Anda di halaman 1dari 5

TEKS MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Yang Mulia Tengku Mazlan B. Tengku


Ahmad….

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi Yang Mulia
Tengku Mazlan B. Tengku Ahmad, kakitangan SM Imtiaz YT Dungun.

Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha, Ust Azli Bin Musa


Pengetua SM Imtiaz YT Dungun

Yang Diraikan Yang Mulia Tengku Mazlan B. Tengku Ahmad

Yang Dihormati,
Barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru dan seterusnya para pelajar sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi Yang Mulia Tengku Mazlan B. Tengku
Ahmad, kakitangan SM Imtiaz YT Dungun.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh anak soleh Muhammad Danish Bin Mohamad Adam Toh.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa
itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar, anak soleh Muhammad
Hilmi Hariz Bin Nor Azahar . Dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan wakil guru, Cg Kahiri bin Talib
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Sebelum meneruskan lagi acara, izinkan saya membaca biodata ringkas Yang
Mulia Tengku Mazlan B. Tengku Ahmad

RUJUK BIODATA
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Yang Mulia Tengku Mazlan B. Tengku Ahmad..dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan perpisahan dari insan yang kita raikan pada hari ini.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
tayangan video yang disediakan khas buat insan yang kita raikan pada hari ini.
Marilah sama-sama kita saksikan…

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Mulia
Tengku Mazlan B. Tengku Ahmad.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
Ust Azli Bin Musa, Pengetua SM Imtiaz YT Dungun bagi mengiringi Yang
Diraikan Yang Mulia Tengku Mazlan B. Tengku Ahmad untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Majlis mempersilakan…

SILA RUJUK AJK HADIAH

Demikianlah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus


untuk Yang Diraikan Yang Mulia Tengku Mazlan B. Tengku Ahmad.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Mulia Tengku Mazlan B.
Tengku Ahmad atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Yang
Mulia Tengku Mazlan B. Tengku Ahmad kerana sudi untuk bersama kita pada hari
yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar beliau akan bertambah
ceria dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
BIODATA YANG MULIA TENGKU MAZLAN B. TENGKU AHMAD….

Kelahiran
Tarikh Lahir : 22/09/1967
Anak ke berapa drpd brp beradik : ke3 drp 9 beradik
Tempat Lahir : Dungun Terengganu
Nama Ayah dan Ibu : Tg Ahmad b Tg Ismail/ Nik Asmah bt Ismail

Perkahwinan
Nama pasangan : Rohana bt Samsudin
Kerja pasangan : Pembantu operasi/staf Yayasan Terengganu

Pendidikan
Sekolah rendah : Sk Laki2 Dungun@Sk Bandar sekarang
Sek men : Sek Men Sultan Omar
Lain² :

Sejarah Perkhidmatan :mula bertugas :1/1/1988.(asrama yayasan terengganu


dungun),Maktab rendah yt,kostaq,imtiaz

Anugerah Pencapaian yg pernah dapat: anugerah cemerlang YT,tokoh


maulidur Rasul,tokoh sukan

Keluarga
Bil anak :9 org..
2laki,7 puan. cucu 9 org.menantu 5 org.Isteri 1

Anda mungkin juga menyukai