Anda di halaman 1dari 4

NINA KETIBAAN TUAN PPD

Mengumumkan ketibaan

Yang berusaha
Mejar Dr Faiz bin Khaleed,

Yang berusaha,
Encik Duncan anak Luta,
Pegawai Pendidikan Daerah Song

Diiringi oleh,

Yang berusaha,
Encik Nuing anak Sanom,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nanga Temalat.

Penolong-penolong kanan serta guru-guru.

Para hadirin diminta berdiri.


.....................PPD duduk......................................
Para hadirin dijemput duduk.
ADEL NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Bagi memulakan majlis kita pada petang ini, marilah kita bersama-sama menyanyikan
lagu Negaraku. Hadirin dijemput untuk berdiri.

....................LAGU NEGARAKU...................

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih diatas nyanyian sebentar tadi. Hadirin
dijemput duduk.

NINA Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu Ilahi.

Yang Berusaha
Mejar Dr Faiz bin Khaleed,

Yang berusaha,
Encik Duncan anak Luta,
Pegawai Pendidikan Daerah Song.

Yang Berusaha
Encik Alysis Samat,
Penyelia Unit Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Song,
Yang berusaha,
Encik Nuing anak Sanom,
Guru Besar SK Nanga Temalat.

Yang Berusaha,
Encik Melin anak Ujan,
Yang Dipertua PIBG SK Nanga Temalat.

Barisan penolong kanan, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan.

Selamat datang ke
PROGRAM CERAMAH MOTIVASI REACH FOR THE STARS OLEH MEJAR DR FAIZ BIN
KHALEED.
ADEL MUKHADIMAH
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk
hadir memeriahkan lagi Program Ceramah Motivasi Reach For the Stars oleh Mejar Dr
Faiz bin Khaleed yang julung-julung kali diadakan di bawah anjuran unit bimbingan dan
kaunseling SK Nanga Temalat.

NINA KATA ALU-ALUAN GB

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Tanpa melengahkan masa,


majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha En. Nuing anak Sanom, Guru
Besar SK. Ng. Temalat untuk menyampaikan kata alu-aluan.
Majlis mempersilakan.

…...(ucapan GB).......

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian untuk menyampaikan ucapan
sebentar tadi.
NINA UCAPAN PPD

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha, Encik Duncan anak Luta, Pegawai
Pendidikan Daerah Song untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
PROGRAM CERAMAH MOTIVASI REACH FOR THE STARS OLEH MEJAR DR FAIZ BIN
KHALEED. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

.....(ucapan PPD).....

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan untuk merasmikan majlis
sebentar tadi.

Ngepan digaya pusaka bangsa


Dipakai oleh si anak dara
Hadir tuan meriahnya rasa
Kami menyambut penuh gembira

Hadirin sekalian,
Kita amat beruntung kerana telah terdapat tetamu istimewa yang sudi bertandang di
bumi temalat.

Beliau yang telah dilahirkan pada 15 September 1980 di Kuala Lumpur. Merupakan
angkasawan Malaysia dan juga doktor gigi tentera bersama Angkatan Tentera Diraja
Malaysia.

Justeru, tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput,

Yang Berusaha
Mejar Dr Faiz bin Khaleed,

Untuk menyampaikan ceramah beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Mejar Dr Faiz bin Khaleed atas kesudian beliau
untuk menyampaikan ceramah beliau sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Sebagai tanda penghargaan kepada tetamu istimewa kita, majlis diteruska lagi dengan
penyampaian cenderahati.

Justeru, majlis dengan segala hormatnya menjemput


Encik Nuing anak Sanom,
Guru Besar SK Nanga Temalat

Bagi menjemput dan mengiringi

Yang berusaha
Encik duncan anak luta,
Pegawai pendidikan daerah song,

Bagi menyempurnakan penyampaian cenderahati.

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput

Encik Ahsanul bin Gazi,


Selaku pengiring penceramah kita pada hari ini.

Seterusnya, sebagai penghargaan atas kesudian untuk membuka mata murid-murid SK


Nanga Temalat untuk menggapai bintang yang lebih tinggi, majlis edngan segala
hormatnya menjemput
Mejar Dr Faiz bin Khaleed,
Penceramah program kita pada hari ini
bagi menerima cenderahati.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Duncan anak Luta atas kesudian
menyampaikan cenderahati sebentar tadi.
Penutup
Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka majlis kita
sudah sampai ke penghujungnya. Diharapkan tetamu kita tidak serik untuk bertandang
ke sini semula. InsyaAllah dengan izinnya, akan bersua semula di lain masa.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Sekali lagi, syabas dan tahniah untuk semua.

Akhir kata,
Saya CIK ZAININA BINTI ZULKIFLI

wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai