kumpulan ronda pembersihan telah masuk, ketua trup akan
memberi isyarat supaya pengawal ditempatkan.

9. Pengawal :

9.1 Ketua seksyen, penolongnya dan seorang anggota akan keluar melalui untuk
meletakkan pengawal pada jarak 80 hingga 100 meter atau jarak pendengaran.
9.2 Pengawal mestilah dalam keadaan sihat. Pandangan dan pendengarannya
mestilah baik di jarak 80 hingga 100 meter.
9.3 Penempatan pengawal mestilah terlindung dari pandangan musuh dan
perlindungan mestilah boleh bertahan dari serangan.
9.3 Tali perhubungan direntangkan.
9.4 Setelah selesai, isyarat akan diberikan untuk kerja rutin dimulakan.

Anda mungkin juga menyukai