Anda di halaman 1dari 2

Nur Aliyah binti Azizi (851125-14-5808) Pensyarah DH41 Politeknik Muadzam Shah Lebuhraya Tun Abdul Razak 26700

Muadzam Shah Pahang. Kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 17 Jun 2013

Tuan, Memohon Pertukaran bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Politeknik Merujuk kepada perkara di atas, saya Nur Aliyah binti Azizi yang sedang berkhidmat sebagai Pensyarah DH41 di Politeknik Muadzam Shah ingin memohon pertukaran tempat berkhidmat ke Politeknik Nilai di atas sebab-sebab yang dinyatakan seperti berikut.

2.

Untuk makluman, saya telah menangguhkan pengajian di peringkat pengajian professional

perakaunan dari Chartered Institute of Management Accountant (CIMA, UK) di Universiti Teknologi MARA (UITM) setelah mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang Electronic Commerce di Australia seperti yang telah ditawarkan oleh Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP) di bawah KPT. Saya tinggal lagi empat kertas akhir yang perlu diduduki untuk melayakkan saya tamat pengajian dalam CIMA. Bagaimanapun, hasrat itu tidak dapat dilaksanakan kerana kelas untuk pengajian tersebut hanya diadakan di UITM Shah Alam.

3.

Saya ingin berkhidmat di Politeknik Nilai kerana institusi berikut sedang menawarkan Diploma

in E-Commerce (DEC). Oleh itu, ianya berkait dengan bidang pengkhususan dalam ijazah sarjana muda saya.

4.

Suami saya sudah berkhidmat selama 7 tahun di Universiti Malaya dan kini sedang mengikuti

pengajian luar kampus di UITM Shah Alam dalam peringkat Diploma dan kuliah beliau diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Keadaan ini menyukarkan lagi suami saya untuk melawat saya dan anak di

Muadzam Shah, Pahang. Anak saya baru berusia lima bulan dan tiada saudara mara terdekat yang boleh membantu saya untuk menjaga anak kecil saya.

4.

Antara sebab lain saya mahu bertukar adalah kerana sudah hampir tiga tahun saya berkhidmat

di sini. Selama dua tahun jugalah saya dan suami telah berulang-alik dari Muadzam Shah ke Kuala Lumpur dan sebaliknya. Kos berulang-alik yang tinggi menyebabkan saya perlu mengawal perbelanjaan kami sekeluarga. Tambahan pula dengan keadaan anak saya yang masih kecil ini telah menyukarkan saya untuk memandu sendiri ke Kuala Lumpur, kini hanya suami saya yang berulang-alik.

5.

Saya memohon jasa baik pihak tuan untuk mempertimbangkan dan meluluskan permohonan

pertukaran saya ini. Jasa dan kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai. Saya berjanji akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang pendidik dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(NUR ALIYAH BINTI AZIZI)

Anda mungkin juga menyukai