Anda di halaman 1dari 6

Sila beratur setiap kali hendak ke padang dan setelah selesai menjalankan aktiviti.

Tidak digalakkan membawa dan memakai barang kemas atau barang


berharga ke padanguntuk mengelakkan sebarang kecurian dan kehilangan.

Pakai pakaian sukan, pakaian pendidikan jasmani atau pakaian yang sesu
ai sahaja ketikamenjalani aktiviti-aktiviti sukan, senaman dan pendidikan jasmani di
padang.

Murid dinasihatkan memakai kasut ketika menjalankan aktiviti di padang


bagi mengelakkanberlakunya sebarang kecederaan.

Sentiasa berhatihati dan berwaspada ketika menjalankan aktiviti yang las


ak serta tidakmemaksa diri untuk melakukan aktiviti yang di luar had kemampuan.Jaga
kebersihan padang. Kutip dan buang ke dalam tong sampah jika terjumpa objek-
objekseperti sampah batu-batuan, kaca, paku, jarum atau sebagainya.

Dilarang berkeliaran di padang selain daripada waktu mata pelajaran pend


idikan jasmani,aktiviti sukan atau aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh pihak sekolah.Tidak
dibenarkan berada dan bermain di padang sewaktu hujan.Sila kembalikan dan susun peralatan-
peralatan sukan di Stor Peralatan Sukan sekolah
setelahdigunakan.Pihak luar tidak dibenarkan untuk menggunakan padang sel
ain daripada murid, guru dankakitangan sekolah kecuali dengan kebenaran.Sila
laporkan kepada guru bertugas sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau
kecemasanuntuk tindakan
seterusnya.Tan a m k a n s e m a n g a t k e s u k a n a n k e t i k a b e r a d a d i a t a s p a d a
n g , s e n t i a s a b e r d i s i p l i n d a n mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Skip Navigation LinksPeraturan Penggunaan Gelanggang Futsal
Semua pengguna tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:

PERATURAN AM

Gelanggang Futsal adalah untuk kegunaan Ahli Kelab Perkhidmatan Awam yang
berdaftar sahaja bersama dengan ahli keluarga dan tetamu (pasukan).
Pengguna hendaklah berpakaian sukan yang sesuai. Penggunaan selipar, sandal
dan bukan kasut sukan semasa bermain adalah dilarang sama sekali.
Pengguna hendaklah menjaga segala kemudahan yang ada di dalam kawasan atau
sekeliling gelanggang futsal dengan sebaiknya.
Tidak dibenarkan menggunakan gelanggang (bermain) pada waktu hujan dan cuaca
buruk. Pengawal Keselamatan diberi kuasa untuk memberhentikan permainan.
Masa-masa yang dibenarkan menggunakan gelanggang futsal adalah mengikut
waktu-waktu Kelab Perkhidmatan Awam dibuka.
Penggunaan gelanggang selain pada waktu yang telah ditetapkan hendaklah
dengan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari pihak Pengurusan Kelab bagi
mengelakkan pertembungan penggunaan dengan ahli yang lain.
Pengguna luar yang bukan Ahli Kelab Perkhidmatan Awam yang ingin menggunakan
gelanggang mestilah mendapatkan kebenaran dari pihak Pengurusan dengan
dikenakan bayaran seperti yang telah ditetapkan.
Kegunaan gelanggang adalah untuk aktiviti sukan yang dibenarkan sahaja.
Tidak dibenarkan bersandar, memanjat atau merosakkan pagar gelanggang.
Pencerobohan adalah dilarang keras.

PERATURAN KHUSUS

Gelanggang Futsal hendaklah ditempah (booked) terlebih dahulu bagi mengelak


sebarang pertembungan pengunaan dengan ahli yang lain.
Setiap tempahan hanya boleh dilakukan oleh Ahli Kelab itu sendiri. Tempahan
melalui wakil tidak akan dilayan begitu juga tempahan oleh anak ahli juga tidak
akan diterima.
Tempahan hendaklah dibuat di kaunter penyambut tetamu atau melalui telefon.
Sekurang-kurangnya seorang Ahli Kelab berada dalam komposisi atau kumpulan
yang bermain. Nota: Peraturan dalam hal ini akan ditiadakan jika Kelab telah
diberikan kebenaran untuk mengenakan bayaran kepada pengguna yang bukan ahli
kelab.
Anak-anak ahli tidak dibenarkan menempah gelanggang untuk bermain bersama
rakan sekolah, jiran atau kawan sebayanya.
Penggunaan gelanggang futsal hanya diberikan selama 1 (satu) jam sahaja bagi
setiap tempahan. Kecuali jika tidak ada tempahan lain selepas itu, pemain boleh
meneruskan penggunaan sehingga ada/masa tempahan seterusnya.
Ahli Kelab yang membuat tempahan hendaklah memastikan kebersihan kawasan
dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan harta benda yang ada di
kawasan permainan.
Jika dalam komposisi pemain/pengguna itu terdiri dari 2 atau lebih ahli kelab, hanya
seorang sahaja ahli yang dibenarkan untuk membuat tempahan penggunaan. Ini
bermaksud, tempahan hanya dikira sekali (1 jam sahaja).
Ahli Kelab yang membuat tempahan dan seterusnya menggunakan gelanggang
futsal bersama pasukannya adalah bertanggungjawab untuk memastikan
mereka/pasukan berkelakuan baik dan mematuhi peraturan kelab yang sedia ada
dan mematuhi arahan yang diberikan oleh Pengawal Keselamatan Kelab.
Ahli tidak dibenarkan menggunakan gelanggang untuk menganjurkan perlawanan-
perlawanan rasmi. Perlawanan persahabatan adalah dibenarkan.
Kunci Gelanggang Futsal boleh didapati dari Pengawal Keselamatan di kaunter
penyambut tetamu.
Jaring pintu gol (Goal Post Net) boleh didapati di kaunter penyambut tetamu.
Pengguna hendaklah memasang sendiri jaring yang disediakan dan
mengembalikannya kepada Pengawal Keselamatan/Penyambut Tetamu sebaik
sahaja selesai menggunakannya.
Ahli Kelab yang menggunakan gelanggang futsal hendaklah melaporkan sebarang
kerosakan harta benda yang terjadi kepada Pengawal Keselamatan.
Ahli adalah ditegah untuk membenarkan No Keahlian atau Kad Keahlian digunakan
oleh orang yang bukan ahli dengan niat orang itu akan diberikan kebenaran
penggunaan. Perlu ditekankan, tanggungjawab sepenuhnya adalah diatas bahu Ahli
itu sendiri.
Tutup suis lampu setelah selesai menggunakan gelanggang futsal atau sebelum
meninggalkan kawasan gelanggang (penggunaan waktu malam).
Ahli boleh dikenakan ganti rugi pada kadar yang ditentukan dan diluluskan jika
berlaku kerosakan atau kehilangan harta benda (peralatan sukan, perabot,
barangan elektrikal & mekanikal) atas sebab kecuaian sendiri, ahli keluarga atau
rakan-rakan pemain).
Ahli dan pemain hendaklah hadir 10 minit sebelum masa penggunaan. Ahli
hendaklah mematuhi masa penggunaan pada hari gelanggang itu ditempah. Jika
gagal hadir selepas 25 minit masa penggunaan, tempahan itu dengan sendirinya
dibatalkan dan diberikan kepada tempahan ahli seterusnya.
Peraturan ini akan sentiasa dikemaskini mengikut keadaan dari masa kesemasa.

Anda mungkin juga menyukai