Anda di halaman 1dari 8

ARAHAN TETAP KETUA PENGARAH BERKAITAN KESELAMATAN DALAM

LATIHAN MENGIKUT JENIS LATIHAN DAN KADAR RISIKO

1. UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK RELA (UKMR)

1.1 SEBELUM

1.1.1 Urusan dokumentasi kepada:

- Ketua Pengarah RELA Malaysia

- Ketua Polis Negeri

1.1.2 Lapang Sasar hendaklah berada dalam keadaan baik dan selamat

1.1.3 Medical /Kecemasan

- ‘First Aid Kit’ di sediakan sepanjang tempoh latihan

1.1.4 Setiap penembak hendaklah dibekalkan dengan ‘Ear Plug’ dan


‘Goggle’.

1.1.5 Latihan boleh diteruskan jika cuaca hujan gerimis, manakala latihan
perlu diberhentikan sekiranya hujan lebat beserta petir .

1.1.6 Nisbah penembak dan pengasuh adalah (2:1) sekurang-kurangnya.

1.2 SEMASA

1.2.1 Pistol Jenis Glock

Keselamatan Peluru:

1. Ukuran peluru 9mm


2. Tentukan peluru tidak berketuk, kemek atau berkarat.
3. Tentukan peluru tidak terjemur di panas matahari dan pada
keseluruhannya peluru adalah dalam keadaan baik.

Menembak:
1. Mendapat arahan dari Pegawai tapak tembak “detail ketapak
tembak Gerak”. penembak jalan ke hadapan ke meja/stand.
2. Kata perintah ;satu kelopak 10 Butir isi peluru.Angkat pistol
masukan kelopak dan tentukan laras pistol menghala kehadapan.
“Sedia..” , Pcekah senjata/tarik slide dengan tangan kiri.Apabila
dapat kata perintah kesasaran masing-masing masa sendiri siap
tembak.
3. Bawa pistol ketengah-tengah badan dan arahkan laras ke
sasaran.
4. Kedudukan kaki dalam kedudukan senang diri, badan condongkan
sedikit ke hadapan.
5. Selesai sahaja menembak (peluru habis) pistol masih lagi
menghala ke hadapan sasaran, kemudian tanggalkan
kelopak/magazine, kemudian buat langkah keselamatan dengan
mencekah/tarik slide dan tarik picu, bila selamat letakkan pistol di
meja /stand. Tunggu arahan seterusnya dari pegawai tapak
tembak.

1.2.2 Short Gun Harrington 12 Bore

Keselamatan Peluru:

1. Ukuran atau jenis peluru OOB


2. Tentukan peluru tidak berketuk, kemek atau berkarat.
3. Tentukan peluru tidak terjemur di panas matahari dan pada
keseluruhannya peluru adalah dalam keadaan baik.

Menembak

4. Mendapat arahan dari Pegawai tapak tembak “detail ketapak


tembak Gerak” penembak jalan ke hadapan ke meja/stand.
5. Arahan dalam kedudukan “Melutut” angkat senjata,3 butir sebutir
sebutir isi peluru. (kedudukan senjata dalam keadaan pacak)
6. Arahan “Sedia..” penembak naikkan senjata ke bahu dan tarik
pengetuk. (laras sentiasa ke hadapan dan jari di luar rumah picu)
7. Perintah, “Sasaran hadapan siap tembak…
** Sekiranya senjata mengalami masalah, penembak perlu
mengangkat tangan bagi tujuan bantuan pengasuh
** Selesai sahaja menembak penembak perlu menekan pengkunci
badan bagi tujuan patahkan senjata, pastikan laras kosong,
letakkan senjata di atas meja dan berdiri 2 langkah di belakang
senjata. Tunggu arahan seterusnya dari pegawai tapak tembak.

1.2.2 Senjata Colt M16

Keselamatan Peluru:

1. Ukuran atau jenis peluru 5.56 MM


2. Tentukan peluru tidak berketuk, kemek atau berkarat.
3. Tentukan peluru tidak terjemur di panas matahari dan
pada
keseluruhannya peluru adalah dalam keadaan baik.

Menembak

4. Mendapat arahan dari Pegawai tapak tembak “detail ketapak


tembak Gerak” penembak jalan ke hadapan dan berhenti di
belakang senjata.
5. Arahan dalam kedudukan “Melutut” angkat senjata, 1 kelopak 5
butir isi peluru. Arahan “Sedia..” penembak naikkan senjata ke
bahu dan cekah senjata. (laras sentiasa ke hadapan dan jari di luar
rumah picu)
Perintah, “Sasaran hadapan masa sendiri siap tembak…

** Sekiranya senjata mengalami masalah, penembak perlu


mengangkat tangan bagi tujuan bantuan pengasuh
** Selesai sahaja menembak penembak perlu menekan pengunci
rumah kelopak bagi tujuan mengeluarkan kelopak dari senjata dan
cekah 2-3 kali dan sangkut, perhati dalam kurung dan tentukan
laras kosong, kata perintah seterusnya lepaskan spring, penembak
perlu tepuk pelepas alat kerja dan tarik picu dan tutup liang buang.
Tunggu arahan seterusnya dari pegawai tapak tembak.

1.2.3 Senjata Pump Gun


Keselamatan Peluru:

6. Ukuran atau jenis peluru OOB


7. Tentukan peluru tidak berketuk, kemek atau berkarat.
8. Tentukan peluru tidak terjemur di panas matahari dan
pada
keseluruhannya peluru adalah dalam keadaan baik.

Menembak

8. Mendapat arahan dari Pegawai tapak tembak “detail ketapak


tembak Gerak” penembak jalan ke hadapan ke meja/ stand.
9. Kata perintah dalam kedudukan “Melutut” 5 butir isi peluru angkat
senjata dan kalihkan senjata ke atas dan tolak pencekah ke atas,
sebutir sebutir isi peluru. (kedudukan senjata dalam keadaan
pacak)
10. Arahan “Sedia..” penembak perlu pam pengadang tangan
dari atas ke bawah dan ke atas semula dan naikkan senjata ke
bahu (laras sentiasa ke hadapan dan jari di luar rumah picu dan
pastikan kunci selamat berada dalam warna merah)
11. Perintah, “Sasaran hadapan siap tembak masa sendiri siap
tembak

** Sekiranya senjata mengalami masalah, penembak perlu


mengangkat tangan bagi tujuan bantuan pengasuh
** selesai menembak pastikan pam penghadang tangan 2/3 kali
dalam keadaan selamat dan pastikan pengadang dalam
keadaan di bawah
2. MERENTAS HALANGAN

2.1 LOKASI / TEMPAT LATIHAN

- Setiap halangan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk


digunakan
- Memastikan setiap halangan di selenggara mengikut jadual

2.2 MEDICAL/KECEMASAN

- “First Aid Kit”di sediakan sepanjang tempoh latihan


- Hendaklah mempunyai satu kenderaan bagi tujuan kecemasan

2.3 MARSHALL

- Telah menghadiri Kursus Asas RELA


- Sihat fizikal dan mental
- Sekurang-kurangnya 1 halangan 1 marshall (1:1)
- Penyertaan marshall mestilah terdiri daripada lelaki dan perempuan

2.4 PELATIH / PESERTA

- Sihat tubuh badan (Mental dan fizikal)

2.5 LOGISTIK

- Alat perhubungan di antara marshall hendaklah dibekalkan (Walkie


Talkie)

2.6 CUACA / KEADAAN SEKELILING

- Hujan renyai / gerimis: Latihan diteruskan


- Hujan lebat tanpa petir/ petir: Latihan ditangguhkan
3. JALAN LAJU 5 KM / 10 KM

