Anda di halaman 1dari 7

JAWATAN KUASA KESELAMATAN

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG 2015

GURU BERTANGGUNGJAWAB:
1. Nor Hayati Binti Kamisman (K)
2. …………………………….
3. …………………………….
4. …………………………….
5. …………………………….
6. …………………………….
7. …………………………….
8. …………………………….
9. …………………………….
10. …………………………….
11. …………………………….
12. …………………………….
13. …………………………….
14. …………………………….
15. …………………………….

BIDANG TUGAS:
1. Berurusan dengan pihak RELA dan polis trafik tentang bantuan kawalan lalu lintas ketika
kejohanan sukan berlangsung.
2. Menyelia, mengagihkan pegawai bertugas pada lokasi yang telah ditetapkan untuk mengawal
keselamatan pelajar.
3. Mengawal, menjaga dan memantau keselamatan para pelajar (peserta).

OBJEKTIF:
1. Mempastikan keselamatan pelajar dalam kejohanan sukan dijaga dan dikawal
2. Mempastikan kejohanan sukan berjalan dengan lancar

Tugas guru/pegawai keselamatan:


1. Menjaga, mengawal dan memantau keselamatan pelajar semasa kejohanan sukan
2. Mempastikan pelajar berkelakuan baik semasa kejohanan sukan (tidak ponteng)
3. Mempastikan kebajikan terjaga (pelajar, petugas dan diri sendiri)
4. Menghubungi JK Kecemasan sekiranya berlaku kecemasan
5. Membantu urusan lalu lintas pelajar
PANDUAN MAKLUMAT AM DAN KESELAMATAN
SEBELUM KEJOHANAN SUKAN
1. Memaklumkan pelajar berkenaan dengan aktiviti sukan (tarikh, masa dan tempat)
2. Memberi nasihat, peringatan, petunjuk dan maklumat-maklumat berkenaan dengan Kebajikan
pelajar (makan dan minum), Kesihatan pelajar (fizikal dan mental) serta Peraturan Sekolah
dan Aspek Keselamatan

KEBAJIKAN PELAJAR
1. Pelajar menyediakan diri dengan bersarapan dsb. Membawa bekal sekiranya perlu kerana ada
aktiviti perjumpaan rumah sukan seterusnya.
2. Membawa bekalan air secukupnya.
3. Memakai pakaian sukan selengkapnya (kasut sukan, ‘track suit’, topi dsb) dan membawa
bekalan pakaian tambahan sekiranya perlu.
4. Pelajar yang memerlukan ubat khusus, perlu diambil perhatian dan dikenal pasti.
5. Mengenal pasti pelajar yang bermasalah kesihatan dan sakit pada hari berkenaan.
Memberikan nama pelajar sakit dan bermasalah kesihatan kepada SU untuk tindakan lanjut.
6. Memberi tahu pelajar berkenaan aktiviti yang akan berlaku di stadium pada hari berkenaan
dengan memberi maklumat terkini (tarikh, jangkaan masa aktiviti tamat, aktiviti seterusnya)
dan tepat kepada mereka dan ibu-bapa mereka supaya pengurusan kenderaan atau
pengangkutan dapat mereka uruskan.

KESIHATAN PELAJAR (FIZIKAL DAN MENTAL)


1. Membuat latihan persediaan awal seperti memanaskan badan, berjogging dsb.
2. Memakan makanan yang berkhasiat.
3. Tidur awal sebelum hari acara/sukan.
4. Bersedia dengan keadaan persekitaran yang tidak dijangka/luar jangka berlaku (cuaca dsb).

PERATURAN SEKOLAH DAN KESELAMATAN


1. Mematuhi peraturan di dalam dan luar sekolah sepanjang masa.
2. Mengikut arahan petugas keselamatan yang bertugas.
3. Mengikut arah laluan yang betul.
4. Larangan melencong ke tempat lain.
5. Tindakan disiplin yang akan diambil sekiranya pelajar melanggar peraturan sekolah
dan kejohanan sukan.
6. Sentiasa peka dengan keadaan keselamatan di persekitaran.
7. Aspek keselamatan semasa melintas jalan raya/padang diperingatkan.

