Anda di halaman 1dari 3

TEKS JURUACARA

PEMBENTANGAN DUA SEKOLAH RENDAH DAERAH BARAT DAYA

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia,
En. Mohd Nafir bin Adam Sahib
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid
PPD Barat Daya

Yang_______________
En. Rozaimi bin Che Hat
Penolong PPD Hal Ehwal Murid
PPD Barat Daya

Yang_______________
Mohd Fahrin bin Zabidi
Penolong PPD Hal Ehwal Murid
PPD Barat Daya

Yang Berusaha,
En. Azlin bin Jambut
Guru Besar SK Telok Kumbar

Yang Berusaha,
Pn. Rodzita binti Md Isa
Guru Besar SK Sungai Batu

Yang Dihormati,
En. Othman bin Mat
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Telok Kumbar

Pn. Eda Rohani binti Che Deris


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sungai Batu

Pn. Aelimar binti Anuar


Penyelia Petang SK Telok Kumbar

Pn. Sharifah Nor-Azizah binti Wan Sagap


Guru Bimbingan & Kaunseling SK Telok Kumbar

Pn. Aishah binti Hamid


Guru Bimbingan & Kaunseling SK Sungai Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera.


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya, dapat
kita berkumpul dalam
__________________________________________________________________.
2.00pm : UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR SKTK

Dayung sampan dulu-duluan,


Singgah berlabuh di Tanjung Jati;
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari tuan sama-sama amati.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Guru Besar SK Telok Kumbar, En. Azlin
bin Jambut untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Azlin bin Jambut atas ucapan itu tadi.

2.10pm : JAMUAN RINGAN

Tuan-tuan & puan-puan, sebelum majlis mengorak lebih jauh, majlis mempersilakan tetamu kehormat
& para hadirin untuk menikmati sedikit jamuan ringan. Majlis mempersilakan.

2.30pm : UCAPAN EN. MOHD NAFIR

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya kita ikuti pula ucapan Yang Berbahagia, En. Mohd Nafir bin Adam Sahib, Timbalan PPD
Sektor Pembangunan Murid, PPD Barat Daya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, En. Mohd Nafir bin Adam Sahib
atas ucapan itu.

2.40pm : SESI PEMBENTANGAN

Kita tiba ke puncak acara iaitu sesi pembentangan.

Majlis dengan penuh rendah hati mempersilakan Yang Dihormati, En. Othman bin Mat, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid SK Telok Kumbar untuk sesi pembentangan giliran pertama. Untuk itu, majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, En. Othman bin Mat atas pembentangan sebentar
tadi.

*****
Acara pembentangan diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dihormati, Pn. Eda Rohani binti Che
Deris, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sungai Batu. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih Yang Dihormati, Pn. Eda Rohani binti Che Deris atas
pembentangan sebentar tadi.
4.00pm : PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia, En. Mohd Nafir bin Adam
Sahib, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, PPD Barat Daya atas kelapangan masa &
kesudian hadir ke sesi pembentangan ini.

Air laut tenang-tenangan,


Tanam selasih tepi perigi;
Cenderamata tanda kenangan,
Terima kasih sekalung budi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Berusaha, En. Azlin bin Jambut, Guru
Besar SK Telok Kumbar diiringi oleh Yang Dihormati, En. Othman bin Mat, PK Hal Ehwal Murid SK
Telok Kumbar untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia, En. Mohd Nafir bin
Adam Sahib, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, PPD Barat Daya. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia, En. Mohd Nafir bin Adam Sahib,
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, PPD Barat Daya kerana sudi menerima cenderamata.

Seterusnya dipersilakan pula Yang Berusaha, Pn. Rodzita binti Md Isa, Guru Besar SK Sungai Batu
untuk menerima cenderamata. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Pn. Rodzita binti Md Isa, Guru Besar SK
Sungai Batu atas kesudian menerima cenderamata dan terima kasih kepada En. Azlin bin Jambut,
Guru Besar SK Telok Kumbar atas kesudian menyampaikan cenderamata kepada tetamu.

4.15pm : PENUTUP

Ibarat berjalan dah sampai di halaman,


Ibarat berenang dah sampai di tebing,
Ibarat terbang dah hinggap di dahan,
Ibarat mendaki dah sampai di puncak.

Bagi pihak seluruh anggota jawatankuasa, majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Yang Berbahagia, En. Mohd Nafir bin Adam Sahib, Timbalan PPD Sektor Pembangunan
Murid, PPD Barat Daya atas kesudian untuk bersama-sama kita pada petang ini.

Terima kasih kepada semua tetamu kehormat, hadirin dan hadirat yang sudi melapangkan masa
untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.

Akhir kata,
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Yang baik itu ketentuan Allah,
Yang cela itu kelemahan diri.

Sekian wabillahhitaufikwalhidayah wassalamualaikum w.b.t. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai