Anda di halaman 1dari 2

1.

QSU 4013PENGURUSAN RISIKO/ KESELAMATAN


2. Kecuaian atau kecelakaan?
3. MATLAMAT PENGURUSAN KESELAMATANMewujudkan satu keadaan yang selamat bagi
mengelak daripada berlakunyakemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa semasa
pengendalian sesuatu aktiviti kokurikulum.
4. KemalanganPerkara-perkara yang tidak diingini atau tidak dijangkakan yang berlaku yang boleh
mengancam keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan.
5. Langkah-Langkah Pengurusan Risiko1. Mengenalpasti risiko atau bahaya yang berkaitan
dengan sesuatu aktiviti kokurikulum.2. Membuat penilaian risiko dari segi tahap bahaya dan
kekerapan.3. Mengambil tindakan pengurusan untuk mencegah risiko atau kemalangan daripada
berlaku.4. Melaksanakan prosedur dan polisi keselamatan yang telah dibentuk.
6. KECUAIAN (NEGLIGENCE)Negligence means more than heedless or careless conduct..it
properly connotes the complex concepts of duty, breach and damage thereby suffered by person
to whom the duty was owing.Tidak melakukan sesuatu tugas atau tanggungjawab yang
diamanahkan.
7. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/2000:Panduan Keselamatan Diri Pelajar
SemasaPengajaranPendidikan Jasmani dan Kesihatan sertaKegiatan Kokurikulumdan Sukan Di
Dalam dan Di LuarKawasan Sekolah Pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan, untuk
memastikan keselamatan diripelajar terjamin semasa berada di sekolah. Langkah-langkah
keselamatan perlu diwujud dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang
kemungkinan berlakunya kemalangan di kalangan murid ketika menjalani aktiviti di sekolah,
sama ada aktiviti-aktiviti pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan ko kurikulum atau sukan
8. Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Menjaga keselamatan murid dengan rapi
semasa di dalam atau di luar bilik darjah. Bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan
menyimpan alat-alatsukan walaupun boleh dibantu oleh murid.
9. Guru Kokurikulum dan Sukan Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap
keselamatan murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan
sukan. Guru-guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik
dan selamat sebelum digunakan.
10. Penyelenggaraan Peralatan Sukan (Stor Sukan) Peralatan sukan yang dianggap
merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa maut adalah:- Lembing, Peluru, Cakera,
Tukul Besi, Tiang Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Bat
Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bola Golf, Dart, Spikes, Anak Panah dan Peralatan
Gimnastik
11. Penyelenggaraan Peralatan Sukan (Stor Sukan) Pastikan semua latihan sukan yang
menggunakan peralatan yang merbahaya diadakan pada hari atau masa yang
berasingan dengan latihan sukan lain. Peralatan merbahaya hendaklah disimpan, dijaga
dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa. Setiap alat yang dikeluarkan
dari stor sukan mestilah direkodkan dalam buku keluar-masuk alat-alat sukan oleh guru
atau jurulatih sahaja. Peralatan sukan tidak boleh dibawa pulang ke rumah oleh
sesiapapun dan ia hendaklah diambil dan dipulangkan pada hari yang sama.
Mempunyai kawasan yang selamat untuk menyimpan semua peralatan yang tidak
digunakan. Penjaga stor hendaklah memeriksa dan memastikan peralatan yang baik
sahaja yang boleh dikeluarkan. Peralatan yang sudah rosak hendaklah dilaporkan pada
pentadbir sama ada untuk diperbaiki atau dimusnahkan
12. Peralatan Sukan Peralatan sukan seperti tiang gol hendaklah ada jaminan daripada
pembekal selain daripada piawai yang diluluskan oleh undang-undang persatuan sukan.
Semua peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklahdimusnahkan dengan serta
merta. Adalah salah membeli, meminjam atau memberi pinjam, menggunaperalatan
sukan yang tidak mendapat pengiktirafan dari Badan Sukan.
13. Murid Setiap murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga
dan pengetua atau guru besar untuk mengambil bahagian di dalam sukan dan aktiviti
kokurikulum di luar sekolah. Keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan
seperti makanan dan minuman dan lain-lain lagi. Guru hendaklah mengiringi murid
dalam semua aktiviti di luar kawasan sekolah. Sekiranya terdapat murid perempuan,
seorang guru wanita hendaklah mengiringi pasukan tersebut. Kesihatan murid perlu
diberi perhatian dan diambil kira. Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh
dipaksa mengambil bahagian. Bagi semua aktiviti lasak, murid-murid dikehendaki
menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Murid-murid yang cedera, semput atau
lelah (asthma) tidak dibenarkan mengambil bahagian
14. Kawasan Larangan Kawasan larangan dan merbahaya adalah kawasan yang
dibenarkan kepada guru/jurulatih sahaja untuk mengawasi aktiviti sukan. a) Kolam
Renang. b) Dewan Gimnastik. c) Bilik Kecergasan/Latihan Beban. d) Stor Sukan. e)
Kawasan Berpagar tempat menyimpan peralatan sukan yang besar seperti Tiang Gol.
15. Cuaca/Musim Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat lapang
semasa cuaca buruk dan adanya kilat atau petir. Adalah tidak dibenarkan mengadakan
aktiviti sukan semasa hujan dan ribut petir, sama ada di padang atau kolam renang.
Berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan.
16. Aktiviti Sukan Kemahiran Tinggi Segala aktiviti sukan seperti gimnastik terjun dan lain-
lain yang memerlukan kemahiran tinggi perlu diajar oleh guru sukan yang bertauliah.
Pastikan ada life saver yang bertauliah bertugas semasa aktiviti-aktiviti sukan renang
dijalankan.
17. Prosedur Kecemasana. Peralatan Pertolongan Cemasb. Terdapat guru atau pelajar yang
mempunyai kemahiranc. Urusan penghantaran orang yang terlibat dalam kemalangan
atau cedera, atau pesakit utk mendapat rawatan.
18. Prosedur Kecemasand. Kenalpasti lokasi pihak-pihak yang dapat memberi bantuan jika
diperlukan.e. Rekod dan Laporan. Bagaimana kemalangan berlaku. Siapa yang
terlibat. Masa dan tarikh. Lokasi. Tindakan.
19. Penyeliaan dan Pengawasan1. Pembahagian tugas penyeliaan aktiviti kokurikulum.2.
Nisbah pelajar/guru. Aktiviti air :- 1 guru : ..pelajar3. Peraturan dan Disiplin.4.
Amaran tentang Bahaya dan Risiko sesuatu aktiviti.
20. Penyeliaan dan Pengawasan5. Pelajar mempunyai Kemahiran.6. Kesesuaian aktiviti dari
segi Umur dan Fizikal7. Penggunaan alat keselamatan.8. Polisi yang berkaitan dengan
kawalan pemain dan penonton9. Keadaan Cuaca.
21. Kemudahan dan Peralatan1. Penjagaan serta penyenggaraan peralatan.2. Memeriksa
peralatan dan kemudahan sebelum digunakan.3. Cara guna alatan dengan betul.4.
Prosedur pengangkutan.

Anda mungkin juga menyukai