LARANGAN SEMASA SUKAN


1. Kasut yang tidak sesuai (kulit, ‘boot’ dan yang berbentuk fesyen)
2. Seluar separuh pendek (fesyen)
3. Seluar ‘Jeans’, selipar.
4. Barangan elektronik (walkman, handphone, radio dsb) **Kehilangan barang berkenaan
adalah tanggungjawab pelajar sendiri.
5. Barang bernilai dan berharga (seperti rantai, cincin, anting-anting, gelang, emas, berlian).
**Kehilangan barang berkenaan adalah tanggungjawab pelajar sendiri.
6. Rokok, minuman arak dan ubat berunsur dadah.
PANDUAN MAKLUMAT AM DAN KESELAMATAN SEMASA KEJOHANAN SUKAN
UNTUK GURU TINGKATAN

1. Sebelum Sukan
1. Pelajar diingatkan supaya mengambil sarapan pagi sediakan bekalan makanan atau air bagi
mereka yang mempunyai masalah kesihatan
2. Mengingatkan pelajar tentang pakaian sukan yang sesuai
3. Mengingatkan pelajar tentang aspek keselamatan diri sendiri, rakan dan orang lain semasa
bersukan
4. Mengingatkan pelajar tentang tindakan disiplin yang akan diambil sekiranya pelajar melanggar
disiplin sekolah dan peraturan-peraturan sukan
5. Meningatkan pelajar tentang masa mula dan selesai acara sukan

2. Hari Sebelum Kejohanan Sukan


1. Memberi taklimat keselamatan kepada pelajar sebelum, semasa dan selepas aktiviti agar
pelajar lebih bersedia untuk menjalankan aktiviti sukan
2. Mempastikan pelajar memakai pakaian sukan dan sesuai
3. Mempastikan pelajar tidak memakai barangan berharga semasa aktiviti sukan (sekiranya ada
pihak sekolah dan guru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau
kerosakan yang berlaku semasa aktiviti sukan)
4. Membuat senaman ringan atau aktiviti pemanasan badan untuk menyediakan tubuh badan
bersedia untuk bersukan
5. Menunggu arahan daripada pengurusan pelajar.

3. Semasa Hari Kejohanan Sukan


1. Membawa pelajar ke lokasi yang telah ditetapkan dan mengambil kehadiran pelajar bagi
mempastikan pelajar datang bersukan
2. Menasihatkan pelajar supaya sentiasa berhati-hati ketika bersukan
3. Mengikut arahan pegawai bertugas
4. Meemudah perjalanan aktiviti sukan

4. Selepas Hari Kejohanan Sukan


1. Mempastikan pelajar yang telah habis acara berkumpul dan tidak berkeliaran
2. Pelajar yang sudah selesai acara sukan dan hendak balik dinasihatkan supaya terus balik ke
rumah
3. Peringatkan pelajar tentang tindakan disiplin yang akan diambil sekiranya ingkar arahan dan
melanggar disiplin sekolah

Keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama!!!


