Anda di halaman 1dari 2

1117029 Koperal Mohd Abdul Halim bin Jawaran

Pusat Latihan Kor Ordnans Diraja


Kem Batu Kentonmen
50634 KUALA LUMPUR

Tel: 03 – 62563378

Januari 2010

Diri/7029/01/2010

Leftenen Kolonel Ahmad Ibarahim bin Sa'aya


Komandan
Pusat Latihan Kor Ordnans Diraja
Kem Batu Kentonmen
50634 KUALA LUMPUR

MELAPOR DIRI BAGI KURSUS JURUTEKNIK LOGISTIK TAHAP 3 SIRI JTL


3/12/2010

Rujuk:

A. PULNORD-KSKP/G3/3/508 bertarikh

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

1. Terlebih dahulu saya mengucapkan salam sejahtera kepada Yang


Berbahagia Tuan dan keluarga semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah
Subhanahu Wata'ala hendaknya.

2. Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Tuan, saya tel;ah dicalonkan untuk


menhadiri Kursus Juruteknik Logistik Tahap 3 Siri JTL 3/12/2010 yang akan bermula
pada 19 Julai 2010 hingga 17 Disember 2010 seperti mana dimaklumkan di Rujuk A.

3. Saya merasa amat berbesar hati kerana telah diberi peluang untuk
menghadiri kursus tersebut, secara tidak langsungdengan menghadiri kursus ini
akan meningkatkan lagi kerjaya, komitmen dan mutu kerja yang lebih efisyen dalam
menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan. Saya berjanji akan memberikan
sepenuh tumpuan dan komitmen terhadap kursus yang akan dilaksanakan serta
memberikan sepenuh kerjasama kepada semua pegawai dan jurulatih-jurulatih di
Pusat Latihan Kor Ordnans Diraja disamping mematuhi segala arahan dan peraturan
yang dikeluarkan oleh Pusat Latihan Kor Ordnans Diraja semasa saya menjalani
kursus itu nanti.

4. Bersama-sama ini juga , ingin saya memaklumkan secara ringkas


latarbelakang keluarga saya untuk pengetahuan Yang Berbahagia Tuan, saya
berusia 32 tahun dan telah berkhidmat selama 11 tahun, berasal dari Rancangan

1
Silabukan Peringkat 2, Lahad Datu Sabah dan telah pun mendirikan rumah tangga
serta dikurniakan 2 orang cahaya mata di mana seorang lelaki dan seorang
perempuan.

5. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih dan mendoakan
semoga Yang Berbahagia Tuan sekeluarga sentiasa beroleh kerahnatan dan
dimurahkan rezeki hendakNya.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Waramatullahi


Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai