Anda di halaman 1dari 8

TAJUK : “HUKUM TAJWID DALAM SURAH AL-FALAQ/ AN-NAS/

AL- IKHLAS”

FAKULTI : FAKULTI UNDANG-UNDANG DAN HUBUNGAN


ANTARABANGSA

KELAS : IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DENGAN


KEPUJIAN (SEMESTER 1 2019/2020)

SUBJEK : ILMU WAHYU DAN SAINS (MPU33012)

PENSYARAH : ABDUL MANAM BIN MOHAMAD

NO. NAMA AHLI KUMPULAN NO.MATRIK


1. AMIRUL HAZIQ BIN KAMIRAN 056789
2. MUHAMMAD IRSYADUDDIN HAIKAL BIN 056812
MOHAMAD RASHID
3. NIK AMALIA AIMI BINTI NIK ADNAN 056807
4. NUR AFIFAH BINTI AZAMY 056815
5. ANIS AQILAH BINTI ASHBAKRI 056796
6. NUR DAMIA SYAMIMI BINTI ROHIZAN 056805
7. ALYA SABREENA BINTI MOHD AZMAN 056823
8. NUR AIN BINTI MOHD SABIRIN 056800
9. NURUL FATIHAH BINTI ROSLAN 056814
1.0 SURAH AL-FALAQ

1.1 LATAR BELAKANG


Surah Al-Falaq adalah surah yang ke-113 dalam Al-Qur’an. Surah ini mengandungi 5 ayat, 23
perkataan dan 74 huruf. Ia juga tergolong dalam kumpulan surah Makiyyah, iaitu surah yang
diturunkan di Mekah. Ayat-ayat dalam surah ini secara keseluruhannya menunjukkan Allah
SWT menyuruh Rasulullah SAW sebagai orang pertama dan umat Islam seluruhnya supaya
memohon perlindungan daripada Allah SWT agar dijauhkan daripada segala perkara yang
menakutkan , sama ada jenis nyata dapat dilihat, diketahui dan dikesan, atau yang tersembunyi,
yang sukar dikesan seperti hasad dengki dan sebagainya.

1.2 KISAH PENURUNAN

Surah Al-Falaq tidak terkecuali daripada mempunyai sebab penurunannya, seperti yang
diriwayatkan bahawa seorang kanak-kanak lelaki yang dipengaruhi oleh seorang lelaki Yahudi
telah mengambil rambut dan beberapa bilah gigi sikat milik Rasulullah SAW untuk
membolehkan mereka melakukan sihir ke atas baginda. Rambut baginda disimpul sehingga
menjadi sebelas ikatan dan diletakkan di bawah batu berhampiran dengan telaga bernama
Zarwan.

Akibatnya, Nabi Muhammad SAW telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara
yang telah dilakukan dan belum dilakukan oleh baginda. Maka, malaikat Jibrail turun
menghadap baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu
surah Al-Falaq dan surah An-Nas. Baginda bersama para sahabat pergi ke telaga tersebut dan
mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai
dengan sendirinya dan ketika simpulan terakhir terurai, Rasulullah bebas daripada pengaruh
sihir tersebut. Dengan itu, Allah menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir
tersebut.1

1
Tafsir Ibn Kathir & Ma’arif al-Qur’an
1.3 HUKUM TAJWID

NO. HUKUM TAJWID DAN CARA BACAAN CONTOH


1. 1) Mad asli atau mad thabi’I
Penerangan: Mad ialah bacaan panjang atau ُ َ ‫﴿قُل أ‬
﴾١‫عوذُ ب َرب ٱلفَلَق‬
memanjangkan suara pada sesuatu bacaan. Mad asli
bermaksud bacaan panjang yang tetap degan kadar 2
harkat sahaja.Terdapat tiga huruf mad iaitu ‫ي و ا‬

Cara Bacaan: Apabila huruf 'ain berbaris hadapan


bertemu wau sukun dan setelahnya tidak bertemu
hamzah, sukun, waqaf, dan tasydid. Cara
membacanya panjang 2 harakat.2

2) Alif lam qamariyah


Penerangan: Alif lam qamariyah boleh dikenali
apabila terdapat huruf alif )‫ (ا‬diikuti dengan huruf
lam )‫ (ل‬yang bertanda sukun (mati) bertemu dengan
huruf qamariyah.
Huruf Qamariyah: ( ‫) ء ب ج ح خ ع غ ف ق ك م و ه ي‬

Cara Bacaan: Apabila huruf alif diikuti lam bertanda


sukun (mati) bertemu huruf qamariyah iaitu huruf fa'
maka huruf lam hendaklah dibaca dan disebut secara
jelas.3

3) Qalqalah kubra
Penerangan: Qalqalah bermaksud lantunan bunyi
yang dipantulkan apabila huruf qalqalah bertanda
sukun atau berbaris ketika diwaqafkan bacaan
padanya. Kubra bermaksud bermaksud besar. Oleh

2
H. Sayuti, Ilmu Tajwid Lengkap
3
Ahmad Fitri Bin Mat Rusop, Kuasai Ilmu Tajwid dengan Mudah
itu, qalqalah kubra meujuk kepada lantunan yang
sederhana kuat dan besar.
Huruf Qalqalah: ‫ق ط ب ج د‬

Cara Bacaan: Mewaqafkan bacaan pada huruf


qalqalah yang berada dihujung kalimah iaitu huruf ‫ق‬
dan huruf tersebut tidak bertanda syaddah. Sukun
pada huruf qalqalah di sini merupakan sukun yang
‘aridh (mendatang) disebabkan waqaf padanya.
Cara membacanya hendaklah dilantunkan huruf ‫ق‬
dengan sederhana kuat.
2. 1) Ikhfa hakiki
Penerangan: Ikhfa’ bermakna sembunyi, samar tau ﴾٢‫﴿من شر ما خلق‬
tidak jelas. Ikhfa’ terjadi apabila huruf nun bertanda
mati (ْ‫ )ن‬atau tanwin bertemu salah satu daripada 15
huruf hijaiyah.
Huruf hijaiyah:
)‫(ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ک‬

Cara Bacaan: Apabila nun mati bertemu bertemu


huruf syin maka cara membacanya ialah bunyi nun
masih tetap dibunyikan tetapi samar antara izhar dan
idghom dan terus bersambung dengan makhraj huruf
seterusnya iaitu ‫ ش‬. Pada waktu mengucapkan huruf
nun mati, lidah dan bibir bersedia menempati huruf
syin.

2) Mad asli atau mad thabi’I


Penerangan: Mad ialah bacaan panjang atau
memanjangkan suara pada sesuatu bacaan. Mad asli
bermaksud bacaan panjang yang tetap degan kadar 2
harkat sahaja.Terdapat tiga huruf mad iaitu ‫ي و ا‬
Cara Bacaan: Apabila huruf mim berbaris atas
bertemu alif dan setelahnya tidak bertemu hamzah,
sukun, waqaf, dan tasydid. Cara membacanya
panjang 2 harakat.4

3) Qalqalah kubra
Penerangan: Qalqalah kubra meujuk kepada
lantunan yang sederhana kuat dan besar.
Huruf Qalqalah: ‫ق ط ب ج د‬

Cara Bacaan: Hendaklah dilantunkan huruf ‫ق‬


dengan sederhana kuat dan tebal kerana huruf
qalqalah qaf diwaqafkan. Sukun pada huruf qalqalah
di sini merupakan sukun yang ‘aridh (mendatang)
disebabkan waqaf padanya.
3. 1) Ikhfa hakiki
Penerangan: Ikhfa’ bermakna sembunyi, samar tau
﴾٣‫﴿ومن شر غاسق إذا وقب‬
tidak jelas. Ikhfa’ terjadi apabila huruf nun bertanda
mati (ْ‫ )ن‬atau tanwin bertemu salah satu daripada 15
huruf hijaiyah.
Huruf hijaiyah:
)‫(ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ک‬

Cara Bacaan: Apabila nun mati bertemu bertemu


huruf syin maka cara membacanya ialah bunyi nun
masih tetap dibunyikan tetapi samar antara izhar dan
idghom dan terus bersambung dengan makhraj huruf
seterusnya iaitu ‫ ش‬. Pada waktu mengucapkan huruf
nun mati, lidah dan bibir bersedia menempati huruf
syin.

4
H. Sayuti, Ilmu Tajwid Lengkap
2) Mad asli atau mad thabi’i
Penerangan: Mad ialah bacaan panjang atau
memanjangkan suara pada sesuatu bacaan. Mad asli
bermaksud bacaan panjang yang tetap degan kadar 2
harkat sahaja.Terdapat tiga huruf mad iaitu ‫ي و ا‬

Cara Bacaan: Huruf ghain )‫ (غ‬dan (‫ )ذ‬berbaris atas


bertemu alif dan setelahnya tidak bertemu hamzah,
sukun, waqaf, dan tasydid. Cara membacanya
hendaklah panjang 2 harakat.