PANDUAN MAKLUMAT AM DAN KESELAMATAN UNTUK PELAJAR

1. Sebelum kejohanan sukan


1. Pelajar diingatkan supaya mengambil sarapan pagi, menyediakan bekalan makanan atau air
bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan
2. Memakai pakaian sukan yang sesuai dan membawa pakaian tambahan sekiranya perlu.
3. Mengamalkan dan mematuhi aspek keselamatan terhadap diri sendiri, rakan dan orang
lain semasa bersukan
4. Tindakan disiplin akan diambil sekiranya pelajar melanggar disiplin sekolah dan
peraturan-paraturan sukan sekolah
5. Mematuhi masa bermula dan selesai. Acara mula iaitu 6.40am dijangka selesai pada jam
5.30 pm.
6. Mengingatkan kenderaan/pengangkutan pelajar tentang masa ini.
2. Sebelum acara bermula
1. Mengambil kehadiran/memaklumkan guru kehadiran anda
2. Mendengar taklimat keselamatan yang diberikan oleh guru iaitu keselamatan sebelum,
semasa dan selepas aktiviti agar pelajar lebih bersedia untuk menjalankan aktiviti sukan
3. Pastikan anda memakai pakaian sukan dan sesuai untuk setiap acara
4. Mempastikan anda tidak memakai barangan berharga semasa aktiviti sukan (sekiranya ada
pihak sekolah dan guru tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau
kerosakan yang berlaku semasa aktiviti sukan)
5. Membuat senaman ringan atau aktiviti pemanasan badan untuk menyediakan tubuh badan
bersedia untuk bersukan
3. Semasa Acara
1. Tidak membuat sebarang pergerakan/merayau-rayau agar tidak menggangu kelancaran
acara yang sedang berlangsung dan mengelakkan kemalangan kepada pelajar yang
mengambil bahagian.
2. Tidak tolak-menolak, tarik-menarik antara satu sama lain, menghalang laluan dan
menyinggung perasaan kawan ketika bersukan.
3. Berhati-hati ketika berlari. Aspek keselamatan semasa bersukan diutamakan.
4. Mengikut arahan pegawai petugas sukan.
5. Memudah kerja atau kelancaran acara agar kecelakaan juga dapat dielakkan
6. Melaporkan sebarang kecederaan, kemalangan atau gangguan keselamatan kepada diri
sendiri, persekitaran, kesusahan atau kepayahan yang munasabah kepada petugas
keselamatan contohnya yang bermasalah kesihatan atau cedera atau gangguan persekitaran
banjir atau serangga menyengat dsb.
4. Selepas Acara
1. Pelajar yang telah habis acara berkumpul di tempat yang dikhaskan, tidak berkeliaran
dan menunggu arahan guru seterusnya
2. Pelajar yang sudah selesai dan hendak balik dinasihatkan supaya terus balik ke rumah
3. Tindakan disiplin yang akan diambil sekiranya ingkar arahan guru dan melanggar
disiplin sekolah
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL KETIKA BERLAKU KECEMASAN
ATAU GANGGUAN KESELAMATAN

1. Menenangkan pelajar atau keadaan persekitaran. Tidak meninggalkan pelajar ketika


dalam kecemasan. Memastikan keadaan petugas dan persekitaran selamat terlebih dahulu.
2. Dapatkan bantuan kecemasan atau keselamatan secepat mungkin. Berhubung dengan
stesen yang terdekat atau terus menghubungi pihak pengurusan kecemasan, sekiranya
perlu bantuan lanjut (jika berlaku kecederaan atau kemalangan) hubungi bahagian JK
kecemasan.
3. Memberi bantuan kepada pelajar (mangsa) yang terlibat.
4. Membuat laporan lengkap (bertulis) tentang kejadian kepada Ketua JK Keselamatan.
5. Langkah kontigensi sekiranya hujan:
a. memakai topi atau payung (bersedia dengan topi atau payung)
b. memantau dengan lebih peka keadaan keselamatan sekililing
c. menunjuk arah laluan dengan tepat. Sekiranya arah laluan berubah maka pegawai
bertugas mestilah memberi tunjuk arah yang betul.
d. melaporkan keadaan terkini kepada ketua JK Keselamatan atau Pihak
Pengurusan Sekolah

NOMBOR PERHUBUNGAN
1. Nor Hayati (JK Keselamatan) 012-3867120
2. …………….. (Penyelaras Kejohanan Sukan) 01……………
3. …………….. (JK Kecemasan) 01……………
4. En. Monir (PK KO-K) 01……………

Pakaian Bertugas
-Baju t-shirt/sukan sekolah dan berseluar track suit serta berkasut.

Arahan kepada petugas keselamatan sebelum ke stesen keselamatan.


