Anda di halaman 1dari 3

LANGKAH KESELAMATAN DALAM MEMANAH

A. PERALATAN MEMANAH

Pastikan peralatan memanah anda sentiasa dalam keadaan yang baik. Anda perlu
selalu mengawal anak panah. Perkara paling pentinf sekali, jangan hilang kawalan
dari segi langkah-langkah keselamatan. Berikut adalah beberapa peringatan yang
perlu dipatuhi:

JANGAN SAMA SEKALI :

A. MELAKUKAN DRY FIRE. ( Panahan tanpa anak panah).


Ini akan menyebabkan kerosakkan kepada busar.

B. MENARIK DAN MENGHALAKAN BUSAR ATAU MELAKUKAN PANAHAN KETIKA


TERDAPAT SASARAN BERGERAK DI HADAPAN. (busar hanya boleh diarahkan kepada
target butt sahaja).

C. MELAKUKAN PANAHAN KE UDARA.

D. BERGURAU SENDA ATAU BERMAIN-MAIN DENGAN PERALATAN MEMANAH.

PERHATIAN : Pemanah-pemanah yang melakukan kesalahan di atas boleh disingkirkan


dari pertandingan.

PERIKSA!

 PERIKSA peralatan anda selalu. Pastikan ianya dililin dan tidak rosak. Baiki
sebarang kerosakan sekiranya perlu.
 PERIKSA samada nocking point berada di kedudukan yang betul. Anda
sepatutnya tahu bagaimana untuk menggantikan knocking point yang telah rosak.
 PERIKSA nocks dan mata panah.
 PASTIKAN batang anak panah adalah lurus.
 PASTIKAN semua peralatan seperti finger tab, arm guard dan lain-lain dalam
keadaan yang baik, selamat dan sesuai untuk digunakan.

2. LAPANG SASAR

A. Pastikan rumput padang dalam keadaan pendek supaya senang mencari anak panah
yang hilang.
B. Penanda padang dan garisan mestilah jelas dan kekal.
C. Pastikan target stand dalam keadaan yang baik dan selamat.
D. Sekiranya target butt menjadi lembut dan anak panah boleh menembusinya, gantikan
dengan lebih baik.
E. Gunakan whistle yang kuat atau beri arahan dengan jelas dan kuat supaya semua orang
dengar dengan jelas dan faham.

3. TEKNIK MEMANAH YANG BETUL

A. Kecederaan yang biasa dalam sukan memanah ialah apabila LENGAN DILIBAS oleh tali
panah.Punca utama kecederaan berlaku ialah kerana pemanah membuat kesilapan
semasa memanah.
B. Sekiranya anak panah jatuh ke atas tanah berdekatan dengan shooting line, JANGAN
AMBIL ANAK PANAH TERSEBUT, kecuali selepas semua pemanah menghabiskan
panahan.
C. Semasa mencari anak panah yang hilang , pastikan pemanah MEMANDANG KE
HADAPAN supaya tidak tertikam anak panah sendiri atau kepunyaan orang lain.
D. Anak panah yang tercacak pada sasaran adalah sama bahaya dengan anak panah yang
sedang terbang.
E. Semasa mencabut anak panah dari sasaran, letakkan sebelah tapak tangan ke target butt
dan sebelah lagi memegang anak panah. Tarik dengan cara memusingkan anak panah
tersebut.
F. Pemanah boleh menggunakan alatan mencabut anak panah. Pastikan muka pemanah
tidak berada di belakang anak panah kerana ia mungkin terkena muka atau mata semasa
cabutan dilakukan.
G. Gunakan alat pelindung ( chest guard, arm guard ) semasa memanah bagi mengelakkan
kecederaan.

4. JURULATIH

A. Pastikan tiada manusia atau binatang berada di hadapan shooting line. Jangan
benarkan pemanah bermain-main dengan peralatan memanah.
B. Tentukan jarak yang sesuai antara satu sama lain bagi mengelakkan pemanah
bersentuhan.
C. Jarak yang dicadangkan adalah lebih kurang 0.5 meter di antara pemanah.Ini
memberikan ruang yang cukup untuk pemanah melakukan panahan.
D. Pastikan semua orang berada dibelakang shooting line selepas arahan memanah
diberikan.
E. Jangan sama sekali menyentuh atau memegang busar yang sedang ditarik dengan
tujuan untuk menunjuk cara atau membetulkan sesuatu. Jurulatih perlu berada di
belakang pemanah.
F. Sekiranya lengan seorang pemanah dilibas oleh tali panah, gunakan ketulan ais atau
sebarang air yang sejuk bagi mengurangkan lebam dan bengkak. Pemanah baru
hendaklah memakai pelindung lengan pada setiap masa.
G. Galakkan pemanah memberitahu sekiranya mereka mengalami sebarang kesakitan
ataupun ketidakselesaan pada bila-bila masa.
H. Tunjukkan langkah-langkah yang betul kepada semua pemanah.

Anda mungkin juga menyukai