3) Izhar halqi
Penerangan: Izhar bermaksud jelas atau nyata. Halqi
bermaksud halkum atau kerongkong. Berlaku apabila
nun mati (ْ‫ )ن‬atau tanwin bertemu dengan salah satu
huruf halqi.
Huruf Halqi: ‫ء ح خ ع غ ه‬
Cara Bacaan: Menjelaskan sebutan tanwin tanpa
dengung. Ini dipastikan dengan menekan hujung
lidah ke gusi depan sebelah atas (makhraj huruf nun)
dan tidak membawa suara ke pangkal hidung.

4) Qalqalah kubra
Penerangan: Qalqalah kubra meujuk kepada
lantunan yang sederhana kuat dan besar.
Huruf Qalqalah: ‫ق ط ب ج د‬

Cara Bacaan: Hendaklah dilantunkan huruf ‫ب‬


dengan sederhana kuat dan tebal kerana huruf
qalqalah ‫ ب‬diwaqafkan. Sukun pada huruf qalqalah di
sini merupakan sukun yang ‘aridh (mendatang)
disebabkan waqaf padanya.
4) 1) Ikhfa hakiki
Penerangan: Ikhfa’ bermakna sembunyi, samar tau
﴾٤‫﴿ومن شر ٱلنفثت في ٱلعُقد‬
tidak jelas. Ikhfa’ terjadi apabila huruf nun bertanda
mati (ْ‫ )ن‬atau tanwin bertemu salah satu daripada 15
huruf hijaiyah.
Huruf hijaiyah:
)‫(ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ک‬

Cara Bacaan: Apabila nun mati bertemu bertemu


huruf syin maka cara membacanya ialah bunyi nun
masih tetap dibunyikan tetapi samar antara izhar dan
idghom dan terus bersambung dengan makhraj huruf
seterusnya iaitu ‫ ش‬. Pada waktu mengucapkan huruf
nun mati, lidah dan bibir bersedia menempati huruf
syin.

2) Ada dua hukum di sini, pertama alif lam


syamsiyah kerana huruf alif lam bertemu huruf
syamsiyah nun. Dibaca idgham (masuk ke huruf nun
). Kedua, ghunnah sebab mim bertanda tasydid dan
cara membacanya dengan dengung serta ditahan 3
harakat.
3) Mad asli atau mad thabi’i, kerana huruf fa'
berharakat fathah bertemu alif dan setelahnya tidak
bertemu hamzah, sukun, waqaf, dan tasydid. Cara
membacanya panjang 2 harakat. Begitu juga huruf tsa
berharakat fathah bertemu alif dan setelahnya tidak
bertemu hamzah, sukun, waqaf, dan tasydid. Cara
membacanya panjang 2 harakat.
4) Alif lam qamariyah, kerana huruf alif lam
bertemu huruf 'ain. Dibaca secara jelas.
5) Qalqalah kubra, kerana huruf qalqalah dal
diwaqaf. Cara membacanya dipantulkan lebih tebal.
5. 1) Ikhfa hakiki, kerana huruf nun sukun bertemu
huruf syin. Cara membacanya samar dengan dengung ‫ومن شر حاسد إذا حسد‬
dan ditahan selama 3 harakat. Pada waktu
mengucapkan huruf nun mati, sikap lidah dan bibir
dipersiapkan menempati huruf syin.
2) Mad asli atau mad thabi’i, kerana huruf ha'
berharakat fathah bertemu alif dan setelahnya tidak
bertemu hamzah, sukun, waqaf, dan tasydid. Cara
membacanya panjang 2 harakat.
3) Idzhar halqi, sebab huruf dal berharakat kasrah
tanwin bertemu huruf hamzah. Dibaca jelas tidak
berdengung sama sekali.
4) Mad asli atau mad thabi’i, kerana huruf dzal
berharakat fathah bertemu alif dan setelahnya tidak
bertemu hamzah, sukun, waqaf, dan tasydid. Cara
membacanya panjang 2 harakat.
5) Qalqalah kubra, kerana huruf qalqalah dal
diwaqaf. Cara membacanya dipantulkan lebih tebal

Anda mungkin juga menyukai