Anda di halaman 1dari 2

Puan

No 123, Jalan Angsana 456,


Taman Angsana,
28200 Bera,
Pahang.
___________________________________________________________________

Pengarah,
Pertubuhan,
Menara PERKESO,
No. 281, Jalan Ampang,
50538 Kuala Lumpur.

15 JANUARI 2015.

Tuan,

Memohon Bertukar Ke Cawangan Temerloh

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Saya seperti nama di atas telah diterima bekerja di PERKESO cawangan Bentong
sebagai Pegawai Eksekutif Kontrak (Pegawai Pemeriksa) memohon jasa baik tuan
untuk saya ditukarkan tempat bertugas ke PERKESO cawangan Temerloh.

3. Permohonan ini dibuat di atas sebab-sebab yang munasabah. Antaranya ialah


keadaan saya yang sedang mengandung dan bakal melahirkan anak pada akhir
bulan 6. Disamping itu juga, saya berada jauh dengan suami kerana beliau bekerja

di Besut, Terengganu. Tambahan lagi, ibu saya menetap di kampung halaman di


Bera berdekatan dengan PERKESO cawangan Temerloh.

4. Sehubungan dengan itu, diharapkan pihak tuan mempertimbangkan permohonan


saya untuk bertukar di cawangan Temerloh. Segala kerjasama dari pihak tuan saya
dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(SITI____________________)

Anda mungkin juga menyukai