Anda di halaman 1dari 21

JADUAL TANDA RESAM UTHMANI

Oleh : Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

© 2012 Mohammad Asraff Ayob


Hakcipta Terpelihara
Versi 1.0

*** PERHATIAN ***

Ebook ini diberikan PERCUMA dengan pembelian


3 DVD Pakej TAJWID SUPER MUDAH.

Sila layari : www.tajwidsupermudah.com

*** PENTING ***

Susunan jadual ini adalah berdasarkan penerangan DVD Tajwid Super Mudah.

Jadual ini tidak menyenaraikan semua hukum tajwid Al-Quran. Ia berperanan membantu
penjelasan DVD Tajwid Super Mudah sahaja. Mohon para pembaca merujuk kepada buku-
buku tajwid yang banyak terdapat di pasaran untuk memahami keseluruhan
hukum-hakam tajwid.

Jika para pembaca punya apa-apa cadangan/komentar atau pandangan,


mohon ajukannya terus kepada Ustaz Asraff melalui :

asraff2@yahoo.com
tajwidsupermudah@yahoo.com
www.facebook.com/asraffayob

***********

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang/menyebarkan mana-mana bahagian isi


kandungan daripada ebook ini termasuk artikel, ilustrasi dan gambar dalam apa jua bentuk dan cara
sekalipun sama ada fotokopi, mekanik, rakaman, cetakan, elektronik atau apa jua cara lain tanpa terlebih
dahulu mendapat izin bertulis dari MOHAMMAD ASRAFF AYOB.

Buktikan kecintaan dan kejujuran anda kepada Islam dengan memiliki mutiara ilmu dari ebook ini dengan
cara yang dihormati dan halal. Jika anda dengan sengaja meniru, memperbanyakkan, mengedar, menjual
atau melakukan cara-cara yang menafikan hak penerbit, ia akan mengakibatkan ilmu serta integriti anda
akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah ‘Azza Wa Jalla nanti.
TANDA (SIGN) DALAM
AL-QURAN RESAM UTHMANI

Dalam Al-Quran Resam Uthmani, terdapat beberapa petanda (sign) yang mewakili
teknik bacaan tertentu atau hukum-hakam tajwid tertentu. Dengan mengenali tanda -
tanda ini, ia memudahkan dan melancarkan lagi pembacaan Al-Quran kita. Kesemua
tanda-tanda tersebut boleh dibahagikan kepada 4 bahagian besar iaitu :

1: BARIS
2: HURUF KECIL (SEBAGAI TANDA KHAS)
3: TANDA-TANDA KHUSUS LAIN
4: TANDA WAQAF (BERHENTI)

1 : BARIS
Dalam bahagian baris, ada 4 tanda yang akan dibahaskan iaitu :

1: Baris tanwin
2: Tanda mati
3: Tanda sabdu
4: Tanda mad

1.1 : TANWIN
Ada 2 teknik ia ditulis :

1 - tanwin baris atas & bawah ‘selari’, tanwin baris depan ‘69’ :

2 - tanwin baris atas & bawah ‘tidak selari’, tanwin baris depan ‘99’ :

Dan terdapat 4 jenis hukum tajwid yang menggunakan tanda tanwin ini untuk
menunjukkan kewujudannya dalam Al-Quran iaitu :

1: Hukum Izhar
2: Hukum Idgham
3: Hukum Ikhfa’
4: Hukum Iqlab

Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com


1.1.1 : IZHAR

Hukum izhar bermaksud : Jelas, iaitu baca tanwin secara jelas dan terang, tanpa
sebarang dengung atau pemanjangan (mad) padanya. Ia terbahagi kepada 2 iaitu :
Izhar Halqi dan Izhar Syafawi.

IZHAR HALQI DALAM AL-QURAN.

Hukum Izhar Halqi wujud apabila tanwin atau huruf Nun mati bertemu dengan 6 huruf
izhar iaitu : ‫ء ه ع ح غ خ‬

(Ia boleh dikenali dengan tanwin baris atas dan bawah ditulis dalam keadaan selari,
sementara tanwin baris depan dalam bentuk ‘69’. Manakala huruf ‘Nun Mati’ pula
ditulis tanda matinya.)

Huruf Contoh Nun Sakinah Contoh Tanwin


Izhar (Nun mati)
Halqi
Satu kalimah Dua kalimah Dua kalimah sahaja

‫ء‬
Surah Al-Baqarah, 6 Surah Al-Hujurat, 17 Surah Al-An’aam, 93

‫ه‬
Surah Hud, 105 Surah Hud, 93 Surah Taubah, 109

‫ع‬
Surah Al-Fatihah, 7 Surah Al-Baqarah, 178 Surah Al-Baqarah, 6

‫ح‬
Surah Al-Baqarah, 6 Surah Al-An’aam, 92 Surah Al-Ma’idah, 12

‫غ‬
Surah Al-Isra’, 51 Surah Al-Baqarah, 6 Surah Al-Ma’idah, 3

‫خ‬
Surah Al-Ma’idah, 3 Surah Al-Baqarah, 74 Surah Al-Hujurat, 13

IZHAR SYAFAWI DALAM AL-QURAN.

Hukum Izhar Syafawi wujud apabila huruf Mim mati bertemu dengan 26 huruf izhar
Syafawi iaitu huruf Hija’iyyah selain Mim dan Ba’.

‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com


(Izhar Syafawi dikenali apabila huruf ‘Mim Mati’ ditulis tanda matinya bila bertemu
dengan huruf-hurufnya yang berjumlah 26 huruf kesemuanya.)

Huruf Mim mati dalam Mim mati dalam


Izhar Syafawi 1 perkataan 2 perkataan
‫ء‬
‫ت‬
‫ث‬
Tiada contoh huruf ini dalam 1 perkataan
‫ج‬
‫ح‬
Tiada contoh huruf ini dalam 1 perkataan
‫خ‬
‫د‬
Tiada contoh huruf ini dalam 1 perkataan
‫ذ‬
‫ر‬
‫ز‬
‫س‬
‫ش‬
Tiada contoh huruf ini dalam 1 perkataan
‫ص‬
‫ض‬
‫ط‬
Tiada contoh huruf ini dalam 1 perkataan
‫ظ‬
‫ع‬
Tiada contoh huruf ini dalam 1 perkataan
‫غ‬
Tiada contoh huruf ini dalam 1 perkataan
‫ف‬
Tiada contoh huruf ini dalam 1 perkataan
‫ق‬
‫ك‬
‫ل‬
‫ن‬
‫و‬
‫ه‬
‫ى‬

Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com


1.1.2 : IDGHAM

Hukum idgham bermaksud : memasukkan atau menggabungkan, iaitu memasukkan


bunyi suatu huruf ke dalam huruf berbaris selepasnya. Ia terbahagi kepada 3 iaitu :
Idgham Maal-Ghunnah , Idgham Bila-Ghunnah dan Idgham Mislain.

IDGHAM MAAL-GHUNNAH DALAM AL-QURAN.

Hukum Idgham Maal-Ghunnah wujud apabila tanwin atau huruf Nun mati bertemu
dengan 4 hurufnya iaitu : ‫ي و م ن‬

(Tanwin baris atas & tanwin baris bawah ditulis tidak selari, dan tanwin baris depan
bentuknya 99. Sementara 2 huruf idgham pertama iaitu ya dan wau tiada tanda sabdu
diatasnya dan hanya ada tanda baris sahaja. 2 lagi huruf idgham iaitu mim dan nun
ada tanda sabdu dan ada tanda baris di atasnya.)

(Tanda huruf nun mati pula ialah : huruf nunnya tiada tanda mati dan tiada tanda
sabdu di atas huruf ya dan wau, sementara bagi huruf mim dan nun, ada tanda sabdu
diatasnya.)

Huruf Idgham Contoh Nun Mati Contoh Tanwin


Maal - Ghunnah (2 perkataan)

‫ي‬

‫و‬

‫م‬

‫ن‬

IDGHAM BILA-GHUNNAH DALAM AL-QURAN.

Hukum Idgham Maal-Ghunnah wujud apabila tanwin atau huruf Nun mati bertemu
dengan 2 hurufnya iaitu : ‫ل ر‬

Kuasai tajwid bacaan Al-Fatihah ke tahap kualiti lebih tinggi - www.fatihahterunggul.com


(Tanwin baris atas & tanwin baris bawah ditulis tidak selari, dan tanwin baris depan
berbentuk 99. Sementara 2 huruf idgham iaitu Lam dan Ro wujud tanda sabdu
di atasnya.)

