Anda di halaman 1dari 8

Mengumumkan ketibaan Yang

Diraikan En. Abdull Mutalib bin


Denan diiringi dif-dif kehormat
masuk ke dalam dewan.

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh
bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis
“Kasih Disemai Bakti Dituai”
sempena persaraan En. Abdull
Mutalib bin Denan, Guru Besar SK
LKTP Sg. Sayong.

ang Dihormati
En. Md. Sukor bin Marzuki
Pengerusi Jawatankuasa Majlis
“Kasih Disemai Bakti Dituai”
dan seluruh ahli jawatankuasanya

Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan
Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong

Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin
dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”
sempena persaraan Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru
Besar SK LKTP Sg. Sayong.

irih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis


kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan
oleh Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih
kepada Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad
atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita


perkatakan atas segala bakti dan
kepimpinan yang dilakukan oleh
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan sepanjang perkhidmatan
beliau di dalam dunia pendidikan
yang berakhir sebagai Guru Besar di
SK LKTP Sungai Sayong.

Hadirin dan hadirat yang dihormati


sekalian

Tiap pertemuan pasti ada


perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita


saksikan persembahan multimedia
sempena persaraan Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan.

Itulah sebentar tadi dapat kita


saksikan persembahan multimedia
sempena persaraan Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan.
Mudah-mudahan ianya dapat
memberi sumber inspirasi buat kita
semua.

Tak molek jika ada alu tiada


lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada
perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada
yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati


Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan


daripada Yang Berusaha Tn. Hj.
Mohmad Harin bin Basiran, Guru
Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai
Sayong. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada


Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad
Hairin bin Basiran atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput


dan mempersilakan kepada Yang
Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru SK LKTP Sungai Sayong
untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada


Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser
bin Bedu atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput


dan mempersilakan kepada yang
Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj.
Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah
Kulai untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada


yang Dihormati En. Abdul Aziz bin
Hj. Redwan atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita


nanti-nantikan iaitu ucapan
daripada Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan. Majlis dengan
segala hormatnya ingin menjemput
dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi


penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan atas ucapan itu
tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita


pada hari ini, marilah sama-sama
kita saksikan persembahan daripada
kumpulan yang menggelarkan diri
mereka sebagai Little Khalifah.
Mereka akan mendeklamasikan
sebuah sajak yang bertajuk “Jasamu
Dikenang” dan mendendangkan 2
buah lagu yang bertajuk “Terlalu
Indah” dan “Bertemu dan Berpisah”.

Itulah sebentar tadi kumpulan Little


Khalifah yang telah menampilkan
sebuah pesembahan yang cukup
istimewa.

Hadirin dan hadirat yang dihormati


sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara


penyampaian cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan
yang kita raikan pada hari ini iaitu
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala


hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan kepada Tn. Hj.
Mohmad Hairin bin Basiran, Guru
Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai
Sayong untuk mengiringi Yang
Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan


penyampaian cenderamata daripada
wakil-wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas


Pra-sekolah 1

Dipersilakan wakil daripada kelas


Pra-sekolah 2

Dipersilakan wakil daripada kelas


Pendidikan Khas

Dipersilakan wakil daripada kelas 1


Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 1


Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2


Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2


Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3


Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3


Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4


Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4


Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5


Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5


Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6


Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6


Gemilang

Seterusnya Majlis mempersilakan


kepada Yang Dihormati Tn. Hj.
Abdul Naser bin Bedu untuk
menyampaikan cenderamata
daripada Persatuan Ibu Bapa dan
Guru, SK LKTP Sungai Sayong.

Dan yang terakhir, Majlis


mempersilakan kepada Yang
Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki
untuk menyampaikan cenderamata
daripada Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.

Itulah tadi upacara penyampaian


cenderamata kenang-kenangan
khusus untuk Yang Diraikan En.
Abdull Mutalib bin Denan.

Majlis merakamkan ribuan terima


kasih kepada Yang Diraikan En.
Abdull Mutalib bin Denan atas
kesudian menerima cenderamata itu
tadi. Majlis turut merakamkan
ribuan terima kasih di atas kesudian
Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad
Hairin bin Basiran mengiringi Yang
Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan


terima kasih kepada semua
penyampai cenderamata sebentar
tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati


Allah

Untuk pengetahuan semua, Yang


Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan turut berbesar hati untuk
menyampaikan cenderamata
kenang-kenangan khusus daripada
beliau sendiri.

Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin


menjemput dan mempersilakan
kepada Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan untuk
menyempurnakan upacara tersebut.

Yang pertama, dipersilakan kepada


Yang Dihormati En. Md. Sukor bin
Marzuki selaku wakil daripada Badan
Kebajikan Guru dan Kakitangan SK
LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada


Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad
Hairin bin Basiran selaku wakil
Pentadbiran SK LKTP Sungai
Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada En.


Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai
Pelajaran Daerah Kulai.

Seterusnya, dipersilakan kepada En.


Mohd Rosli bin Othman, Penolong
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Menengah.

Seterusnya, dipersilakan kepada Tn.


Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Rendah.

Dan yang terakhir, dipersilakan


kepada En. Mohd Azmi bin Abdul
Rahman, Pegawai Maklumat,
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.

Itulah sebentar tadi upacara


penyampaian cenderamata kenang-
kenangan daripada Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan.

Inilah yang dikatakan, umpama


belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di
muara
Umpama berjalan telah sampai di
destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun


berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis
kita pada hari ini. Sebelum bersurai,
kita akan menyaksikan buat kali
terakhirnya Yang Diraikan En. Abdul
Mutalib bin Denan akan
menandatangani buku rekod
kehadiran sebagai tanda
berakhirnya tugas rasmi beliau di
dalam dunia pendidikan ini.

Majlis juga ingin mengucapkan


ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan kerana sudi untuk bersama
kita pada hari yang penuh bermakna
ini dan kami semua mendoakan agar
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan bertambah ceria dan bahagia
di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan


terima kasih kepada semua tetamu
dan hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”
ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin


memohon ribuan kemaafan andai
ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa


BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Oleh : Noor Azaref bin Naim


SK LKTP Sungai Sayong
81000 Kulai, Johor
12 September 2008

Anda mungkin juga menyukai