3.1 LOKASI / TEMPAT LATIHAN


- Jalan yang dilalui mestilah sesuai dan selamat

3.2 MARSHALL
- Telah menghadiri Kursus Asas RELA
- Marshall peronda untuk 5KM mestilah 3 orang atau lebih.
- Rondaan dibuat secara ulang alik
- Penyertaan marshall mestilah terdiri daripada lelaki dan perempuan
- sentiasa memakai luminous vest
- alat perhubungan dibekalkan (walkie talkie)
- sentiasa memakai helmet semasa membuat rondaan bermotor

3.3 PESERTA
- Sihat tubuh badan (Fizikal dan mental)
- Perlu membawa 2x bendera merah setiap sindiket

3.4 MEDICAL/KECEMASAN
- “First Aid Kit disediakan sepanjang tempoh latihan
- Hendaklah mempunyai kenderaan bagi tujuan kecemasan iaitu 1 buah
ambulans dan 1 buah kenderaan jabatan (sekurang-kurangnya)

3.5 CHECKPOINT
- Perlu membekalkan makanan dan minuman
- Mempunyai First Aid Kit
- Jarak checkpoint ke checkpoint mestilah sekurang-kurangnya 2KM

3.6 KEADAAN CUACA / KEADAAN SEKELILING


- Hujan renyai / gerimis: Latihan boleh diteruskan
- Hujan lebat tanpa petir/ petir: Latihan perlu ditangguhkan

4. PHYSICAL TRAINING (PT)

4.1 LOKASI / TEMPAT LATIHAN


- Mengikut kesesuaian latihan
- Boleh dilakukan dalam dewan dan lain-lain tempat sekiranya perlu
(mengikut kesesuaian jenis latihan)

4.2 JURULATIH
- Mahir dan berpengalaman
- Telah menghadiri Kursus Asas RELA
- Telah menghadiri apa-apa jenis kursus berkaitan latihan fizikal.
(Sains sukan/ Kursus kecergasan)

4.3 MEDICAL / KECEMASAN


- “First Aid Kit’di sediakan sepanjang tempoh latihan
- Hendaklah mempunyai satu kenderaan jabatan bagi tujuan
kecemasan

4.4 TAHAP KESIHATAN

- Sihat tubuh badan (Fizikal dan mental)

- Sekiranya pelatih yang mempunyai penyakit kronik ingin menyertai


latihan, pelatih perlu mengemukakan surat pengesahan doktor.

4.5 KEADAAN CUACA


- Hujan renyai / gerimis: Latihan diteruskan
- Hujan lebat tanpa petir/petir:latihan ditangguhkan

5. JUNGLE TRACKING

5.1 LOKASI / TEMPAT LATIHAN


- Mendapat kelulusan daripada PDRM dan Jabatan Perhutanan
- Mendapat kelulusan daridapa Pejabat Kesihatan Daerah berkaitan
wabak
- Menghantar Pasukan tinjau

5.2 MEDICAL/KECEMASAN
- First Aid Kit perlulah di sediakan sepanjang tempoh latihan
- Hendaklah mempunyai satu kenderaan bagi tujuan kecemasan iaitu 1
buah ambulans dan 1 buah kenderaan Jabatan (sekurang-kurangnya)
- Tempat letak kenderaan ambulans di tapak permulaan

5.3 MARSHALL/PENGADIL
- Berpengalaman
- sihat tubuh badan (Mental dan fizikal)
- Setiap 1 sindiket dengan 30 orang perlulah mempunyai 1 marshall
(sekurang-kurangnya)

5.4 LOGISTIK
- Tali bagi tujuan keselamatan hendaklah di bawa oleh setiap marshall
(ukuran bergantung kepada keadaan) walkie talkie
- Lain – lain keperluan yang berkaitan keselamatan yang difikirkan perlu.

5.5 KEADAAN CUACA


-Hujan renyai/gerimis:latihan diteruskan
-hujan lebat tanpa petir/petir:latihan ditangguhkan

Anda mungkin juga menyukai