(Tanda huruf nun mati pula ialah : huruf nunnya tiada tanda mati dan sementara huruf
Lam dan Ro ada tanda sabdu diatasnya.)

Huruf Idgham Contoh Nun Mati Contoh Tanwin


Bila - Ghunnah

‫ر‬

‫ل‬

IDGHAM MISLAIN DALAM AL-QURAN.

Hukum Idgham Mislain wujud apabila huruf Mim mati bertemu dengan huruf Mim juga.

(Huruf Mim pertama tiada tanda mati, sementara huruf mim kedua ada tanda sabdu
dan baris diatasnya. )

Huruf Idgham Mislain Contoh Nun Mati

‫م‬

‫م‬

* PENGECUALIAN : 4 PERKATAAN ‘IDGHAM’ YANG WAJIB DIBACA IZHAR

Dalam Al-Quran, terdapat 4 perkataan hukum Idgham Maal-Ghunnah yg wajib dibaca


secara izhar iaitu :

Surah Al-An’am, 99 Surah Al-Baqarah, 85 Surah Sof, 4 Surah Rakd, 4

Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com


1.1.3 : IKHFA’

Hukum idgham bermaksud : menyembunyikan, iaitu dengan mengeluarkan bunyi


antara izhar dengan idgham ketika menyebut hukum ikhfa’ beserta dengung. Ia
terbahagi kepada 2 iaitu : Ikhfa’ Hakiki dan Ikhfa’ Syafawi.

IKHFA’ HAKIKI DALAM AL-QURAN.

Hukum ini wujud apabila tanwin atau huruf Nun mati bertemu dengan 15 huruf Ikhfa’.

(Tanwin baris atas & tanwin baris bawah ditulis tidak selari, dan tanwin baris depan
bentuknya 99. Sementara 15 huruf Ikhfa’ hanya ada tanda baris dan tiada tanda
sabdu diatasnya.)

(Tanda huruf nun mati pula ialah : huruf nunnya tiada tanda mati, sementara 15 huruf
Ikhfa’ hanya ada tanda baris dan tiada tanda sabdu diatasnya.)

Huruf Contoh Nun Sakinah (Nun mati)


Ikhfa’ Contoh Tanwin
Satu kalimah Dua kalimah
Hakiki
‫ت‬
‫ث‬
‫ج‬
‫د‬
‫ذ‬
‫ز‬
‫س‬
‫ش‬
‫ص‬
‫ض‬
‫ط‬
‫ظ‬
‫ف‬
‫ق‬
‫ك‬

‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com


IKHFA’ SYAFAWI DALAM AL-QURAN.

Hukum ini wujud apabila Mim mati bertemu dengan satu sahaja huruf iaitu BA : ‫ب‬

(Tiada tanda mati pada huruf mim mati, sementara huruf Ba’ pula hanya ada tanda
baris dan tiada tanda sabdu diatasnya.)

Huruf Ikhfa’ Syafawi Contoh Mim Mati


‫ب‬

1.1.4 : IQLAB

Hukum Iqlab bermaksud : menukarkan, iaitu dengan menukarkan bunyi Nun mati dan
tanwin kepada bunyi huruf Mim, dan ia dibunyikan secara dengung 2 harakat.

Huruf Iqlab satu sahaja iaitu huruf BA : ‫ب‬

(Bagi tanwin samada baris atas, bawah dan depan, salah satu barisnya akan
digantikan dengan huruf mim kecil, sementara bagi huruf nun mati, akan ada mim kecil
diatasnya. Manakala huruf ba pula hanya akan ada baris dan tiada sebarang tanda
sabdu diatasnya)

Huruf Contoh Nun Mati (Nun Sakinah) Contoh Tanwin


Iqlab Satu perkataan Dua perkataan
‫ب‬

1.2 : TANDA MATI


Ada 4 jenis tanda mati atau tanda seakan tanda mati dalam Al-Quran iaitu :

1. Tanda mati biasa

2. Tanda ‘bulat serong’

3. Tanda ‘bulat sempurna’

4. Tanda ‘kepala huruf sod’

Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com


Gelaran Contoh Fungsi Contoh dalam ayat
tanda tanda Al-Quran
Untuk menunjukkan kita cara
menggabungkan bunyi satu huruf
dengan huruf lain. Ia juga
Tanda mati berperanan sebagai petanda
biasa wujudnya hukum-hakam tertentu
seperti izhar, idgham, ikhfa’ & iqlab.

Ia wujud di atas huruf Alif, Wau &


Ya. Fungsinya ialah untuk
menunjukkan bahawa huruf
Tanda tersebut (alif, wau & ya) bukan
‘bulat serong’ huruf mad, sebaliknya ia adalah
huruf ziadah - huruf yang hanya
wujud pada tulisan tetapi tidak
digunakan pada bacaan.

Surah Al-Ma’idah 28
(semua p.p ’Ana’ dlm Quran)

Surah Al-Ahzab 66
Fungsi ‘Alif’ sebagai huruf mad
hanya akan digunakan ketika waqaf
Surah Kahfi 38
Tanda ‘bulat sahaja, sementara ketika bacaan
sempurna’ wasol, ia tidak digunakan.
Surah Ahzab 67

Tanda ini hanya wujud pada 6


perkataan sahaja dalam Al-Quran. Surah Ahzab 10

Surah Insan 15

Tanda Ia adalah petanda yang digunakan


‘kepala huruf bagi menunjukkan huruf ‘Alif’
tersebut adalah ‘hamzah wasol’
sod’

1.3 : TANDA SABDU/ TASYDID/ SYIDDAH


Dalam Al-Quran, ia memiliki 2 fungsi iaitu :

Gelaran Contoh Fungsi Contoh dalam ayat


tanda tanda Al-Quran

Sebagai tanda ‘bunyi’ sabdu

Tanda Sabdu
Sebagai tanda sabdu dan ghunnah
(dengung 2 harakat) pada 2 huruf
saja iaitu Nun dan Mim bertasydid.

Kuasai tajwid bacaan Al-Fatihah ke tahap kualiti lebih tinggi - www.fatihahterunggul.com


1.4 : TANDA MAD
Tanda mad yang dimaksudkan ialah berbentuk lengkok :

Antara hukum mad yang menggunakan tanda ini sebagai petanda kewujudannya
dalam Al-Quran :

Jenis Mad Cara mengecamnya Kadar Contoh


dalam Al-Quran Harakat
Huruf mad bertemu dengan
Mad Lazim Kalimi huruf bersabdu. Di atas huruf 6
mad itu ada tanda mad
Mutsaqqol (lengkok)

Huruf mad bertemu dengan Ada 2 sahaja dlm Al-Quran :


Surah Yunus ayat 51 & 91.
Mad Lazim Kalimi huruf bertanda mati (sukun). 6
Di atas huruf mad itu ada
Mukhoffaf tanda mad (lengkok)

Mana-mana huruf Muqottoah Huruf ‘Lam’ pada kalimah :

Mad Lazim Harfi (huruf ayat permulaan surah) 6


‫ن ق ص ع سل ك م‬
Mutsaqqol yang diidghamkan

Mana-mana huruf Muqottoah Huruf ‘Sin’ pada kalimah :

Mad Lazim Harfi (huruf ayat permulaan surah) 6


‫ن ق ص ع سل ك م‬
Mukhoffaf yang tidak diidghamkan

Huruf mad bertemu hamzah


Mad Wajib dalam 1 perkataan dan di 4, 5 atau 6
atas huruf mad itu ada tanda
Muttasil mad (lengkok)

Huruf mad bertemu hamzah


Mad Jaiz dalam 2 perkataan dan di 4 atau 5
atas huruf mad itu ada tanda
Munfasil mad (lengkok)

Huruf
Mad Silah Ha dhomir/simpul/gulung 4 atau 5
Bertemu hamzah dalam 2
Towilah perkataan.

Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com


2 : HURUF KECIL

Dalam Al-Quran, ada 4 huruf kecil yang berfungsi sebagai petanda teknik bacaan
tertentu iaitu :

1. Alif kecil
2. Wau kecil
3. Ya kecil
4. Sin kecil

2.1 : ALIF KECIL


Bentuknya ialah begini :

Fungsinya sebagai petunjuk perlunya bacaan panjang 2 harakat.

Contoh tanda ini dalam Al-Quran :

2.2 : WAU KECIL


Bentuknya ialah begini :

Fungsinya sebagai petunjuk perlunya wujudnya hukum tajwid yang dikenali sebagai
Mad Silah.

Contoh tanda ini dalam Al-Quran :

Jenis Mad Cara ia dikenali Cara bacaan Contoh

Selepas huruf Ha Dhomir, ada


Mad Silah wau kecil, dan kemudiannya Panjang 2 harakat
Qosiroh apa-apa huruf selain huruf Alif

Selepas huruf Ha Dhomir ada


Mad Silah huruf wau kecil bersama tanda Panjang 4 atau 5
Towilah mad ‘lengkok’ diatasnya, harakat
kemudian diikuti huruf
hamzah/alif.

‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com


2.3 : YA KECIL
Bentuknya ialah begini :

Fungsinya sebagai petunjuk wujudnya hukum tajwid yang dikenali sebagai :

1. Mad Silah
2. Mad Tamkin

Contoh tanda ini dalam Al-Quran :

Jenis Mad Cara ia dikenali Cara bacaan Contoh

Selepas huruf Ha Dhomir, ada


Mad Silah Ya kecil, dan kemudiannya Panjang 2 harakat
Qosiroh apa-apa huruf selain huruf Alif

Selepas huruf Ha Dhomir ada


Mad Silah huruf Ya kecil bersama tanda Panjang 4 atau 5
Towilah mad ‘lengkok’ diatasnya, harakat
kemudian diikuti huruf
hamzah/alif.

Huruf Ya kecil ini wujud Panjang 2 harakat


Mad Tamkin selepas huruf Ya bersabdu.

2.4 : SIN KECIL


Bentuknya ialah begini :

Fungsinya ada 2 iaitu :

1. Sebagai petunjuk cara bacaan ‘khas’, iaitu samada dibaca dengan sebutan ‘Sod’
atau ‘Sin’.
2. Sebagai petunjuk hukum bacaan ‘Saktah’

Contoh tanda ini dalam Al-Quran :

Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com


Huruf Sin kecil sebagai tanda khas
(wujud pada 3 perkataan ini sahaja dalam Al-Quran)
Tanda Sin Cara bacaan Contoh
Sin kecil terletak di atas Huruf Sod perlu dibunyikan
Huruf Sod dengan bunyi huruf Sin
Surah Al-Baqarah, 245

Sin kecil terletak di atas Huruf Sod perlu dibunyikan


Huruf Sod dengan bunyi huruf Sin
Surah Al-A’raf, 69

Sin kecil terletak di bawah Huruf Sod perlu dibunyikan


Huruf Sod dengan bunyi huruf Sod
Surah Tuur, 37

Huruf Sin kecil sebagai tanda bacaan Saktah


(wujud pada 4 tempat ini sahaja dalam Al-Quran)

Surah Kahfi,
ayat 1-2

Surah Yasin,
Ayat 52

Surah Qiyamah,
Ayat 27

Surah Mutoffifin,
Ayat 14

Kuasai tajwid bacaan Al-Fatihah ke tahap kualiti lebih tinggi - www.fatihahterunggul.com


3 : TANDA BERHENTI (WAQAF)

Tanda berhenti bacaan (waqaf) yang paling mudah dikenali ialah tanda pemisah ayat.

Bentuknya begini :

Tetapi, masih ada 6 tanda - tanda waqaf lain yang menunjukkan cara dan tempat
terbaik untuk berhenti ketika membaca Al-Quran iaitu :

Nama Bentuk Fungsi Contoh


tanda
Tanda waqaf Amat digalakkan untuk
Lazim berhenti ketika bertemu
tanda ini.

Tanda waqaf Dianjurkan berhenti dari


‘Qof-Lam-Ya’ menyambungkan bacaan ketika
bertemu tanda ini.

Tanda waqaf Jaiz Peluang sama : boleh


berhenti, bahkan boleh juga
meneruskan bacaan ketika
bertemu tanda ini.
Tanda waqaf Dianjurkan menyambungkan
‘Sod-Lam-Ya’ bacaan dari berhenti ketika
bertemu tanda ini.

Tanda waqaf Boleh berhenti pada salah-satu


Taanuq. dari tandanya, tetapi tidak boleh
waqaf pada kedua-duanya.

Tanda waqaf
‘Lam-Alif’ Dilarang berhenti ketika
bertemu tanda ini.

