Anda di halaman 1dari 2

MUHAMMAD HASNAN BIN MOHD SALIM

Lot 3-3650 H,
Kampung Melayu Subang,
40150 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN.

YBHG. ENCIK MUHAMAD RADZI BIN ABDULLAH


Timbalan Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Selangor,
Jalan Jambu Bol 4/3e, Seksyen 4,
40604 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN. 20 JUN 2019

Tuan,

PERMOHONAN URUSAN PERTUKARAN GURU (PERMOHONAN KHAS) BAGI TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk

2. Saya, MUHAMMAD HASNAN BIN MOHD SALIM, bernombor kad pengenalan


900101-14-5799 merupakan PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41
yang kini bertugas di SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI TENGKU AMPUAN RAHIMAH,
BANTING ingin memohon jasa baik tuan untuk mempertimbangkan permohonan saya untuk
bertukar sekolah.

3. Untuk makluman pihak tuan, permohonan saya ini adalah disebabkan oleh beberapa
faktor yang berikut :

a) Pada 16 Jun 2019 (Ahad), saya telah melalui satu tragedi berdarah yang hampir
meragut nyawa saya. Akibat daripada peristiwa tersebut, saya masih lagi
mengalami trauma teruk pasca kejadian serta masih lagi tidak dapat melupakan
kejadian tersebut. Secara tidak langsung ia sedikit sebanyak mengganggu
tumpuan dan produktiviti saya sebagai seorang guru dan kaunselor di sekolah.

b) Berikutan kejadian itu juga, saya kini menetap bersama dengan keluarga saya di
Kampung Melayu Subang dan terpaksa berulang alik dari SUBANG KE BANTING
yang berjarak 53 KM setiap hari di mana kedudukan dan jarak yang sangat jauh
ini melibatkan kos pengangkutan dan masa yang tinggi terhadap pihak saya.
4. Setelah mengambil kira faktor-faktor tersebut, pihak saya berhasrat agar dapat
dipindahkan ke PPD yang berhampiran iaitu di PPD PETALING PERDANA atau PPD PETALING
UTAMA. Walau bagaimana pun, pihak saya tetap bersedia untuk ditempatkan di mana-
mana SMK/ SMKA/ SMA/ SABK/ Kolej/ Institusi/ Bahagian/ Negeri mengikut kekosongan
yang terdapat pada ketika ini oleh pihak tuan.

5. Bersama-sama surat ini turut dilampirkan bersama adalah sesalinan laporan pihak
polis berkaitan kejadian tersebut, sesalinan laporan perubatan hospital serta salinan
dokumen-dokumen yang berkaitan sebagai dokumen sokongan bagi permohonan ini untuk
rujukan pihak tuan.

Segala kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Yang benar,

(MUHAMMAD HASNAN BIN MOHD SALIM)


No. KP: 900101-14-5799
No. Tel: 017-9345799

Anda mungkin juga menyukai