1. Melapor diri atau menghubungi ketua JK Keselamatan untuk pengesahan kehadiran bertugas.
2. Bersedia 10 minit lebih awal ke stesen bertugas.
PELAN KAWALAN STESEN KESELAMATAN

C D

A: Astaka Lama, Parking


B: Sebelah Dalam Pelajar Kuarantin, Laluan trek
C: Sisi Kiri Stadium, Kawasan Parking Lot
D: Sisi Kanan Stadium, Kawasan Parking Lot
E: Sebelah Dalam Stadium, Pagar keluar masuk trek, Spot Check Pelajar di kawasan tempat duduk
F: Laluan Masuk Astaka, Checking pelajar masuk stadium, Kawalan laluan stadium

Menutup laluan utama stadium bagi mengelakkan kesesakan dan mengurangkan risiko ganguan
keselamatan/kemalangan

Guru Bertugas
STESEN NAMA GURU TUGAS
A Astaka Lama, Parking
B Sebelah Dalam Pelajar Kuarantin, Laluan trek
C Sisi Kiri Stadium, Kawasan Parking Lot
D Sisi Kanan Stadium, Kawasan Parking Lot
E Sebelah Dalam Stadium, Pagar keluar masuk trek, Spot Check Pelajar di
kawasan tempat duduk
F Laluan Masuk Astaka, Checking pelajar masuk stadium, Kawalan laluan
stadium
PANDUAN MAKLUMAT AM
LANGKAH KESELAMATAN SEMASA SUKAN

JK Keselamatan

1. Berada di posisi atau lokasi kawasan/stesen keselamatan yang telah ditetapkan.


2. Menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas mengawal dan menjaga keselamatan
pelajar agar acara sukan dan selamat. Petugas tidak dibenarkan berbual atau berborak
dengan rakan guru atau petugas lain semasa keadaan lokasi atau stesen keselamatan
sedang dilalui palajar.
3. Memberi bantuan kepada pelajar yang berada dalam kesusahan, contohnya pelajar yang
terancam dari segi keselamatan.
4. Menghubungi rakan setugas yang berdekatan atau pihak pengurusan melalui nombor
perhubungan yang tersedia untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku perkara yang
tidak diingini berkaitan dengan aspek kecemasan dan keselamatan.
5. Membantu pihak pengurusan. Menjadi sweeper setelah acara sukan berakhir.
6. Mengutip, menanggalkan penanda atau membersihkan kawasan stesen keselamatan
sebelum meninggalkan stesen bertugas.
7. Membantu rakan setugas yang berdekatan sekiranya kawasan laluan sudah habis dilalui
oleh pelajar.
8. Sekiranya hujan, petugas perlu bersedia dengan payung atau topi
9. Membantu rakan guru atau pihak sekolah sekiranya berlaku perubahan sukan atau ancaman
bahaya.
10. Membuat laporan lengkap kepada pihak pengurusan sekiranya berlaku kemalangan
atau kecelakaan semasa acara sukan.

Aspek Keselamatan Pelajar

11. Pelajar memakai pakaian sesuai agar keselamatan diri terjaga contohnya kasut mestilah kasut
sukan.
12. Memperhatikan tingkah laku pelajar semasa sukan. Jangan benarkan mereka berhubung
atau mengikut orang luar.
13. Pelajar mestilah mengikut laluan yang telah ditentukan. Pastikan pelajar melalui laluan
yang betul bagi mengelakkan kemalangan dan gangguan keselamatan. Memandu arah
pelajar yang tidak tahu arah laluan.
14. Membantu pelajar bergerak di lorong atau jalan yang betul. Membantu pelajar melintas
jalan raya atau ketika pelajar melalui kawasan laluan kenderaan.
15. Dilarang tolak-menolak atau tarik menarik ketika berlari.
16. Melarang pelajar bermain-main di tepi jalan raya atau laluan kenderaan berat.
17. Sentiasa peka kepada pergerakan pelajar yang mempunyai niat untuk melencong arah
atau mengambil jalan pintas.
18. Memantau pergerakan pelajar sejauh mata memandang agar dapat menghalang,
menjangka atau mengagak keadaan keselamatan di hadapan pelajar.
19. Sentiasa peka dengan perubahan cuaca, keadaan persekitaran dan masyarakat sekililing
agar kita dapat mengagak dan menjangka keadaan keselamatan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai