Anda di halaman 1dari 2

Muhammad Taufiq Bin Masrikin@Mohd Tarmizi ,

No. A-1-024, Apartment Sri Mawar,


Bandar Seri Putra, Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Pendidikan Islam,
43657 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan. 5 September 2018

Tuan,
Memohon Tinggal Di Luar Kolej Kediaman

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Antara sebab saya ingin tinggal di luar IPG kerana saya mempunyai kenderaan sendiri
dan tidak bermasalah untuk hadir ke kuliah. Memandangkan saya sudah berkahwin dan isteri
saya merupakan pelajar di sini juga, saya bersama isteri mengambil keputusan untuk tinggal
di luar.

3. Sebab yang seterusnya adalah tempat tinggal yang saya duduk ini tidak jauh dari IPG
iaitu di No. A-1-024, Apartment Sri Mawar, Bandar Seri Putra, Bangi 43000 Kajang dan saya
tinggal bersama isteri saya.

4. Saya berjanji akan hadir ke kuliah mengikut jadual yang ditetapkan dan menglibatkan
diri dalam program-program institut.

5. Saya memohon agar pihak tuan bagi mempertimbangkan permohonan saya ini. Jasa
baik pihak tuan adalah sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.


Yang Benar,

...........................................
(Muhammad Taufiq Bin Masrikin@Mohd Tarmizi)
PISMP Semester 7 Ambilan JUN 2015

s.k: Jabatan Hal Ehwal Pelajar


Unit Kolej Kediaman
Ketua Warden

Anda mungkin juga menyukai