Anda di halaman 1dari 3

17 Disember 2018

Zainina binti Zulkifli,

Sekolah Kebangsaan Nanga Temalat,

D/A Pejabat Pendidikan Daerah Song,

96850 Song, Sarawak.

__________________________________________________________________________________

Ketua,

Unit Sektor Pengurusan Sekolah Rendah,

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 4 Blok E2, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Wilayah Persekutuan,

Putrajaya.

No. Tel : 03 8000 8000

Tuan,

PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA PERTUKARAN DARI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SONG,


SARAWAK KE PEJABAT PENDIDIKAN KOTA SETAR, KEDAH

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memohon untuk semakan semula pertukaran saya ke
PPD Kota Setar, Kedah bagi sesi persekolahan pada tahun 2019.

2. Bagi tujuan tersebut, berikut merupakan butiran peribadi saya;

Nama : Zainina binti Zulkifli

No. Kad Pengenalan : 910529-02-5682

Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Status : Berkahwin

PPD Semasa : PPD Song, Sarawak

PPD yang Ingin Dipohon :


3. Permohonan ini dibuat adalah disebabkan beberapa perkara seperti berikut;

3.1 PASANGAN DUKA LARA

Saya terpaksa berjauhan dengan suami saya, seorang penjawat awam yang sedang
berkhidmat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

3.2 MEMBINA KELUARGA

Jarak yang jauh dan kekangan masa bersama suami menyukarkan kami untuk
membentuk sebuah keluarga yang lengkap dengan cahaya mata seperti pasangan
suami isteri yang lain.

3.3 TANGGUNGJAWAB ISTERI DAN ANAK

Stesen bekerja yang jauh di Sarawak menyukarkan saya untuk menjalankan


tanggungjawab sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang anak kepada kedua-
dua ibu bapa. Saya sangat risau akan keadaan ibu kandung saya yang kerap diserang
asma dan terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan. Tambahan pula, ibu
saya yang sakit hanya ditemani dan dapat dijaga oleh ayah saya sahaja yang juga
menghidap masalah kesihatan.

3.4 EMOSI

Berjauhan dengan suami dan keluarga tercinta menjadikan emosi saya terganggu
kerana tidak dapat bersama untuk menjaga keperluan harian dan kesihatan mereka
setiap hari. Di samping itu, berada jauh di kawasan pedalaman menyebabkan saya
mengalami tekanan perasaan. Lantas, saya tidak dapat berikan perhatian
sepenuhnya terhadap kerjaya dan tugas hakiki saya sebagai seorang pendidik.

3.5 KOS PENGANGKUTAN

Kos pengangkutan untuk pulang ke kampung halaman yang sangat tinggi


memberikan tekanan kepada saya. Hal ini adalah kerana harga tiket kapal terbang,
hotel, bot dan teksi menjadi semakin mahal saban hari.

3.6 RUMAH TANGGA TIDAK AMAN DAN HARMONI

Jarak jauh dengan suami dan ketiadaan rangkaian telefon menyukarkan kami untuk
menjaga hubungan yang baik antara satu sama lain. Tinggal berasingan dengan
suami meningkatkan risiko berlakunya perselisihan faham antara kami.
3.7 KESELAMATAN

Untuk ke stesen bekerja, saya terpaksa mengharungi pelbagai medium


pengangkutan dalam tempoh masa yang panjang (dua jam penerbangan ke Sibu dari
Kuala Lumpur dan dua jam menyusuri Sungai Rajang menggunakan bot). Saya juga
terpaksa menghadapi cuaca dan keadaan pasang surut air Sungai Rajang yang tidak
menentu yang sangat membahayakan. Keadaan bot untuk ke Song juga adalah
kurang selamat dan tidak mengambil berat akan aspek keselamatan para
penumpang.

Sehubungan dengan itu, dengan harapan yang tinggi, saya memohon jasa baik daripada pihak tuan
agar dapat mempertimbangkan rayuan semakan semula pertukaran saya. Kerjasama dan
keprihatinan daripada pihak tuan adalah amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Zainina binti Zulkifli)

No. Tel : 0195716343

Anda mungkin juga menyukai