Ingin menghafaz Al-Quran lebih mudah? - www.kaedahjibril.com


4 : TANDA KHUSUS LAIN.

Terdapat 5 tanda - sign yang boleh membantu kita membaca Al-Quran lebih baik
iaitu :

1. tanda diamond atau tanda rombus


2. tanda titik bulat hitam
3. tanda ayat sujud
4. tanda awal juzuk
5. tanda pembahagian hizb/Maqra’/A’in

4.1 : TANDA DIAMOND / ROMBUS


Tanda ini digunakan untuk menunjukkan wujud teknik bacaan khusus iaitu Imalah dan
Isymam.

Bentuk tanda tersebut ialah begini :

Tanda Diamond/Rombus
Bacaan Imalah dan Isymam hanya terdapat pada 2 tempat ini
sahaja dalam Al-Quran.
Bacaan Contoh ayat

Imalah
Surah Hud, 41

Isymam
Surah Yusuf, 11

4.2 : TANDA TITIK BULAT HITAM


Tanda ini digunakan untuk menunjukkan wujudnya teknik bacaan khusus iaitu Tashil.

Bentuk tanda tersebut ialah begini :

Hanya ada 1 sahaja bacaan Tashil dalam Al-Quran iaitu dalam Surah Fussilat
ayat 44 :

‘Upgrade tajwid ke tahap Pro sekarang! - www.tajwidpro.com


4.3 : TANDA AYAT SUJUD
Tanda ini digunakan untuk menunjukkan wujudnya ayat sejadah/sujud dan ia wujud
pada 15 tempat dalam Al-Quran.

Bentuk tanda tersebut ialah begini :

Dan ditepi Al-Quran, sejajar dengan tanda ini, akan ada tanda berikut :

Ayat sejadah Contoh tanda pada ayat.


dalam Al-Quran

Surah Al -A’raf, 206

Surah Al- Ra’d, 15

Surah Al- Nahl, 49-50

Surah Isra’, 109

Surah Maryam, 58

Surah Hajj, 18

Surah Hajj, 77

Surah Furqan, 60

Surah Naml, 25-26

Surah Sajadah, 15

Surah Fussilat, 38

Surah Najm, 62

Surah Insyiqaq, 21

Surah Al-Alaq, 19

Surah Sod, 24

Ingin ketahui Al-Quran lebih mendalam? - www.jelajahquran.com


4.4 : TANDA AWAL JUZUK
Tanda yang digunakan untuk menunjukkan permulaan 30 juzuk Al-Quran ialah :

1. Tanda bintang di awal ayat dan tanda kotak khusus di tepi mukasurat.

2. Di atas muka surat, ada dinyatakan nombor juzuk dalam bentuk tulisan arab
(sebelah atas, kiri)

Contoh : (diambil dari Juzuk 20)

4.5 : TANDA AWAL HIZB / MAQRA’ / A’IN


Tanda yang digunakan untuk menunjukkan permulaan hizb/maqra’/a’in ialah :

1. Tanda bintang di awal hizb/maqra’/a’in iaitu begini :

2. Tanda kotak khas di tepi muka surat sejajar dengan tanda bintang :

Contoh : (diambil dari Surah Naml, m.s 384, maqra’ 2)

Kuasai tajwid bacaan Al-Fatihah ke tahap kualiti lebih tinggi - www.fatihahterunggul.com


Ebook Ebook Ebook
145 Fakta Menarik & Menakjubkan KAEDAH JIBRIL QURANOLOGY
mengenai Al-Quran yang jarang Kaedah mudah & praktikal Panduan efektif memahami
anda ketahui walaupun menghafaz surah Al-Quran khusus Teks dan konteks Al-Quran, agar
membacanya setiap hari!! untuk gol. Awam yg sibuk setiap Anda teruja membacanya!

4 PRODUK HEBAT
Video panduan
KAEDAH JIBRIL
Video penerangan bergambar
Oleh Ustaz Asraff mengenai
Kaedah ini secara terperinci.

1 tiket percuma ke seminar


kaedah hafazan super utk sicilik
‘KAEDAH XXX’
(berharga RM 125)

Dan
1 tiket DISKAUN seminar sama
berharga RM 25 sahaja

Anda mungkin juga menyukai