Anda di halaman 1dari 2

CONTOH SURAT MOHON PIBG BAYAR YURAN

Nama Waris.,
Alamat

Tarikh : 23 Januari 2011

Tuan Syed Sofi b Syed Ismail,
Yang DiPertua ,
Persatuan IbuBapa Dan Guru (PIBG),
SMK Bakar Arang,
08000 Sungai Petani,
Kedah.

Melalui dan salinan kepada :

En Rosly b Ahmad,
Tuan Pengetua,
SMK Bakar Arang,
08000 Sungai Petani,
Kedah.

Tuan,

MEMOHON BANTUAN UNTUK MENJELASKAN BAYARAN YURAN TAMBAHAN TAHUN 2011

Perkara di atas dirujuk.

2. Untuk pengetahuan tuan, saya Norhayati bt Che Lat, bernombor kad pengenalan 730203-02-
6062 merupakan ibu kepada dua orang pelajar sekolah tuan. Iaitu Mohamad Areef b Mohd Idris Fitri dari
Tingkatan 4 MPV dan Nur Afieqah bt Mohd Idris Fitri dari Tingkatan 2 Amanah. Saya memohon jasa baik
tuan untuk membantu saya menjelaskan bayaran yuran tambahan tahun 2011, bagi dua orang anak saya
seperti dinyatakan. Ini kerana saya mengalami masalah kesempitan wang untuk melaksanakan bayaran
tersebut.

3. Untuk pengetahuan tuan, saya seorang surirumahtangga sepenuh masa. Saya juga mempunyai
dua orang lagi tanggungan iaitu seorang anak berumur 11 tahun yang belajar di SK Bakar Arang dan
seorang lagi anak berusia 2 tahun. Suami saya bekerja sendiri dan tidak mampu untuk menyediakan
wang untuk perbelanjaan tersebut kerana perlu untuk kegunaan lain.

4. Semoga permohonan saya mendapat pertimbangan dari pihak tuan. Jasa tuan saya dahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

...........................................
(Nama)
No. HP

Anda mungkin juga menyukai