Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN PERATURAN DAN KESELAMATAN

PADANG
1. Sila beratur setiap kali hendak ke padang dan setelah selesai menjalankan aktiviti. 
2. Tidak digalakkan membawa dan memakai barang kemas atau barang berharga ke
padang untuk mengelakkan sebarang kecurian dan kehilangan.
3. Pakai pakaian sukan, pakaian pendidikan jasmani atau pakaian yang sesuai sahaja
ketika menjalani aktiviti-aktiviti sukan, senaman dan pendidikan jasmani di padang.
4. Murid dinasihatkan memakai kasut ketika menjalankan aktiviti di padang bagi
mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.
5. Sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika menjalankan aktiviti yang lasak serta
tidak memaksa diri untuk melakukan aktiviti yang di luar had kemampuan.
6. Jaga kebersihan padang. Kutip dan buang ke dalam tong sampah jika terjumpa objek-
objek seperti sampah batu-batuan, kaca, paku, jarum atau sebagainya.
7. Dilarang berkeliaran di padang selain daripada waktu mata pelajaran pendidikan
jasmani,aktiviti sukan atau aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh pihak sekolah.
8. Tidak dibenarkan berada dan bermain di padang sewaktu hujan.
9. Sila kembalikan dan susun peralatan-peralatan sukan di ‘Stor Peralatan Sukan’ sekolah
setelah digunakan.
10. Pihak luar tidak dibenarkan untuk menggunakan padang selain daripada murid, guru
dan kakitangan sekolah kecuali dengan kebenaran.
11. Sila laporkan kepada guru bertugas sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau
kecemasan untuk tindakan seterusnya.
12. Tanamkan semangat kesukanan ketika berada di atas padang, sentiasa berdisiplin dan
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai