Anda di halaman 1dari 2

Nama

SJKC Chee Tong,


Jalan Kempas,
Taman Kota Putri,
81750 Masai,
Johor
Tuan Haji Mohd Adely Bin Sura
Sektor Pengurusan Sekolah Rendah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Malaysia
Melalui dan salinan :
Unit Sekolah Rendah,
Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Johor,
Wisma Pendidikan,
Jalan Tun Abdul Razak,
80604 Johor Bahru
Tuan/Puan,
RAYUAN PENEMPATAN SEMULA
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Saya seperti nama di atas ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk meluluskan
permohonan penempatan semula dari Negeri Johor ke Negeri Sembilan.
Nama
:
No. Kad Pengenalan
:
Opsyen
: Pend
Pengalaman Mengajar
:
No. Telefon
:
Bersama-sama ini saya lampirkan surat kebenaran suami.
3.

Permohonan pertukaran saya berdasarkan faktor-faktor berikut :


3.1 Lambakan warga asing di daerah Pasir Gudang ini menyebabkan risiko
ancaman keselamatan terhadap saya amat tinggi. Rumah sewa saya juga pernah
hampir diceroboh masuk oleh perompak.

3.2 Keadaan saya yang berjauhan ini menyebabkan saya sukar untuk
mengandung. Hal ini memberikan saya tekanan kerana perkahwinan saya sudah
hampir 2 tahun.
3.3 Disebabkan terpaksa berulang alik setiap minggu dari Johor ke Negeri
Sembilan, saya terpaksa menanggung kos minyak dan tol lebih kurang RM700 setiap
bulan. Sukar untuk saya membuat simpanan untuk masa depan.
3.4 Keadaan saya yang berulang alik setiap minggu juga meningkatkan risiko
kemalangan jalan raya.
3.5 Situasi berjauhan ini juga telah menyebabkan saya mengalami tekanan
emosi, mental dan fizikal kerana terpaksa ulang alik setiap minggu dan menghadapi
tekanan di tempat kerja.
3.6 Cuti hujung minggu saya dan suami juga tidak sama. Ini menyebabkan
kami jarang berjumpa dan masa yang diluangkan bersama adalah amat terhad.

4.

Kerjasama dan kelulusan daripada pihak Tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

..
(nama)

Anda mungkin juga menyukai